~not-edited~
BAB 10
Mulut melopong, mata meluas.
"Awak.. awak cakap Melayu!" Terkejut tak sudah. Sangat janggal bila dengar bahasa ibundaku itu keluar dari mulutnya.
Dheo senyum lagi.
Aku pula tak lepas melihat wajahnya yang berada di depanku itu. Kepala mendongak memandangkan dia berdiri dan aku pula..
Bagaikan sedar dengan posisiku yang memalukan itu, aku terus cuba betulkannya. Segan! Cuba untuk bangun. Namun rasa bagaikan ada aliran eletrik singgah buatkan aku automatik mendesis kesakitan.
Melihatkan aku kesakitan, senyum Dheo terus mati. Lebar langkahnya ke arahku. Terasa kedua-dua lenganku dipegang sebelum dia membantuku untuk bangun. Aku tak membantah memandangkan pertolongannya amatlah diperlukan saat ini.
"Awak okey?" Penuh prihatin suaranya bertanya. Tubuhku ditilik dari atas sampai bawah.
Aku hanya angguk. Sakit sikit, tapi masih boleh ditahan. Aku gosok-gosok bahagian pinggul kananku. Bahaya betul jatuh terduduk! Silap-silap boleh kena slipped disc. Tak pun jatuh peranakan. Nauzubillah!
Kemudian aku nampak Dheo duduk mencangkung. Beg kertas coklat itu dicapai lalu barang-barangku yang terburai tadi dikutip satu-persatu. Nasib baik semuanya selamat. Kalau tak kenangkan pinggul yang tengah sakit sekarang ini, memang aku tunduk sekali untuk membantu.
Sudahnya, aku hanya membiarkannya. Tengok-tengok dia dah berdiri sambil memeluk beg kertas itu dengan tangan kirinya.
"Thank you," ucapku. Sekali lagi dia menyelamatkanku. Kali ini dari anjing liar pula.
Aku mahu mencapai beg kertas itu, tapi dia menghalangku.
"Let me walk you home. Awak boleh berjalan?" soalnya lagi. Aku masih pelik mendengar dia berbahasa Melayu.
Tapi aku hanya angguk. Masih boleh berjalan lagi dengan kesakitan kadar minima. Aku haraplah ada minyak angin atau analgesic cream di rumah untuk dibuat sapu nanti. Haraplah tak lebam atau bengkak.
Dheo mula berjalan. Aku pula tak menolak budinya. Takut kalau-kalau bala lain pula yang muncul lepas ni. Tadi dah anjing. Lepas ni aku tak tahu apa. Dengan kondisi aku sekarang ni, aku tak rasa aku boleh bukak larian sesi kedua. Sekurang-kurang dengan adanya Dheo, aku rasa selamat sikit.
Walaupun aku tak tahu dari celah mana dia datang tadi. Macam dulu juga. Tiba-tiba dia muncul!
"Awak cakap Melayu. Macam mana awak boleh cakap Melayu?" soalku ketika kami mula berjalan.
"A little secret about me, bella. I'm half Malaysian," jawabnya sambil mengenyit sebelah mata ke arahku.
Aku ternganga. Tak percaya.
"Awak tipu!"
"Terserah nak percaya atau tak," jawabnya mudah.
Aku terdiam. Masih tak percaya. Tapi, kalau aku ingat balik kali pertama kami bertemu dulu, dia ada cakap 'Malaysian' ketika aku membebel kepadanya. Maksudnya, mesti dia tahu aku berbahasa Melayu untuk aku dicap sebagai seorang Malaysia.
"Kenapa half Malaysian?" soalku lagi.
Tapi Dheo buat pekak. Maksud lainnya, dia sengaja taknak jawab.
"Jadi, selama ni awak tahu cakap Melayu? Awak tipu saya!" Aku tak puas hati. Teringat kembali perjanjian antara kami. Ah, tak kira! Tak aci! Kira batal.
Rasa nak marah. Rasa tertipu. Dia gula-gulakan aku sebelum ni. Punyalah berbelit lidah aku bercakap bahasa Inggeris, dia tahu cakap melayu rupanya!
YOU ARE READING
ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]
RomanceSebuah prekuel novel Dheo's by Anjell Dheo Han X Nurissa Rose