👻7👻

303 48 0
                                    


"Kau?!"

"Yes, it me. I told you to meet me right?" Wajah Seokjin yang sedang tersenyum itu dipandang dingin oleh Hana.

Apalah namja ni nak dari dia?

"Kau baru sehari sekolah dah tunjukkan sifat buaya kau ye? Apa kau nak?!" Hana menyoal bersama high notesnya.

"Aku nak kau."

Mata Hana membulat. Dia salah dengar ke atau namja jahanam ni yang gila?

Secara tiba tiba Seokjin datang mendekatinya dan melekapkan kedua dua tangannya ke dinding bagi mengunci diri Hana supaya dia tak lari. Bahu Hana tersentak. Terkejut dengan perbuatan Seokjin. Nafas Seokjin dapat dirasai di kulit muka Hana. Terasa dingin sahaja. Muka pucat Seokjin dipandang dengan muka hairan.

"Kau nak buat apa ha kat aku?!"

"Tch, relax. Aku takkan apa apakan kau. Aku nak kau jadi rakan penyiasat aku. Tu je." Seokjin mengatakan niat sebenarnya. Dahi Hana berkerut.

"Susah aku nak terangkan kat kau. Ikut aku ke taman." Kata Seokjin

"Kalau ye pun, lepaskan lah aku. Kalau orang nampak kita macam ni? Ada jugak muka kau aku lempang." Sepantas kilat Seokjin melepaskan tangannya dari mengunci Hana.

"Jom sekarang!"

---------------------------------------------------

"Kau dah kenapa tengok aku macam nak makan aku? Tak pernah nampak orang ke? Ke kau nak makan penumbuk aku?" Soal Hana dingin kepada Seokjin.

"Aku nak kau jadi rakan penyiasat aku." Kata Seokjin.

"Apa kau merepek ni jantan? Kau ingat aku polis ke?" Nada dingin Hana terus bertukar. Kini, dia pula yang hairan dengan kata kata Seokjin.

Dia ingat ni cerita Sherlock Holmes ka?

"Tak perlu jadi polis untuk jadi penyiasat. Lagi pun kau saja yang boleh tolong aku."

"Kau nak aku tolong siasat tentang apa?" Hana berpaling mukanya menghadap Seokjin.

'Kenapa aku rasa ada yang tak kena dengan Seokjin? Kenapa aku rasa takut sekarang ni? Kenapa aku rasa yang ada aura berlainan dengan dia? Kenapa aku tanya soalan kat diri aku sedangkan jawapan aku semua ada kat Seokjin? Arghh! Paboya!' Pelbagai soalan ditanya pada hati Hana. Namun jawapannya bukan pada dirinya.

"Aku nak kau siasat tentang kematian seorang pelajar dan aku nak kau siasat siapa yang bunuh pelajar itu." Dengan nada yang agak tinggi, Seokjin jelaskan segalanya.

"Si-siapa pe-pe-pelajar tu?" Nada ketakutan Hana mula terkeluar.

Mengapa dia takut apabila Seokjin berkata begitu?

"Kim Seokjin."

-------------------------------------------------

Malam itu, Hana hanya berbaring di atas katil. Makan malam hanya sedikit sahaja dia jamah. Bila ditanya oleh Nek Kim, dijawabnya yang dia sakit kepala. Ubat sakit kepala disebelahnya dibiarkan. Kepalanya masih memikirkan situasi di taman.

~*~*~FLASHBACK~*~*~

"Kim Seokjin."

Lantas sahaja mata Hana membutang luas. Terkejut dengan apa yang didengarnya.

"Kematian Kim Seokjin? Ke-kematian kau?" Gugup Hana ingin menyoal. Dia menjarakkan dirinya dan Seokjin.

"Yes Kim Hana. Aku tahu kau ada sixsenth. Kau tiada sebab untuk lari sekarang. Kau tahu peraturan itu. Sekali sahaja roh meminta bantuan dari jasad yang ada anugerah, maka jasad itu perlu membantunya. So in this situation, you must help me no matter what happen."

