MZSP | 25

19.7K 448 20
                                    


You can't expect someone to love you when you can't love yourself

🌸🌸🌸🌸


Mikayla yang sedang duduk di balkoni sambil melihat matahari turun itu mengintai kearah pintu apabila ditolak oleh seseorang. Kelihatan Zayyan yang baru masuk ke dalam bilik membuatkan Mikayla memandang semula ka arah matahari yang sedang terbenam itu.

Malas dia ingin berjumpa lelaki itu walaupun mereka tidur sekatil.

Kedengaran bunyi pancuran air daripada bilik air membolehkan Mikayla tahu yang Zayyan sedang mandi.

Tadi malam Mikayla tidak tidur bersama Zayyan kerana Zayyan tidak pulang ke rumah. Entah kemana lelaki itu pergi.

Dia pergi club (Eh sibuk je author ni)

Setelah beberapa minit akhirnya Zayyan keluar daripada bilik mandi terus pergi ke wardrobe mencari pakaian yang sesuai di rumah. Lelaki mana reti malu jika bertuala separas pinggang sahaja. Lagi mahu ditunjuk-tunjuk adalah.

"Mikayla" tegur Zayyan dimuka pintu balkoni itu membuatkan Mikayla terperanjat.

"Oh mak kau suka berkemban" latahan Mikayla membuatkan Zayyan menahan diri daripada ketawa. Comel.

"Siapa berkemban? Kau nak berkemban depan aku lagi ke?" usik Zayyan mengingatkan peritiwa tempoh hati membuatkan wajah Mikayla merona merah.

"Apa awak merepek ni. Kenapa awak sergah-sergah saya macam tu kalau saya ada sakit jantung ke lepastu saya mati macam mana?Memang saya akan hantui sepanjang hidup awak. Tengok jelah nanti." Bebel Mikayla dengan riak tidak puas hati dengan Zayyan yang suka menyergah dia itu. Lagipun dia malu apabila Zayyan membangkitkan isu tempoh hari yang sememangnya amat memalukan dirinya itu.

"Dah habis cakap?" tanya Zayyan seperti tiada berkata apa-apa tadi yang membuatkan Mikayla malu. Malas dia mahu mendengar bebelan Mikayla itu.

Mikayla memuncungkan bibirnya lalu berpeluk tubuh. "Yelah saya minta maaf sebab banyak cakap." terlupa pula dia yang Yan ini seorang yang tidak suka orang banyak cakap jika tidak sebentar lagi pasti ada yang makan penampar percuma daripadanya.

Zayyan tersenyum sinis. Tahu takut.

"Aku ada nak cakap sikit dengan kau ni." kata Zayyan lalu berjalan menuju ke penghadang balkoni itu sambil memandang matahari lalu di memegang penghadang tersebut.

"Awak nak cakap apa?" tanya Mikayla lalu bangun daripada kerusi itu dan berdiri disebelah Zayyan. Berkerut dahi Mikayla melihat gelagat pelik yang ditunjukkan okeh Zayyan itu.

Zayyan mengeluh berat. Dia sudah fikir masak-masak.

"Minggu depan kita kahwin" ujar Zayyan membuatkan Mikayla terlongo.

"Hah kahwin?" ujar Mikayla separa menjerit itu. Lalu pantas dia menutup mulut apabila mendapat jelingan tajam daripada mata helang milik Zayyan itu.

"Awak biar betul. Saya taknaklah kahwin dengan awak." kata Mikayla selamba. Hari itu bukan main lagi suruh Zayyan kahwini dia sekarang apa cerita!

"Aku tak minta jawapan daripada kau pun. Aku cuma bagitahu kau je." ujar Zayyan tanpa memandang Mikayla yang masih bingung itu.

Mr. Zayyan Saya Punya!! [ON GOING]Where stories live. Discover now