CHAPTER 16

713 75 7
                                    

「 TRAUMA 2 」
Our story will never end until the moment we die

Chapter 16: Goodbye

❃ ════ • ❤️ • ════ ❃

"Berita terkini, seorang pelajar perempuan yang bernama Hazuko didapati mati di Sekolah Rendah XXXXXX akibat terjatuh dari bumbung. Punca utama masih disiasat oleh pihak polis. Maka, sekolah rendah itu akan ditutup buat sementara waktu bagi menjalankan siasat di sana. Beralih ke berita seterusnya yang di mana pasangan suami isteri-"

Halilintar hanya menatap televisyen yang berada di hadapannya tidak percaya apa yang baru sahaja dia dengar.

"Hazuko..dah tak ada...?" Bisik Halilintar perlahan.

"Kenapa sayang?" Soal Quake yang baru sahaja duduk di sebelah anak angkatnya itu.

"K-K-Kawan H-Hali dah t-tak a-ada..." Ujar Halilintar.

Quake segera memberikannya pelukan dan Halilintar membenamkan wajahnya pada bahu ibunya.

"Shh... It's okay... Siapa kawan Hali tu?" Soal Quake.

"H-Hazuko..." Jawab Halilintar walaupun Quake rasa anak angkatnya itu sedang menahan tangisannya.

Quake segera mengosok belakang badan Halilintar.

"Hali akan okey... Mak janji..." Pujuk Quake.

Ibunya memegang kedua-dua belah pipi Halilintar.

"Hali... Tengok mak, Hali," pinta Quake. Halilintar akur apa yang ibunya suruh.

"Hazuko kan nama dia? Dia akan okey. Jangan risau ya? Mesti dia tak nak tengok Hali menangis. Jadi, jangan sedih.

Halilintar menganggukkan kepalanya perlahan. Quake tersenyum lembut seperti seorang ibu yang sangat penyayang dan ia membuatkan Halilintar rasa tenang.

❤️ TRAUMA 2 ❤️

Tok...

Tok...

Halilintar bangun dari katilnya dan membuka pintu biliknya.

Terpancul wajah ayahnya, Tornado di hadapannya sambil tersenyum.

"Ada apa ayah?" Soal Halilintar. Dia rasa dia baru sahaja masuk bilik selepas memeluk ibunya tadi di ruang tamu.

"Kawan Hali datang," jawab Tornado.

"Kawan...?" Halilintar mengerutkan dahinya.

Yelah, kawan. Kau dah lupa kawan-kawan kau yang lain ke Hali oi?

TRAUMA 2 | BOBOIBOY HALILINTARWhere stories live. Discover now