Don't fall in love with your waitress, hooker, or therapist
🌸🌸🌸🌸
"Weii Hayyan kau bawa kereta ni cepat sikit boleh tak!" jerit Alex yang berada ditempat penumpang keretanya itu.
Kini Hayyan sedang memandu kereta Alex. Katanya tidak mahu mengotorkan kereta kesayangannya itu dengan najis darah Alex yang kotor itu.
Hayyan sengaja memandu dengan lambat.
"Wei tolonglah kereta aku dah kotor ni" rayu Alex apabila melihat sit kereta yang sedang didudukinya itu penuh dengan darahnya. Kereta yang dirisaukannya.
"Biar lambat asal selamat." ujar Hayyan tenang lalu membuka lagi dengan kuat. Mala mendengar Alex yang asyik menjerit itu.
"Kepala otak kau. Time macam ni lah nak pandu cermat bagai sebelum ni kau juga yang bawa kereka macam nak mati awal!" sakit hati Alex apabila jawapan itu yang keluar daripada mulut Hayyan.
"Eh suka hati aku lah nak bawa laju ke tak." jerit Hayyan lalu memperlahankan radio yang terlalu kuat itu. Pekak telinganya.
Dia yang kuatkan tadi.
"Masalahnya kereta aku dah kotor ni bongok!" marah Alex.
"Yang penting bukan kereta aku so bukan masalah aku" tenang Hayyan menjawab.
"Sumpah aku nak bunuh kau sekarang ni Hayyan." kata Alex lalu menjeling Hayyan yang sedang memandu itu.
"Lantak ar kereta ni malas aku nak fikir dah" omel Alex perlahan.
Hayyan hanya tersenyum sinis "tahu pun nak senyap" katanya kepada Alex yang tidak puas hati kepadanya itu.
"Baik kau diam sebelum aku koyakkan mulut kau tu" ugut Alex. Hayyan tidak takut pun malah suka melihat Alex sebegitu.
"Kejap lagi sampai lah ni hish" kata Hayyan.
Selang beberapa minit akhirnya mereka sampai ke hospital. Hayyan memberhentikan keretanya dikawasan wad kecemasan.
"Dah turun" arah Hayyan.
"Kau pun turun jugalah." kata Alex.
"Ye aku turun tapi kau turun lah dulu." kata Hayyan lagi.
Sejurus Alex menutup pintu terus dikuncinya pintu kereta itu lalu menurunkan cermin tingkap.
"Sorry bro aku ada hal" kata Hayyan dengan nada mengejek lalu meluncur laju keluar daripada kawasan hospital itu.
"Wei babi apalah kau nii!" jerit Alex kepada Hayyan yang sudah bergerak meninggalkannya itu.
Semua yang ada disitu memandang pelik ke arah Alex. Ada yang mahu ketawa melihat Alex itu. Alex yang rasa diperhatikan itu memandang sekeliling.
"Apa pandang-pandang? Nak kena tembak juga macam aku ni ke?" ugut Alex membuatkan semua beralih arah daripada memandangnya.
"Eh kau" panggil Alex kepada nurse perempuan yang ada disitu. "Dah buta ke ? Tak nampak aku ni cedera? Korang ni makan gaji buta ke?" marah Alex kepada nurse yan ada di kauter pertanyaan itu.
YOU ARE READING
Mr. Zayyan Saya Punya!! [ON GOING]
Romance1 in Dangerous [19/11/2019] BOOKONE || ROMANCE . . Hidupku berubah apabila ayah kandungku sendiri telah menjualku kepada mafia terkenal diseluruh negara. Kerana dia hidupku jadi musnah Kerana dia juga aku benci pada diri sendiri Ya semua dia. Tapi...