👻26👻

253 50 0
                                    

***Author***

"Kim Hana!" Hana menoleh sebaik sahaja dia terdengar namanya bergema di ruangan loker yang sunyi itu.

'Tch, Jieun'

"Kau nak apa? Aku nak pergi kelaslah." Kata Hana lalu membuka langkah untuk ke kelas. Namun langkahnya terhalang apabila Jieun menolaknya kuat mengakibatkan belakang tubuh badannya terlanggar pintu loker besi itu.

"Aku pelik dengan kau. Kau pakai bomoh mana eh sampai satu kelas jadi baik dengan kau?" Jieun menyilangkan tangannya di dada. Wajah Hana dipandangnya tajam. Memang sudah lama dia simpan perasaan dendamnya terhadap Hana.

"Itu atas hati mereka. Nampaknya mereka pilih untuk berdamai dari bermusuh. Suasana kelas kita semakin hari semakin baik. Kau tak suka ke semua tu?" Kata Hana lalu dia senyum sinis memandang Jieun.

"Kau memang takkan suka suasana macam tu betul tak? Kau suka kalau kelas kita tu selalu buli aku. Kau suka tengok aku macam tu. Kenapa? Sebab kau masih simpan lagi dendam kau kat aku. Jieun. Benda tu dah lama berlaku. Bukan salah aku Hwang Min sukakan aku walaupun dia tahu yang kau crush pada dia. Dia ada hati dan memang hak dia untuk dia sukakan sesiapa pun. Tapi aku langsung tak bersalah bila dia kata yang dia sukakan aku. Aku pun terkejut jugak."

Sepanjang penerangan Hana, Jieun memalingkan mukanya menghadap pintu loker.

"Kalau kau tak wujud di sini, dia pasti jadi milik aku! Kau punca segala galanya Kim Hana. Dan aku takkan pernah maafkan kau selama lamanya." Jieun menghamburkan amarahnya yang sudah lama tersemat di hatinya.

"Sudahlah Jung Jieun! Sampai bila kau nak terus berdendam dengan aku?! Sampai bila kau nak bermusuh dengan aku?! Sampai bila?! Kau tak nak ke kita berdamai?! Kita satu kelas berkawan baik?! Tanpa ada perasaan benci?! Semua tu bukan salah aku! Aku tak nak hubungan kau dan aku kekal renggang disebabkan seorang namja! Aku nak kau dan aku jadi kawan macam yang lain!" Ujar Hana. Terasa panas di tubir matanya.

"Kau nak jadi kawan aku? Tch. Orang macam kau layak ke nak jadi kawan aku? And one more thing, aku tak kawan dengan PERAMPAS!" Balas Jieun. Perkataan perampas ditekan kuat. Bergema ruang loker itu dengan suaranya.

"What do you mean?" Soal Hana.

"Kau bodoh ke atau kau pura pura buat bodoh Kim Hana? Puas aku beritahu kau supaya jangan dekat dengan hak aku!"

Hana mula menayangkan riak wajah bingung. Hak Jieun? Sejak bila dia rapat dengan hak dia?

"Siapa hak kau?"

"Kim Seokjin!"

Membuntang mata Hana mendengarnya.

'Sejak bila Seokjin jadi hak dia? Bukan Seokjin allergic ke dengan Jieun?'

"Seokjin itu hak aku. Apabila aku dah jadikan seseorang itu hak aku, tak ada sapa mampu rampas dan rapat dengan dia kecuali aku. Dan kau sundal, jangan sesekali-

" SIAPA KAU KATA SUNDAL HA?!" Kata kata Jieun dipotong oleh satu suara yang datang dari arah belakangnya. Membuntang mata Jieun tatkala melihat gerangan pemilik suara itu.

Kim Seokjin.

"Dan sejak bila aku jadi hak kau? Yang hanya ada hak atas aku hanya Kim Hana sahaja." Jelas Seokjin lalu berjalan mendekati Hana. Sebelah tangannya merangkul bahu Hana. Terhinjut sedikit Hana dibuatnya.

"Kalau kau tak nak dimalukan depan semua orang, baik kau ubah perangai kau Jieun. Ingat, aku tahu yang engkau memfitnah Hana selama ini. Kau tahu cerita sebenar tetapi kau burukkan Hana semata mata untuk dapatkan perhatian. Apa perasaan pelajar lain kalau dapat tahu tentang hal itu. Kalau kat Hana kau gelarkan dia killer, kalau kau? Mungkin Hipokrit or Attention seeker." Seokjin menarik tangan Hana keluar dari ruangan loker. Sempat dia senyum sinis ke arah Jieun.

------------------------------------------------------

Longlai sahaja langkah Hana mendekati bangku taman itu. Tangannya diseluk ke dalam poket hoodienya. Penutup baju hoodie di belakang ditarik menutupi kepala.

Dia melabuhkan punggungnya di atas bangku. Kepalanya ligat berfikir apa yang dikatakan okeh rakan kelasnya.

'Kalaulah Seokjin tak cerita benda sebenar kat kami semua, mesti kita akan bermusuh lagi. Syukur Seokjin telah sedarkan kami dari perbuatan terkutuk kami.'

"Kenapa aku rasa bersalah dengan kau Seokjin?"

"Kau selalu tolong aku sedangkan aku hanya tolong kau sedikit sahaja."

"Kaulah punca aku mampu berani berhadapan dengan spesis kau yang lain."

"Kaulah punca aku mampu miliki senyuman aku kembali."

"Kaulah punca aku mampu ketawa semula."

"Kaulah punca aku mampu merasai kegembiraan ini tatkala aku diburu rasa putus asa untuk hidup di dunia ini."

"Kaulah punca aku mampu berbaik dengan rakan rakan aku."

"Kaulah punca aku jadi Kim Hana yang dulu."

"Tapi." Air mata Hana mula gugur. Dia menunduk. Menahan sebak yang dirasai di dalam hatinya.

"Kau lakukan semua itu dalam keadaan kau terseksa. Terseksa di antara alam dunia dan alam roh."

"Kau tanggung kesakitan kau untuk membuatkan aku kembali tersenyum."

"Kau mengajar aku apa itu erti kebahagiaan." Semakin deras air matanya mengalir. Dia tidak mampu menahan rasa sedih yang menguasai jiwanya.

"Aku akan hapuskan seksaan kau. Kau akan pergi ke alam yang dapat hilangkan keseksaan kau."

"Walaupun, aku tidak sanggup untuk

kehilangan kau."

TBC

Hai readers!❤ hehe...untuk pengetahuan korang cita Mystery ni dh nak sampai ending dia dah...Author pun harap sangat cita ni habis cepat sbb nak fokus kat satu lagi cita...votement after reading yea gaiss

Ouh, jemput jemputlah singgah kat second story author!! Hehe tapi tulah...hambar skit citannya lagi pun ni first time buat FanFic

[C] MYSTERY | KIM SEOKJINWhere stories live. Discover now