PROLOG

235K 5.6K 2K
                                    

ATTENTION:

Hallo, fellas! Mohon baca ni dulu sebelum buat keputusan untuk terus membaca:

Rose's ni adalah sebuah novel prekuel untuk novel ni.

Makanya, Rose's ini adalah khas untuk sesiapa yang dah baca novel Dheo's tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Makanya, Rose's ini adalah khas untuk sesiapa yang dah baca novel Dheo's tu. Kalau tak baca lagi, bukan apa, nanti hilanglah unsur-unsur suspens novel Dheo's. Tapi, kalau tak minat langsung pon nak baca Dheo's atau fefeeling nak baca Rose's dulu baru Dheo's, lantak engko la. Haha.

Kalau ada yang scene yang tak sync tu bagitahu la. Aku pun tak ingat dah. Haha.

Enjoy my second story on wattpad. Macam sebelum ni, novel saya hanya ada sebahagian di sini ya sebelum diterbitkan. Therefore, the choice is yours.

------

~not-edited~

PROLOG

Kaki dikuatkan untuk berlari. Berlari tanpa arah. Berlari dari sesuatu yang aku sendiri tak tahu apa. Yang pasti, aku mahu jauh dari tempat ini. Tempat yang kini makin gelap. Dan makin menyeramkan.

Tubuhku menggigil ketakutan. Terasa adrenalin semakin hebat mengepam di dalam salur darah, membuatkan ayunan kakiku semakin kencang. Fight or flight!

Tiba-tiba kaki pegun. Hilang segala rasa takut. Terus aku lupa yang aku sedang berlari. Di hadapanku kini, ada dua susuk lelaki yang sedang berdiri. Saling berhadapan bagaikan seteru. Salah seorangnya aku sangat kenal.

Dheo Han.

Bibir menguntum senyum. Mahu memanggil namanya. Dengan adanya dia, sekurang-kurangnya aku rasa selamat. Namun kubatalkan niatku saat melihat pandangannya yang menggerunkan ketika itu. Bukan padaku, tapi pada lelaki di depannya.

Penuh dingin. Penuh dendam.

Sekali lagi tubuh menggigil. Takut! Aku tak pernah melihat Dheo segerun itu. Itu bukan Dheo yang kukenali!

Aku pandang pula lelaki asing di hadapan Dheo itu. Wajahnya tak dapat aku cam gara-gara darah pekat yang membasahi wajah. Melihatkannya, aku mula rasa loya. Kini, dia bagaikan nyawa-nyawa ikan. Memandang Dheo dengan mata separuh terbuka. Mengharapkan simpati.

Tiba-tiba Dheo keluarkan sesuatu dari belakang pinggangnya. Pistol hitam bersaiz sembilan millimeter kini berada di tangan kirinya. Dihalakan ke arah kepala lelaki itu dengan pandangan yang menjanjikan sesuatu.

Seksaan.

Aku tahu apa yang cuba dilakukan oleh Dheo itu.

Jangan! Aku ingin menjerit, tapi kotak suaraku bagaikan hilang fungsi. Aku mahu berlari untuk menghalang Dheo. Tapi kaki pula enggan bekerjasama. Jantungku laju berdegup, memikirkan segala kemungkinan. Apa yang pasti, aku tak mahu Dheo menjadi pembunuh.

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now