MZSP | 22

19K 366 7
                                    

Don't look for a girl you want to treat like a princess, look for a girl you want to treat like a partner

🌸🌸🌸🌸

            "Encik Alex boleh saya tanya satu soalan?" tanya doktor yang merawat Alex di hospital kerajaan itu.

Alex mengeluh berat.

"Kau nak apa ni cepatlah tanya" katanya lalu menjeling doktor itu.

'Dah lah katil pun tak sedap nak baring dengan bercampur dengan manusia-manusia lain lagi'

"Cuba..." baru doktor itu mahu berkata tapi sudah dipintas oleh Alex.

"Eh aku nak tanya dulu" kata Alex tanpa memandang doktor itu.

"Silakan Encik Alex." doktor itu memberi laluan kepada Alex untuk bercakap sambil tersenyum.

"Asal eh kau letak aku dekat katil macam ni? Dengan bercampur dengan orang lain pula tu. Kalau virus dia orang ni" jarinya diarahkan kepada semua pesakit-pesakit yang ada disitu. "berjangkit dekat aku macam mana? Kau nak tanggung?" sambung Alex lalu memandang doktor itu.

"Maaf Encik Alex ini memang prosedur hospital kerajaan." doktor itu berkata.

"Ha lagi satu dekat sini memang tak ada tv ke? Kau tahu tak aku bosan dekat sini?" marah Alex membuatkan pesakit-pesakit yang lain memandang kearahnya.

"Apa pandang-pandang korang nak kena tembak juga ke? Nak mati awal?" ugut Alex kepada mereka. Pantas mereka mengalihkan pandangan daripada Alex itu.

"Maaf Encik Alex tolong hormat pesakit lain ye." kata doktor itu perlahan kepada Alex.

"Kau pahal nak arah-arah aku pula.Nak kena tembak juga ke?" tanya Alex kepada doktor itu.

Pertanyaan Alex hanya dibalas dengan gelengan daripada doktor itu.

"Kalau macam tu saya pergi dulu ye Encik Alex" kata doktor itu selepas mendapat ugutan seperti itu.

Terus tidak jadi untuk dia bertanyakan soalan tadi.

"Kau nak pergi tu pergi jelah tak payah nak bagitahu aku bagai." kata Alex lalu menjeling doktor itu lagi. Sebenarnya dia masih marahkan Hayyan kerana hantarnya ke hospital kerajaan ini. Tapi yang menerima tempiasnya ialah pihak hospital ini. Dia tidak suka hospital sebegini!

Alex yang bosan itu terus mencabut water drip itu lalu berjalan keluar daripda hospital itu. Dia tidak betah berlamaan di dalam hospital low class itu.
Cukuplah semalaman dia tidur disitu. Sungguh tidak lena tidurnya malam tadi.

Semasa ingin melalui kawasan kaunter pertanyaan Alex lihat doktor tadi sedang berbual dengan nurse-nurse yang ada disitu.

'Curi tulang je perempuan ni' katanya dalam hati. Lalu tersenyum sinis.

"Eh Encik Alex nak pergi mana ni."  tegur doktor Nisa kepada Alex yang sedang berjalan ke pintu keluar itu

"Kau pahal suka hati akulah nak pergi mana. Kau bini aku ke sampai aku nak bagitahu semuanya dekat kau." marah Alex kepada doktor wanita itu.

'Aku bukan tak bayar bil hospital murah ni yang kau nak semak lagi tu kenapa.'  omel Alex dalam hati.

"Eh bukan macam tu saya cuma tak boleh benarkan Encik Alex keluar sesuka hati sebab Encik Alex masih dalam pemantauan kami." terang doktor itu.

'Ingat aku kesah kau nak pantau ke apa ke yang penting aku nak balik!' omelnya lagi.

"Eh dah lah semaklah kau ni" Alex berjalan keluar tanpa menghiraukan panggilan Doktor Nisa itu.

Akhirnya Alex pulang ke rumah dengan menaiki teksi kerana keretanya sedang digunakan oleh Hayyan semalam. Tak pernah seumur hidupnya menggunakan kemudahan pengangkutan awam ini.

         "Korang nak tahu tak tadi ada pesakit ni dia boleh nak ugut-ugut pesakit kita nak tembak dia orang bagai sebab tengok dia sampaikan saya pun dia ugut macam tu." ujar doktor  yang menjaga Alex tadi kepada jururawat yang menjaga kaunter petanyaab itu. Nasiblah tidak ramai orang hari ini.

"Biar betul doktor Nisa? pesakit yang mana eh?" tanya seorang nurse yang ada disitu kepada doktor Nisa.

Tiba-tiba dua jururawat yang menjaga kaunter pertanyaan itu terpaku memandang suatu sudut.

"Bapak hensem" kata salah seorang daripada mereka perlahan.

Apabila doktor Nisa melihat apa yang dipandang oleh dua jururawat itu terus membulat matanya.

"Eh Encik Alex nak pergi mana ni." kata doktor Nisa kepada Alex yang sedang berjalan ke pintu keluar itu.

"Kau pahal suka hati akulah nak pergi mana. Kau bini aku ke sampai aku nak bagitahu semuanya dekat kau." marah Alex kepada doktor Nisa.

"Eh bukan macam tu saya cuma tak boleh benarkan Encik Alex keluar sesuka hati sebab Encik Alex masih dalam pemantauan kami." terang doktor Nisa lagi.

"Eh dah lah semaklah kau ni" Alex berjalan keluar tanpa menghiraukan panggilan Doktor Nisa itu.

Doktor Nisa berjalan kembali ke kaunter pertanyaan itu.

"Itulah pesakit yang saya cakap tadi" katanya lalu mengeluh. "Penat saya nak layan kerenah dia tu. Saya rasa dia tu ada pesakit mental lah." sambung doktor Nisa lagi.

"Seriuslah doktor itu pesakitnya. Ya ampun kenapa hensem sangat jodohku itu!" kata seorang  jururawat itu kepada doktor Nisa.

"Haahlah Wani aku tengok dia pun cair weii" terang seorang lagi jururawat kepada jururawat yang bernama Wani itu.

"Dah kamu berdua jangan nak puji-puji mamat tadi tu. Kalau kamu yang layan Encik Alex itu pasti kamu juga rasa apa yang saya rasa tadi." pesan doktor Nisa kepada dua jururawat yang menjaga kaunter tertanyaan itu.

Sudahlah dia tidak dapat maklumat tentang bagaimana luka itu boleh terjadi kepada Encik Alex itu lagi. Doktor Nisa mengeluh.

"Saya pergi dulu ya ada appointment dengan pesakit saya ni." ujar doktor Nisa lalu meninggalkan kaunter pertanyaan itu.

"Segak wei Encik Alex tu." kata Wani kepada rakannya itu.

"Itulah cuba jodoh aku macam dia tu. Aku rasa akulah perempuan paling bahagia dekat dunia ni" ujarnya dengan penuh teruja.

"Kenapalah semalam aku tak jaga wad dia tu" keluh Wani.

"Assalamualaikum saya nak numpang tanya mana wad 2B1 je" tanya seorang wanita tua.

Perbualan dua jururawat itu diganggu oleh wanita itu.

           



Thank you for reading 🌸
May you guys have a good day♥️

Jangan lupa untuk vote😋
🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊

Mr. Zayyan Saya Punya!! [ON GOING]Where stories live. Discover now