「 TRAUMA 2 」
❝ Our story will never end until the moment we die ❞Chapter 5: Hey, Old Man
❃ ════ • ❤️ • ════ ❃
"Encik dan keluarga encik hanya diberi masa selama lima belas minit sahaja untuk bertemu dengan dia," kata seorang petugas.
"Erm... Boleh saya minta sesuatu tak?" Soal seorang pemuda.
"Apa dia?"
"Boleh saya pinjam dia untuk jangka masa yang lama?"
❤️ TRAUMA 2 ❤️
Drip...
Drip...
Thunderstorm menitiskan beberapa titisan air yang berada di dalam cawannya ke atas lantai.
Riak wajahnya kelihatan kosong dan tak bermaya. Dari tadi dia tidak berhenti mengeluh.
"Dengan ini, penjenayah akan dihukum penjara selama enam tahun dan akan menjalani hukuman gantung sampai mati,"
Kata-kata yang dikeluarkan oleh si hakim pada waktu dia dibicarakan masih tergiang di telinganya. Bukan kerana dia takut untuk menghadapi kematian. Tetapi dia masih rasa tidak tenteram selepas mendapat hukuman yang ditetapkan.
Penjara selama enam tahun?
Bagaimana dia mahu cari jalan untuk menziarahi kubur anaknya, Halilintar?
Sempatkah dia untuk membersihkan kubur anak kandungnya itu?
Selagi mana dia tidak pergi ke sana, hatinya tidak akan tenang.
"Encik Thunderstorm?" Panggil seorang pegawai. Thunderstorm mengalihkan pandangannya ke arah pegawai itu.
"Ada orang nak jumpa encik," beritahunya.
"Kalau peguam... Suruh dia balik..." Arah Thunderstorm perlahan.
"Tapi..diorang kata diorang keluarga encik,"
"Diorang...?"
❤️ TRAUMA 2 ❤️
Thunderstorm melangkah keluar dari sel penjaranya ke arah taman khas yang ada di penjara itu. Matanya tertutup rapat sedikit apabila cahaya matahari memancar terang. Sudah lama rasanya dia tak keluar dari 'rumah baru'nya itu.
Thunderstorm dibawa oleh pegawai tadi ke arah satu keluarga yang sedang berbual sambil bergelak ketawa. Dia terkejut melihat mereka.
"Gempa...? Taufan...?" Bisik Thunderstorm perlahan. Taufan memandang dirinya sambil tersenyum senget.
"Hey, old man," sapa Taufan.
Dush!
"Siapa sekarang ni lagi tua dari kau?! Dia ke kau?" Marah Gempa selepas dia mengetuk kepala Taufan.
YOU ARE READING
TRAUMA 2 | BOBOIBOY HALILINTAR
Fiksi Penggemar❪ 𝗧𝗥𝗔𝗨𝗠𝗔 2: THE STORY OF MY LIFE ❫ kisah hidup kita takkan tamat selagi mana kita belum mati。 ❛ thank you for everything, my sunshines. ❜ walaupun kisah hidupnya tamat, memorinya bersama orang yang disayanginya sentiasa terpahat dalam hatinya...