~not-edited~
BAB 4
"Your name is Lucca, right?" Aku tanya lagi. Dengan sedikit paksaan dan ayat drama sebaris dua, akhirnya aku berjaya buatkan Lucca untuk duduk dekat denganku. Kesian aku tengok dia berdiri lama-lama walaupun muka dia tak kesah.
"Yes, signorina."
"I'm Nurissa. You can call me Rissa." Aku perkenalkan diri. Senyum seriang kanak-kanak ribena ke arahnya.
Lucca hanya angguk.
Diam lagi. Berbeza dengan Dheo, Lucca kelihatan sedikit berat mulut. Ops, pembetulan! Bukan sedikit, tapi memang banyak berat mulutnya! Atau itu memang personalitinya yang kurang mesra dengan orang baru?
"Terima kasih sebab selamatkan saya malam ni," ujarku dalam bahasa Inggeris.
Aku pandang telefonku yang masih tersadai di atas meja itu.
"Dan terima kasih juga sebab dah jumpa telefon saya," tambahku lagi. Walaupun telefon aku tu tunggu masa untuk jadi arwah, sekurang-kurangnya aku dapat keluarkan kad sim untuk mencari nombor telefon Sharifah atau sesiapa saja yang mengenaliku.
Lucca hanya angguk lagi.
Aku ambil peluang ini untuk menatap wajah Lucca. Rupanya memang boleh tahan. Tapi masih tak boleh nak lawan Dheo. Namun sedikit cacat gara-gara lebam di bibirnya. Hujung bibirnya pecah dan kelihatan ada darah kering yang masih melekat.
Dia tak sakit ke? Aku yang tengok pula rasa ngilu. Kenapa dia tak cuci luka dia? Kalau terkena jangkitan macam mana? Aku sedikit risau. Entah kenapa.
"Awak ada first aid kit?" soalku tiba-tiba kepada Lucca.
"Kenapa, signorina?"
"Tangan saya luka." Aku buat muka berkerut bagaikan sedang menahan sakit sambil menunjukkan tanganku yang masih bersembunyi di balik hoodie tebal Dheo itu. Haraplah menjadi.
Mata Lucca sedikit meluas sebelum wajahnya bertukar sedikit cemas.
"Mi uccidera!" Aku dengar Lucca menggumam dalam bahasa ibundanya.
Lantas dia berdiri dan berlalu ke satu sudut. Aku hanya melihat kelakuannya yang kelibut itu. Entah apa yang diselongkarnya, tiba-tiba dia muncul kembali dengan satu peti putih sederhana besar. First aid kit. Diletakkan di atas meja di depanku lalu dibukanya. Tangkas tangannya membuat kerja. Keluarkan satu botol normal saline dan kapas.
"Bagi saya tangan awak, signorina." Dia berkata serius. Dah ala-ala paramedik pun ada.
"I'm kidding," kataku tanpa rasa bersalah. Keluarkan tanganku untuk ditunjukkan kepadanya. Dah tentu baik-baik sahaja. Mungkinlah nampak sejuk sikit tapi dah tentu tiada kecederaan.
Reaksi Lucca lepas tahu aku tipu dia tu, aku tak dapat nak agak. Marah? Geram? Nak cekik aku? Mungkin semua.
Mencerun tajam matanya ke arahku. Anehnya, aku tak rasa takut. Malah aku sengih sekali. Entahlah.. dengannya, aku rasa bagaikan ada sesuatu hubungan abstrak. Mungkin sebab dia dah selamatkan aku. Mungkin juga sebab aku tertarik dengan personalitinya.
"Bukan untuk saya. Tapi untuk awak. Awak cedera," kataku lagi sambil menunjukkan ke arah hujung bibirnya. Lucca sendiri tanpa sedar turut menyentuh tempat lukanya itu dengan jari.
Terus aku rampas botol normal saline dan kapas itu dari tangannya.
"Saya hanya cedera ringan, signorina." Jelas dia enggan dirawat.
YOU ARE READING
ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]
RomanceSebuah prekuel novel Dheo's by Anjell Dheo Han X Nurissa Rose