You're not required to set yourself on fire to keep other people warm🌸🌸🌸🌸
"Bapak ngada-ngadanya kau Alex sampai makan pun nak bersuap bagai" terjah Hayyan yang baru masuk ke dalam bilik Alex itu. Jennie pula sedang menyuap bubur ke mulut Alex.
Jennie yang sedang duduk di kerusi sebelah katil milik Alex itu tertunduk malu.
"Eh suka hati akulah dia ni bakal bini aku mestilah kena jaga aku" kata Alex lalu menjeling Hayyan yang berada di bucu katilnya itu.
"Wah bila diclare." Hayyan ketawa tanda dia sedang mengejek Alex. "Jennie you nak ke jadikan tuan Alex you yang gila ni sebagai calon suami?." tanya Hayyan kepada Jennie yang sedang menundukkan wajah itu.
Pantas Jennie memandang je arah Hayyan yang bertanya itu.
"Errr tak tahu" jawapan Jennie membuatkan Hayyan ketawa kuat.
"Adakah ini yang dinamakan friendzone" ujar Hayyan dalam ketawanya itu. "Tapi friendzone antara majikan dan pekerja jelah" Hayyan masih tidak berhenti mengetawakan Alex itu.
'Tak guna kau Hayyan' marah Alex dalam hatinya lalu berkata "Hayyan baik kau keluar dari sini. Semak siak aku tengok muka kau ni." Alex menjeling tajam ke arah Hayyan.
"Hmm ingat nak melawat member sakit tapi kita pula dihalaunya." ujar Hayyan dengan nada sengaja disedihkan.
"Kau dah lah hantar aku dekat hospital kerajaan!" marah Alex apabila teringat kejadian semalam. Sakit hatinya.
Hayyan ketawa semula.
"Jadi manusia tu cubalah bersyukur. Okey apa aku hantar kau kat hospital kerajaan daripada aku hantar kau dekat rumah orang tua." ujar Hayyan sambil mengejek Alex yang sedang merah itu. Dengan tangan berbalut lagi. Nasiblah kepalanya tidak berbalut jika tidak pasti kelakar.
"Eh kau keluarlah sakit hati betullah aku tengok kau ni!" marah Alex kepada Hayyan yang sedang ketawakannya itu.
'Ouh dia buat dekat orang tak fikir pula marah orang dekat dia.' (author diam!)
"Yelah aku keluar ni. Get well soon sayang" kata Hayyan lalu mengenyitkan mata kepada Alex.
"Aku bukan gay bodoh!!" jeritnya apabila Hayyan sudah keluar daripada biliknya itu.
Jennie ketawa kecil melihat gelagat dua majikannya itu.
"Ha you jangan nak ketawa-ketawa I lapar ni cepat suap I kang you pula yang I makan." ujar Alex kepada Jennie dengan nada geram. Dah lah reject aku depan Hayyan tadi!
"Maaf tuan Alex" kabut Jennie lalu mula menyuap bubur ke dalam mulut Alex yang sedang panas hati itu.
"Nasib you masak sedap kalau tidak dah lama I muntahkan balik apa yang you masak ni" kata Alex dengan muka yang cemberut.
Jennie hanya mampu menahan senyum melihat gelagat Alex yang seperti budak-budak itu.
"Takkan kau nak biar je lepas apa geng Black Dragon tu dah buat dekat anak buah kita Zayyan. Sebab dia oranglah ramai pekerja kita yang mati." kata Alvin.
Kini mereka sedang bersarapan di restoran. Malas mahu makan di rumah jadi Alvin mengajak Zayyan untuk makan di luar sahaja.
"Siapa kata aku nak biar je dia orang tu. Tak apa kita bagi dia orang berseronok dulu baru kita balas apa yang dia orang dah buat dekat kita."
"Tapi takkan lama lagi kot. Aku dah lama tak ambil nyawa orang ni." keluh Alvin lalu menyambung makan nasi lemaknya itu. Harini juga mood dia ingin makan nasi lemak. Entahlah macam perempuan! ngidam itu ngidam ini.
"Kau tunggu je lah" ujar Zayyan geram lalu menjeling Alvin yang dihadapannya itu. Tak reti penyabar.
"Haih yelah. Aku nak order lagi lah. Lapar lagi ni." adu Alvin.
"Nasi lemak tadi banyak gila kot kau boleh kata lapar lagi? Perut kau tu tank lori sampah ke apa." ujar Zayyan yabg pelik melihat gelagat kawannya itu. Dah nak mati ke apa mamat ni.
"Entahlah aku rasa lapar. Lagipun suka hati akulah nak makan berapa banyak pun. Ada guna duit kau ke?" soal Alvin.
"Memang guna duit aku pun kan" kata Zayyan dengan nada sinis.
"Eleh setakat nasi lemak dua pinggan je pun nak berkira dengan aku." jeling Alvin.
"Yelah kau pergilah order sepuluh pinggan terus. Aku ni memang bank kau." marah Zayyan melihat Alvin yang asyik membetah dia itu.
Alvin tersengih lalu memanggil pelayan restoran itu untuk menambah lagi satu nasi lemak. Mungkin rasa nasi lemak di restoran ini yang kena dengan selera tekak Alvin. Itu yang sampai makan bertambah.
Jangan lupa vote untuk kali ke 1+++ 🙊♥️
Comment jika suka ya😍
Kalau ada typo tolong bagitahu kadang sis tak perasan🤗
Tolong sis😭 tak ada idea ni hoho
YOU ARE READING
Mr. Zayyan Saya Punya!! [ON GOING]
Romance1 in Dangerous [19/11/2019] BOOKONE || ROMANCE . . Hidupku berubah apabila ayah kandungku sendiri telah menjualku kepada mafia terkenal diseluruh negara. Kerana dia hidupku jadi musnah Kerana dia juga aku benci pada diri sendiri Ya semua dia. Tapi...