👻14👻

264 50 0
                                    


***Author***

"Seriuslah ni rumah dia? Asal rumah dia setingkat jer. Ingatkan jadi perempuan simpanan Tuan Song dapat la merasa harta dia." Rungut Seokjin yang berada di sebelah Hana.

Sekarang mereka berada di hadapan pintu rumah Shin Mylia ataupun nama selainnya Shin Mizu.

"Boleh tak kau senyap sikit sebelum aku matikan kau buat kali kedua? Dari tadi duk memekak kat telinga aku. Biarlah dia rumah setingkat ke rumah kayu ke. Ada ganggu hidup kau? Tak kan. So kau jangan nak mengada ngada sangat. Cukup bagus rumah dia dari bata and simen. Kalau reban ayam? Hergh!" Hana membalas rungutan Seokjin. Seokjin mencebik. Tanpa membuang masa, dia mengetuk pintu rumah tersebut.

"Ada orang tak ni?" Soal Seokjin pada Hana. Hana hanya mengankat bahunya.

Tok...tok...tok...

"Hello! Ada orang tak? Kami polis ni."

"Sejak bila kita jadi polis bengap?!" Seokjin menampar bahu Hana kasar. Hana tersengih.

"Ya kenapa?" Suara seorang perempuan tua yang amat dikenalinya membuatkan Hana berpaling ke hadapan semula. Terpampang wajah guru sainsnya yang berumur 68 tahun itu.

"Cikgu Shin Mylia. Saya Hana dari kelas 4-1. "

"Ya saya tahu. Kenapa?"

"Saya nak berbincang sesuatu dengan cikgu."

"Masuklah Hana." Pelawa Mylia. Mendengarkan kata kata itu, terus membuatkan tulang pipi Hana menaik.

"Saya ajak kawan saya masuk sekali boleh?" Tanya Hana. Mana lah tahu cikgunya tak bagi.

"Kawan? Mana ?" Dahi Hana mula mengerut. Begitu juga Seokjin.

Tak nampak ke hantu yang tinggi lampai sebelahnya ni?

"Iyalah kawan sebelah saya ni." Hana menunding jari menunjuk ke arah Seokjin.

"Mana ada Hana. Kamu datang sorang saja. Sudah. Jangan berlawak dekat sini. Mari masuk." Mylia mengorak langkah memasuki rumahnya.

"Macam mana cikgu tak nampak kau? Aku suruh kau izinkan cikgu suruh nampak kau kan?" Hana menampar lengan Seokjin kuat.

"Aku izinkan dia tengok aku la. Mana la aku tahu kenapa dia tak nampak aku. Sakit tau tak kau pukul aku." Balas Seokjin sambil menggosok gosok lengannya yang menjadi mangsa pukulan Hana.

--------------------------------------------------

"Hal apa yang kamu nak kamu bincang bersama saya? Nampak macam penting saja." Mylia menghidangkan secawan teh kepada pelajarnya Hana. Hana hanya tersenyum kekok.

"Boleh tak kalau berbincang pasal hal ni, saya hanya datang rumah cikgu sahaja. Saya tak mahu ganggu hal pembelajaran di sekolah. Jadi saya hanya akan bincang pasal hal ni di rumah cikgu boleh?" Pinta Hana. Matanya mula memandang Seokjin disebelahnya.

"Boleh. Hal apa?"

"Pembunuhan Tuan Song Hyo Bin 53 tahun lepas di bilik tidur rumah agamnya." Sekali nafas sahaja Hana melafazkan hasratnya.

Mendengarkan tajuk perbincangan yang akan dikemukan oleh Hana, muka Mylia terus berubah. Senyuman manisnya dipudarkan meninggalkan senyuman kekok.

"Ke-kenapa dengan hal itu?"

"Saya hanya nak tahu benda ni. Lagi pun tanah mansion Tuan Song sekarang merupakan tanah sekolah kita."

"Kenapa cari saya? Saya tak tahu apa apa. Saya bukan orang yang sesuai untuk awak rujuk mengenai kes ini." Balas Mylia. Setitik peluh mula keluar dari dahinya. Tangannya pula menggenggam skirt putih labuh yang dipakainya.

"Saya rasa, saya jumpa orang yang betul. Saya jumpa dengan perempuan simpanan Tuan Song. Betul tak Cik SHIN MIZU." Sengaja Hana menekankan nama sebenar Shin Mylia.

"Daebak! Kau punya gaya macam polis penyiasat. Tak sia sia aku jadikan kau penolong aku." Seokjin menepuk tangan dengan muka teruja.

'Boleh tak Seokjin ni senyap sikit. Tahulah cikgu aku tak dengar tapi aku yang dengar ni terus hilang fokus.' Desis hati Hana. Seokjin yang mendengar suara hati Hana terus berhenti tepuk tangan.

"Jadi, boleh cikgu ceritakan sikit tentang sejarah itu?" Minta Hana. Mylia menarik nafas dan menghembuskannya perlahan lahan.

"Semuanya yang berlaku membuatkan diri saya kusut dan dalam ketakutan. Saya berumur 15 tahun ketika itu dan saya menjadi perempuan simpanan Tuan Song. Saya tiada sesiapa ketika itu kecuali Tuan Song. Ya, walaupun dia tidak mahu menerima anaknya, namun saya tetap sayangkan dia. Saya menjaga anak kami seorang diri. Dia tidak pernah ambil tahu. Tetapi kematiannya membawa kesan kepada saya dan anak saya. Saya menjadi trauma dengan semua itu." Perlahan lahan pipinya mula basah dengan air mata.

"Kuat jugak sayang dia kat Tuan Song. Kalau aku, dah lama lari." Seokjin bersuara. Hana mengangguk tanda setuju dengan kata katanya.

"Bagaimana dengan Baby Shin? Cikgu tahu dia di mana sekarang?" Soal Hana memecahkan kesenyapan yang memenuhi ruang tamu itu. Mylia hanya menggeleng.

'Kalau aku tahu Baby Shin di mana, senang sikit kerja aku.' Hati Hana perlu bersuara.

"Buat sementara ini saya pulang dahulu cikgu. Kalau ada apa apa saya datang berjumpa cikgu semula. Annyeong." Hana berdiri lalu menunduk sedikit sebagai tanda hormat. Senyuman diukir di bibir.

-----------------------------------------------

"Hana, kenapa kau nak sangat tahu Baby Shin di mana?" Seokjin menarik tangan Hana agar berhenti berjalan.

"Yah! Wae?!"

"Jawab soalan aku!" Hana merentap pergelangan tangannya dari cengkaman Seokjin. Diusapnya lembut pergelangan tangan.

"Sewaktu pembunuhan tu berlaku, Baby Shin ada di situ. Kalau jumpa dia senang la kerja kita. Tapi masalahnya kita tak tahu dia hidup ke tak." Jelas Hana lalu berjalan meninggalkan Seokjin di belakang. Hye Jin berlari anak bagi mendapatkan Hana.

"Macam mana kau boleh ada semangat nak jadi polis tadi? Bangga aku dapat kawan penyiasat macam kau wey."

"This Kim Hana. I'm good in acting. Remember that." Balas Hana. Langkahnya dilajukan. Seokjin hanya tertawa kecil.

"Baru puji sikit dah kembang setaman. Hana Hana."

TBC

Hai readers😍part kali ni of course keling memanjang. Tapi jangan lupa support author yg tak up ni😔votement guys💞bye

[C] MYSTERY | KIM SEOKJINWhere stories live. Discover now