Last chapter on wattpad
~not-edited~
BAB 20
Cuti Krismas telah pun bermula. Memandangkan cuti hampir sebulan, aku buat keputusan untuk balik ke Malaysia. Tak sabar aku nak jumpa ayah. Rindu. Ayah pun bukan main teruja dia bila dapat tahu aku nak balik. Maklumlah, dah lama kami tak jumpa. Hanya mampu melepas rindu melalui Skype ataupun Facetime.
Rumah sewaku juga kini dah kosong. Hanya aku tinggal sendirian. Semua dah pulang ke kampung masing-masing. Sharifah pula macam biasa, pergi ke rumah keluarga angkatnya di London. Pagi semalam dia ke London dengan menaiki kereta api.
Waktu penerbangan aku adalah pada pukul dua petang besok. Satu rumah aku dah kemas. Maklumlah, nak tinggal lama. Tapi tak banyak barang aku bawa balik. Hanya satu bagasi sederhana besar dan satu beg komputer riba. Di dalamnya terisi juga dua buah buku rujukan. Apa boleh buat. Cuti-cuti juga. Tapi balik je nanti, terus exam. Lepas tu, tamat dah semester musim luruhku. Cepat betul masa berlalu.
Walaupun tiket pukul dua petang, tapi aku kena keluar pagi-pagi lagi dari rumah. Sebab jarak rumahku ke lapangan terbang agak jauh dan aku ke sana dengan menaiki bas. Dan standard untuk setiap lapangan terbang, harus berada di sana beberapa jam lebih awal. Jadi dalam lebih kurang pukul sebelas pagi aku dah kena ada di sana.
Aku pilih untuk naik bas memandangkan tambangnya jauh lebih murah dari teksi. Kalau dulu tiap kali aku mahu ke lapangan terbang, pasti Shahril akan pinjam atau sewa kereta untuk menghantarku. Memang sangat jimat kosnya. Mengingatkannya, adalah juga rasa pilu bertandang. Rindukan memori dengannya. Walaupun kami dah tiada apa-apa, tapi jasa baiknya padaku tetap aku takkan lupa.
Haih.. dah nak balik Malaysia pun boleh pula nak emo! Aku geleng-geleng kepala beberapa kali. Halau jauh-jauh rasa itu.
Dan kini, bila tiada Shahril aku dah tak mahu susahkan sesiapa. Biarlah aku berdikari sendiri. Lagipun aku rasa ramai kawanku yang lain dah balik ke kampung masing-masing. Yang tak balik pun entah-entah dah pergi bercuti. Yalah.. cuti sebulan kut!
Gara-gara rumah bakal ditinggalkan lama, semua barang basah dah dihabiskan. Yang dah tak elok pun aku dah buang semua. Pendek kata, dapur memang dah kosong. Sebab itulah aku akhirnya terpaksa mencari makan kat luar sebelum perutku ni mengganas dengan lebih dahsyat.
Aku buat keputusan untuk makan di restoran Arab yang terletak dalam lebih kurang satu kilometer dari rumahku. Nasib baik dekat. Memandangkan kawasan rumahku ni adalah dikira kawasan bandar Nottingham, memang semuanya mudah. Aku hanya berjalan kaki walaupun cuaca agak sejuk.
Jarang aku makan di restoran ini melainkan kalau Sharifah yang heret. Bukan sebab tempat ini tak sedap. Kalau tak sedap, masakan restoran ini selalu penuh. Cuma tak kena dengan selera aku. Apa boleh buat, aku kurang suka dengan nasi arab. Tekak orang lain-lain. Bagi aku, nasi arab ni cepat muak.
Berbeza pula dengan Sharifah. Mentang-mentang darah dia berketurunan Syed, memang kegemaran dia nasi arab ni. Dan restoran yang diberi nama Sahara itu adalah kegemarannya. Pernah aku suruh dia mengurat anak tuan kedai itu supaya selalu dapat makan percuma. Sebab anak tuan kedai memang kacak habis. Dengan hidung mancung dia. Dengan mata bening dia. Manis dengan senyuman pula tu. Yang pandang pun rasa tak puas. Aku syak tiga puluh peratus orang yang datang restoran itu adalah sebab nak tatap muka handsome anak tuan kedai.
Tapi Sharifah marah aku. Dia cakap jangan nak mengarut. Orang Arab yang warak dan keturunan hebat macam tu takkan pandang orang macam dia. Yalah.. siapa tak kenal dengan keluarga pemilik restoran Sahara ni? Keluarga Al-Kabeer. Kalau tak salah aku kaum kerabat bekas mayor Nottingham ni dulu.
YOU ARE READING
ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]
RomanceSebuah prekuel novel Dheo's by Anjell Dheo Han X Nurissa Rose