The person who cares least in the relationship has the most control🌸🌸🌸🌸
Zayyan menahan senyum melihat wajah cemberut Mikayla itu. 'Apa kau ingat aku senang-senang nak ajak kau keluar' katanya dalam hati.
"Mati-matilah aku ingat dia pergi gym dekat luar ke apa ke" omel Mikayla perlahan.
Flashback
"Awak kita nak pergi mana ni kenapa naik atas pula?" soal Mikayla pelik. Pintu utama dibawah tapi kenapa Yan menekan butang lift ke tingkat tiga.Sepi. Zayyan tidak membalas pertanyaan Mikayla itu.
Apabila keluar daripada lift Zayyan berjalan sehingga ke satu pintu yang berwarna hitam. Di tingkat tiga itu terdapat enam bilik. Lima pintu berwarna hitam dan satu pintu berwarna putih. Apa yang Mikayla tahu pintu putih itu ialah bilik Zayyan yang tamak itu. Kali terakhir dia naik ke tingkat ini ada semasa hari pertama dia sebilik dengan Zayyan tempoh hari.
Mikayla mengikut langkah Zayyan yang sudah masuk ke dalam bilik itu. Terlongo sebentar dia melihat apa yang ada di dalam bilik itu.
Sebuah gym yang lengkap dengan peralatannya. Tapi perbuatan Mikayla terhenti apabila dia melihat senyuman sinis yang terukir daripada bibir Zayyan itu. Terus cemberut mukanya.End flashback.
"Awak ni kalau saya tahu gym dekat dalam rumah je baik saya duduk dalam bilik je tadi." Omel Mikayla kepada Zayyan yang sedang 4 suis apa yang Mikayla tidak tahu.
"Aku ajak je dan kau boleh je kata taknak ikutkan tadi. Kenapa kau ingat aku nak keluar rumah ni?" kata Zayyan dengan nada sarkistiknya itu.
"Mana ada. Saya ikut sebab saya bosan asyik terperap dalam bilik je." jawab Mikayla memberi alasan supaya Zayyan tidak dapat menghidu niat sebenar dia mengikut Zayyan tadi.
'Ada je jawapan kau kan Mikayla' ujar Zayyan dalam hati.
Membulat mata Mikayla apabila Zayyan tiba-tiba membuka bajunya itu lalu dicampak ke wajah Mikayla.
"Ahh ape awak ni main buka-buka baju lepastu nak baling dekat saya pula tu." bebel Mikayla sambil menutup matanya.
"Ala aku buka baju je bukan buka seluar pun yang kau nak over tu kenapa. Habis selama ni aku tidur tak pakai baju tu kau okey je. Siap peluk aku lagi." Kata Zayyan membuatkan Mikayla malu sendiri.
Merona merah pipinya saat ini.
Ya dia pernah memeluk Zayyan semasa tidur. Tapi Mikayla akan tersedar awal apabila dia rasa yang dia sedang memeluk tubuh Zayyan yang hangat itu. Takkan dia lah perasan!
YOU ARE READING
Mr. Zayyan Saya Punya!! [ON GOING]
Romance1 in Dangerous [19/11/2019] BOOKONE || ROMANCE . . Hidupku berubah apabila ayah kandungku sendiri telah menjualku kepada mafia terkenal diseluruh negara. Kerana dia hidupku jadi musnah Kerana dia juga aku benci pada diri sendiri Ya semua dia. Tapi...