True love us like a unicorn
🌸🌸🌸🌸
Aku sedih kerana sampai sekarang ayah dan abang abang ku masih tidak mencariku. Atau mereka masih tidak tahu yang aku telah diculik.
Hari ini sudah hari ketiga aku di dalam gudang ini. Aku sudah penat untuk melawan kata kata mereka bertiga itu. Terlalu penat.
Bahkan aku juga tidak dibenarkan untuk membersihkan diri. Pakaian ku juga masih sama dengan pakaian hari pertama aku datang ke sini.
Aku hanya diberi untuk pergi kencing dan buang air besar sahaja. Itupun dua kali sehari sahaja. Selama tiga hari ini juga aku telah meninggalkan solatku. Manakan tidak sewaktu aku meminta untuk solat boleh mereka berkata."Kau tak payah solat Allah tak dengar pun doa kau tu" semoga mereka diberikan hidayah.
Sungguh mereka tidak memahami perasaanku. Nasib baik aku tidak didatangi haid kalau tidak aku tidak tahu bertapa sengsaranya aku pada waktu itu.
Ayah, Abang Danial, Abang Danish!! Tolong Mikayla!.. jerit hati kecil ku ini.
Aku sedih.
Air mata ku tidak boleh dibendung lagi. Aku menangis sendirian digudang itu
Mereka bertiga yang menculik ku itu entah kemana. Barangkali diluar gudang ini.
Lelaki tempoh hari itu pun sudah tidak nampak bayang lagi. Hanya sekali yang aku dicurah air olehnya sahaja. Itulah kali terakhir aku berjumpa dengannya.
Siapa lelaki itu ya. Kacak tetapi jahat. Ya dia jahat kejam tapi semua itu terselindung dengan kekacakannya. Tidak dinafikan lagi.
Akhirnya aku hanya baring diatas kotak yang menjadi alas tidurku selama ini sambil memikirkan nasibku yang akan datang.
Derapan kaki mengganggu deria pendengaranku. Lantas aku bangun dan melihat Man dan Lan sedang menuju kearah ku.
"Bangun" itu ayat keluar dari mulut Lan.
Aku endahkan arahan yang diberi oleh Lan itu.
"Aku cakap bangun bangun lah" Lan menarik kuat tanganku agar ku berdiri.
"Auch" Aku mengaduh kerana tanganku diperlakukan seperti itu.
"Lain kali kalau taknak sakit dengan arahan faham!?" giliran Man pula berkata.
Haih tak tahu ke aku ni penat dengan sakit badannya tidur dengan alas kotak je. Aku hanya mengangguk.
"Dah jom" kini aku pula tertanya tanya.
Kemana mereka ingin bawa ku ini.
"Kita nak pergi mana?" langsung aku bertanya.
"Ikut dan diam je lah" aku masih lagi berjalan dengan tidak rela hati.
Adakah mereka ingin menjual ku??? Macam mana kalau dia orang jual aku?? Ayahh tolong Mikayla! Aku menangis didalam hati.
"Korang nak bawa aku pergi mana ni! Tolonglah jangan jual aku! Aku taknak aku merayu pada korang ni!" Kataku sambil manangis .
"Sebelum aku tampar kau lagi baik kau diam!" amaran keras daripada Lan.
Serik wei kena tampar dengan dia ni!
Terus aku mendiamkan diri menahan apa yang ada didalam hati.
'Ya allah selamatkanlah hamba mu ini' hanya doa yang mampu aku titipkan saat ini untuk aku menjaga diri.
YOU ARE READING
Mr. Zayyan Saya Punya!! [ON GOING]
Romance1 in Dangerous [19/11/2019] BOOKONE || ROMANCE . . Hidupku berubah apabila ayah kandungku sendiri telah menjualku kepada mafia terkenal diseluruh negara. Kerana dia hidupku jadi musnah Kerana dia juga aku benci pada diri sendiri Ya semua dia. Tapi...