BAB 6

58.6K 2.4K 413
                                    

~not-edited~

BAB 6

Sedar tak sedar, begitu cepat masa berlalu. Dah habis dah cuti musim panas. Rasa sangat sekejap masa yang dihabiskan dengan ayah dan I's Café. Tengok-tengok dah berdrama air mata ketika berpisah dengan ayah di KLIA.

Setelah hampir dua puluh empat jam penerbangan dengan dua kali perhentian, akhirnya aku kembali jejak kaki di bumi Nottingham.

Selamat datang semester musim luruh!

Bagasi sederhana besar yang berwarna merah itu aku buka isinya. Baru nak mula berkemas. Nak susun balik segala jenis pakaianku ke dalam almari. Gara-gara masih jet lag semalam, aku rasa dah macam beruang sedang berhibernasi aku tidur. Nasib baik tak boleh solat. Lagi seronok aku membuta.

Bunyi pintu tertutup menangkap perhatianku. Aku menoleh ke arah itu. Sharifah juga baru balik. Senyum aku melihatnya.

"Rissa! Rindu kau." Terus dia datang dan peluk aku macam kami tak jumpa lama. Tapi, memang kami dah lama tak jumpa pun. Kali terakhir berpisah adalah setelah kami pulang dari Sicily.

"Haa.. waalaikumussalam, sahabat." Sempat aku perli dia.

Sharifah cuma sengih. Siapa suruh masuk rumah tak bagi salam. Main sergah je!

"Aku pun rindu kau," balasku.

Sharifah kali ini hanya menghabiskan cuti musim panasnya di rumah keluarga angkatnya yang berada di London. Mahu bekerja sambilan untuk mengumpul duit. Aku faham situasinya. Sharifah ke bumi Nottingham ini dengan tajaan biasiswa sepenuhnya.

Tiket penerbangan ke Malaysia je dah memakan beribu-ribu ringgit. Memang ramai yang fikir dua tiga kali untuk balik. Kebiasaannya balik bila betul-betul ada keperluan. Ada tu hanya balik bila dah tamat pengajian. Ada pula yang lebih suka menghabiskan duit dengan mengembara ke negara-negara lain bila cuti.

Sebab itulah ramai yang memilih untuk bekerja sambilan. Lagipun bayaran kerja sambilan di sini boleh tahan lumayan juga. Dan tempat-tempat di sini selalu mencari tenaga pekerja sambilan.

Aku pun kalau tak balik mesti buat kerja sambilan juga. Bezanya, aku dianugerahkan bakat. Bakat melukis. Selalu aku mengumpul wang dengan melukis. Ataupun menjadi tutor seni lukis sambilan untuk pelajar sekolah. Tak banyak pun dapat. Tapi, bolehlah! Lepaslah jugak nak makan sebulan. Haha.

"So, how's your holiday?" Pertanyaan Sharifah itu buatkan aku kembali ke alam nyata.

Kembali pandang Sharifah. Dia kini sedang duduk di atas katil bujangnya yang bertentangan denganku. Lepaskan lelah. Penat agaknya perjalanan hampir tiga jam menaiki kereta api dari London.

"Macam tu je la. Kau?" soalku balik. Malas nak cerita percutianku yang membosankan itu.

Betul. Tiada apa yang seronok pun jadi. Seronok balik pun sebab boleh jumpa ayah. Boleh dikatakan tiap-tiap hari aku melepak di I's Café, sebuah kafe yang milik ayah tapi bagaikan rumah keduaku. Jalankan misi menggemukkan diri. Kadang-kadang melepak dengan kawan-kawan. Tengok-tengok dah kena balik sini.

"Aku? Aku kerja kat convenience store ayah angkat aku. Bolehlah. Sebab aku kan, so masyuk jugaklah dia bayar." Sharifah gelak.

Aku turut senyum. Untung Sharifah dapat keluarga angkat yang baik. Aku pernah jumpa ibu dan ayah angkat Sharifah. Keluarga Harrold. Ada dua orang anak gadis yang berusia lima belas dan sebelas tahun. Mereka semua sangat peramah.

"Semester ni kena pilih short course. Kau dah fikir nak ambil apa?" Sharifah bertanya.

Short course itu adalah satu kursus pendek dari cabang seni atau linguistik yang harus dipilih oleh pelajar untuk mencukupkan jam kredit. Ada banyak pilihan seperti Liberal Arts, Fine Arts dan Performing Arts. Juga beberapa kelas bahasa asing seperti Perancis, Jepun, Jerman dan macam-macam lagi. Umpamanya macam kokurikulum di Malaysia. Tapi tak semua jurusan perlukan short course.

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now