WN | 01
Nukilan : Wawa Nabilla
mula : 1119
cover : stargazell
Nia Ameera telah dianiaya oleh ahli keluarganya sendiri sehingga dia dihalau keluar dari rumah. Takdir menentukan yang dia bakal bertemu dengan Khaleef Faliq dan Dira Erna.
Dia dibaw...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Merahpipinya selepas ditampar oleh Encik Daud. Airmata mengalir dengan deras. Takut dia hendak mengangkat wajah memandang muka abahnya yang sangat bengis itu.
" Anak tak guna! macam ni kau balas budi aku? " pekik Encik Daud lantang. Sungguh, perkara ini tidak boleh dibawa bincang.
" Abah.. percayalah cakap adik. Adik tak buat semua tu, abah. " Nia Ameera memeluk erat kaki bapanya.
" Kau nak perbodohkan aku lagi ke anak tak guna?! boleh kau kata kau tak buat? habis yang dalam bilik tadi tu saka kau?! " Nia yang memeluk kakinya ditendang kasar supaya gadis itu menjauh.
" Mak, mak percayakan adik tak buat semua tu? " Nia berlari memeluk lengan ibunya pula.
" Adik.. tergamak adik buat mak macam ni. Dimana kesilapan mak mendidik adik.. " airmata seorang ibu juga turut mengalir. Kecewa hatinya apabila anak kandung sendiri conteng arang di mukanya.
" Tak mak! mak jangan kata macam tu mak. Tolonglah mak jangan buat adik macam ni. Adik tak bersalah mak. Adik dituduh! " seperti orang meroyan hilang anak Nia ketika itu. Sedaya upaya dia merayu kepada keluarganya untuk percayakan dirinya.
Tapi, tiada seorang pun yang mahu membela dirinya. Nia memandang wajah along dan angah.
" Along, angah terangkanlah apa yang berlaku. Bagitahu dekat mak dengan abah yang adik tak buat semua tu. Kak ngah.. " tangis Nia sayu.
" Kau nak aku terangkan apa lagi dik? dah terang menderang kau ada dalam bilik tu. Dahlah dik, aku tak nak bersubahat dengan kau lagi. " kak long Nia, Umairah tersenyum sinis.
" Apa kau cakap ni kak long. Aku tak buatlah semua tu.. "
" Dik, sudah-sudahlah dengan lakonan kau tu. Semua dah terbongkar sekarang. Kau mengaku sajalah. Kesian aku tengok mak dan abah tertipu dengan sikap kau. Depan lain, belakang lain. " kak ngah Nia, Huda pula menyambung.
" Ya Allah kak long, kak ngah! sampai hati korang berdua buat adik macam ni. Semua ni tak akan jadi kalau kak long dan kak ngah tak paksa adik teman korang pergi majlis kahwin kawan korang. " menangis. Hanya itu saja yang dia mampu.
" Amboi! sekarang kau nak salahkan kami pulak ke? biadab kau ea. Jangan sampai aku lempang pipi kau sebelah lagi! " Umairah berang. Turun naik dadanya menahan marah.
" Sudah! abah dah tak nak dengar apa-apa. Adik dengar abah nak kata apa ni. " celah Encik Daud. Serabut kepalanya mendengarkan tiga beradik itu bergaduh.
" Abah... "
" Nia Ameera mulai hari ini aku nak kamu keluar daripada rumah aku. Jangan risau, aku halalkan semua yang telah ku berikan. Aku harap kau tak perlu balik sini lagi sebab anak bongsu aku dah mati sejak dia conteng arang dekat muka aku. "
Luluh hati Nia mendengarkan kata-kata Encik Daud. Lututnya lemah. Dia jatuh terduduk di tepi tangga. Airmatanya semakin deras mengalir.
" Along, angah kamu kemas barang-barang dia sekarang. Aku tak nak tengok muka dia lama-lama dekat sini. " keras nada itu memberi arahan.
" Abah.. jangan buat adik macam ni abah. Adik tak tahu nak pergi mana abah.. " sayu suaranya merayu.
" Sudahlah Nia. Abah kecewa sangat dengan kamu. Tak pernah terlintas dalam kepala otak aku yang kau akan malukan aku sampai macam ni sekali. Kau pergilah. Cari kehidupan kau yang baru dekat luar sana. Kalau kau tinggal sini lagi, kau akan dihina nak. Kau pergilah. Aku izinkan. " sayu hati Encik Daud melihat keadaan anaknya ketika itu.
" Nah barang kau. Berambus ah! " Umairah dan Huda campak keluar bag Nia ke tanah.
Dengan lemah dan hiba, Nia mendekati heronya. Perlahan tangan tua itu dicapai dan dicium lama. Buat kali terakhir, mungkin. Airmatanya turun lagi apabila Encik Daud memegang kepalanya sekejap sebelum beredar ke dapur meninggalkan dirinya.
Puan Suraya yang berdiri kaku di halaman rumah itu dipandang sayu. Langkah kaki membawa dia terus kepada syurganya. Tangan wanita yang sedikit berusia itu diciumnya lama sebelum kedua belah pipi ibunya.
" Maafkan adik mak. Tolong jaga diri ya mak. Tolong juga doakan kebahagiaan, adik. "
Tubuh anak bongsunya itu dipeluk erat sebelum tepi kepala Nia dicium lama. Seperti suaminya, dia juga meninggalkan Nia sendiri di halaman rumah.
Nia faham. Mak dan abah sangat kecewa dengan dirinya. Nia memandang wajah kakak-kakaknya. Setitik airmata pun tidak keluar daripada tubir mata itu sedari tadi.
Nia hulurkan tangan ingin bersalaman dengan kakaknya. Umairah menepis tangan Nia kasar.
" Tak payah salam sangatlah, Nia. Aku tak teringin nak bersentuhan dengan kau yang murah tu! " pedas sindiran Umairah.
" Cepatlah berambus. Aku nak kunci pagar! " Huda menolak Nia sehinggakan gadis itu jatuh tersungkur ke tanah. Airmatanya semakin lebat mengalir apabila diperlakukan sebergitu rupa.
Maafkan adik mak, abah. Semoga kebenaran akan terbongkar suatu hari nanti.
Niatidak tahu ke mana dia harus pergi. Dia hanya ada pakaian hariannya saja. Satu sen duit pun dia tiada. Gaji dia bekerja di kedai makan berdekatan rumah selama ini semua kak long dan kak ngahnya ambil.
Niabmeneruskan perjalanan. Dia hanya menurut langkah kakinya membawa dirinya ke destinasi yang dia sendiri tidak pasti.
Cuaca sangat panas pada hari itu. Tenaganya semakin berkurangan akibat menangis terlalu lama. Matanya juga semakin payah ingin celik.
Peluh membasahi wajah bulat itu. Tekak terasa kering dan bibir yang merekah. Pandangan Nia semakin lama semakin kabur. Kakinya sakit akibat berjalan terlalu lama. Lututnya menggigil.
Nia terasa ingin jatuh. Laju tangannya berpaut pada dinding. Perlahan-lahan badannya melorot jatuh ke lantai. Dia dah tak tahan. Dia lemah dan sakit. Adakah ini pengakhiran hidupnya? nia jatuh terbaring. Pandangannya gelap.
Mak abah, adik tak buat semua tu. Maafkan adik.
•••
i'm back!
before that nak bagitau yang cerita ni saya pernah publish dekat acc saya yang lain tapi saya dah malas nak on acc tu. here i am sambung dekat sini jek.
jalan cerita bakal diubah dari sebelum ni.
jangan lupa drop komen dan vote banyak² untuk unlock next chapter! ❤