Hana yang mendengar mula mengigil ketakutan. Takkan dia akan berperang dengan ketakutannya? Kali ini roh sendiri yang datang face to face dengannya, biasanya bayangan sahaja.

"Aku tahu kau takut nak hadap aku. Aku kan hantu. Dan ketakutan kau adalah hantu tapi aku takkan serang kau. Lagi pun kau sorang ja boleh tolong aku. Tak dak orang lain dah. So esok kita jumpa lagi and memang tiap tiap hari aku akan jumpa kau. Aku pergi dulu. Dah nak senja."

Seokjin terus ghaib begitu sahaja. Hana hanya terpaku di situ. Cuba menerima apa yang didengarnya sebentar tadi. Sudah lah dia takut gila dengan hantu ditambah pula Seokjin tu hantu bonus lagi Seokjin tu sekolah, sekelas dan sebelah dia saja. Mungkin tiap tiap hari dia perlu berada dalam kepompong ketakutan.

~*~*~ END FLASHBACK~*~*~

"Kenapalah takdir aku macam ni? Kenapalah nasib aku teruk macam ni? Kenapa aku perlu berjumpa dengan dia? Kenapa aku perlu tolong dia? Dia boleh kan cari sendiri semua tu. Dia tu hantu. Hantu boleh buat macam macam. Hergh!" Runsing pemikiran Hana memikirkan semua itu.

Telefon disisinya dia ambil. Lantas dia membuka galerinya. Satu gambar dilihat dengan penuh sayu.

"Kalaulah eomma dan appa ada sekarang, mesti Hana boleh lalui semua ni. Kalaulah eomma dan appa ada sekarang ni, mesti Hana tak takutkan kepada mereka. Kalaulah." Setitis mutiara jernih mengalir di pipinya. Dikesatnya lembut. Sungguh rindunya kepada kedua orang tuanya membuak.

"Saranghae eomma. Saranghae appa. Bogo shipeo." Matanya mula layu dan perlahan lahan dia mula tertidur.

"Sleep peacefully my rescuer. Sweet dreams."

--------------------------------------------------

Muka Hana mula berubah cuak. Matanya mula memandang ke luar tingkap. Tidak sanggup bersemuka dengan orang sebelahnya. Dugaan pagi oleh budak kelas telah dilaluinya iaitu kasutnya terbenam dalam selut yang berada di dalam dulang hadapan pintu masuk kelas. Namun dugaan itu tak mencabar. Dugaan yang akan dilaluinya sebentar lagi, lagi mencabar.

"Kau dah kenapa pandang luar tingkap? Cuba kau tengok aku."

".............."

"Kau dengar ke tak ni Hana?"

"..............."

"Kau nak aku ingatkan balik ke siapa aku?"

"Kau-nak a-apa?" Gugup Hana bercakap dengan Seokjin.

"Tak payahlah kau takut sangat dengan aku. Anggap ja aku ni manusia biasa." Kata Seokjin untuk mengurangkan ketakutan Hana.

"Senanglah kau cakap. Yang kena hadap semua ni aku. Bukan kau. Faham?!" Tegas Hana bersuara.

"Ha! Cakap dengan nada macam tu. Tu dah menunjukkan kau dah berani sikit dengan aku. Tak apa, lama lama aku bantu kau untuk keluar dari kepompong ketakutan kau pada hantu yang lain. Kau tu sixsenth so kau kena hadap benda tu tiap tiap hari. Kalau kau tak buang ketakutan kau tu, aku rasa kau tak boleh nak hadap hidup kau." Seokjin tersenyum sinis.

"Fine!"

"Balik nanti jumpa aku kat taman. Aku nak bagi tahu sedikit sebanyak tentang benda yang kita perlu siasat. Pukul 4 aku nak kau ada kat situ. Kalau tak nasib kau maybe buruk sikit." Hana menelan perit air liurnya.

"N-nae."

TBC

Hai readers yang disanyangi💕 Chap kali ni merapu sikit. Keling pon ada. Hambar sudah tentu terselit sekali. Pada insan yang baik tu tolong vote and komen. Jasa baik anda amat author sanjungi😇😇.Enjoy!!!

[C] MYSTERY | KIM SEOKJINWhere stories live. Discover now