BAB 17

48K 2.3K 410
                                    

~not-edited~

BAB 17

Sedar tak sedar, dua minggu sudah berlalu sejak kejadian itu. Henry nampaknya betul-betul mengikut arahan Dheo. Kata Sharifah, Henry tak lagi menghubunginya. Dan bila terserempak, cepat saja dia menukar haluan supaya mereka tak bertembung. Sampai tertanya-tanya juga aku. Apa yang Dheo dah buat padanya sebenarnya?

Alhamdulillah, trauma Sharifah juga agak berkurangan. Tak lagi bermimpi ngeri. Mungkin dengan tiadanya Henry di depannya, Sharifah rasa selamat. Sejak hari itu, Sharifah juga dah kurangkan aktiviti sosialnya. Dah tak keluar malam. Kalau keluar pun atas sebab tugasan kelas. Mungkin sedar keseronokan yang dirasainya itu bakal memudaratkannya suatu hari nanti. Tak mungkin perkara yang sama akan berulang lagi. Aku kira, itulah hikmah setelah semuanya berlaku.

"Rissa, Shahril nak jumpa."

Gerakan pensil kayu di tangan kananku itu turut terkaku. Pegun segala tubuh. Kata-kata Sharifah yang baru pulang dari kuliahnya itu cuba aku hadam.

Lantas aku toleh kepala ke arahnya. Dia sedang menggantungkan begnya. Kemudian kembali menghadapku. Mungkin mahu mengulang sekali lagi sebab dia ingat aku tak dengar.

"Shahril?" soalku.

"Haah. Kekasih kau. Lupa?" Sempat dia menyindir. "Dia ada kat luar. Dia suruh aku panggil kau turun," bagitahu Sharifah lagi.

Aku hanya diam. Dada berdebar-debar. Ini bukan kali pertama Shahril mencariku. Sebelum ini, ada saja akal panjangku untuk mengelak. Telefon aku tak payah cakaplah. Spam tak sudah dengan panggilan tak dijawab dan SMSnya. Aku juga tak tahu kenapa aku masih tak block nombor dia. Belum punya kekuatan.

"Rissa? Kau dengar tak? Pakwe kau tu tengah tunggu kat bawah." Sharifah sedarkan aku.

Tapi aku tak bangun. Pusing balik tubuh menghadap meja tulis. Sambung melukis.

"Kau cakap dengan dia aku taknak jumpa dia," jawabku senang.

"Kau gaduh dengan Shahril ke?"

Aku diam. Malas nak jawab. Hatiku sekarang sedang berkecamuk dengan pelbagai emosi. Bayangan itu datang lagi. Aku yang hampir lupakannya rasa sakit balik hanya kerana muncul sebaris nama itu. Shahril!

"Hish.. penatlah jadi posmen orang gaduh ni!" bebel Sharifah.

Tapi dia tak bertanya lebih lanjut. Aku nampak pintu bilik terbuka sebelum terkatup kembali. Maksudnya, Sharifah dah sedia untuk jalankan amanahku walaupun dengan hati tak ikhlas.

Terus aku berdiri di depan tingkap. Bilik aku menghadap jalan utama. Dari sini, dapatku lihat Shahril sedang berdiri di perkarangan rumah. Ada jaket panjang menutup tubuhnya. Nampak dia gosokkan tapak tangannya beberapa kali. Mungkin sejuk. Aku nampak ada satu jambak bunga di tangannya. Mungkin untuk memujukku. Entah kenapa, hati rasa sebak. Namun cepat sahaja aku mengusirnya.

Beberapa saat setelah itu, Sharifah muncul. Nampak mulut mereka bergerak-gerak. Shahril menyerahkan bunga itu kepada Sharifah. Dan beberapa minit selepas itu, aku nampak Shahril menapak pergi.

Aku mengeluh perlahan sebelum kembali duduk di mejaku. Blank! Hilang mood aku nak siapkan kerja kelas seni itu. Semuanya sebab kemunculan Shahril. Tak sampai seminit, aku dengar pintu bilik ini kembali terbuka.

"Shahril dah pergi. Ada bunga untuk kau." Sharifah suakan bunga itu kepadaku.

Bunga daisi merah. Tapi aku hanya memandang sepi bunga itu. Kelakuannya itu dah tak lagi membuat hatiku teruja. Bila aku masih diam tak berkutik, Sharifah letak bunga itu di atas katilku.

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now