Enjoy guys and.. Happy reminiscing. Haha.
TEPAT jam dua belas malam, tiba-tiba terasa tubuhku dipeluk erat. Aku yang tengah pegang telefon pintarku itu nasib baik tak melompat. Baru bercadang mahu mengucapkan selamat hari jadi kepada Dheo melalui WhatsApp. Terpaksa letak di atas meja balik.
Seraya itu, Sharifah menjerit kuat.
"Happy 20th birthday Nurissa Rose bt Noriman. May Allah bless you. Aku doakan kau dimurahkan rezeki, panjang umur, berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga tahun ni tahun terbahagia dalam hidup kau. Kekal cantik selalu." Panjang lebar Sharifah memberi ucapan. Tiap-tiap tahun memang macam ini. Rasa macam tengah dengar ucapan pengetua sekolah.
Aku ketawa kecil sebelum pelukan Sharifah aku balas.
"Yalah.. terima kasih, Sharifah!" balasku pula.
Sharifah renggangkan pelukan kami. Kemudian dia berlalu ke arah meja tulisnya. Diselongkar isi beg galasnya untuk mencari sesuatu. Kelihatan satu kotak sederhana besar berbalut cantik.
"Nah, hadiah untuk kau! Aku harap kau suka. Jauh aku import. Dari Malaysia tau!"
Dia serahkan kotak itu kepadaku. Aku mengambilnya.
"Terima kasih. Tapi, susah-susah kau aje."
Sharifah julingkan mata ke atas.
"Tak payah poyo sangat ayat. Tiap-tiap tahun aku dengar skrip kau tu. Padahal lepas tu sengih memanjang sebab dapat hadiah."
Gelak. Memang betul pun. Tapi, tetap aku cubit lengannya itu. Cubitan kasih sayang dari birthday girl, jadi dia tak boleh balas. Haha.
"Lagipun kau pun selalu bagi hadiah untuk aku," sambung Sharifah lagi. Memang betul pun. Aku tak pernah tak bagi hadiah untuknya. Hari jadi Sharifah bulan Febuari. Malah, aku suka bagi hadiah kepada kawan-kawan rapatku. Yalah.. hari jadi cuma setahun sekali. Tapi, tak bermaksud aku mengharapkan benda yang sama.
Perbualan kami terganggu bila kedengaran bunyi bergetar telefonku yang berada di atas meja tulisku. Terus aku berpaling ke arah itu. Tertera nama Dheo pada skrin telefonku sebelum hilang. Kelihatan ada tiga panggilan tak dijawab. Baru perasan dek kerana sesi drama aku dan Sharifah.
Sharifah juga perasan terus julingkan mata ke atas. Tapi, senyum mengusiknya masih terukir di bibirnya. Mukanya bangga sebab dia terlebih dahulu mengucapkan selamat hari jadi kepadaku.
"Ngantuklah. Aku tidur dulu!" Dia buat-buat menguap. Aku tahu dia cuma mahu memberi ruang kepada aku dan Dheo untuk bercakap.
"Cakap kat dia, aku ucapkan happy birthday." Sempat lagi turunkan pesan sebelum dia lompat masuk ke bawah selimut tebalnya itu.
Geleng kepala aku dengan perangai kawan baikku itu. Terus aku ambil telefonku itu. Baru berura-ura untuk menelefon Dheo, dia terlebih dahulu menelefonku kembali.
"Helo, Dheo."
"Helo, mia bella." Kami berkata serentak.
"Happy birthday." Serentak lagi. Sebelum ketawa kami pecah. Entah apa yang kelakar, aku pun tak tahu. Normal ke aku sekarang ni sebab gelak?
"Saya bukan orang pertama yang ucap kepada awak, kan?" Kelat kedengaran suara Dheo. Seolah-olah tak puas hati dia bukan orang pertama.
Automatik bibirku senyum.
"Actually, first ayah." Memang dah tak boleh lawan. Sebab kat Malaysia zon masa lebih awal. Bayangkan pukul lima petang tadi dah dapat ucapan dari ayah. Sempat aku membebel padanya sebab tak tidur lagi.
YOU ARE READING
ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]
RomanceSebuah prekuel novel Dheo's by Anjell Dheo Han X Nurissa Rose