👻28👻

241 47 0
                                    


Kelihatan seorang birawati sedang berdoa di hadapan satu patung yang menyerupai manusia di dalam gereja sekolah. Pakaian putih yang menutupi satu badan sudah cukup menjelaskan yang dia seorang penganut tegar agama tersebut.

Pintu gereja dibuka secara perlahan. Namun bunyi yang dihasilkan oleh daun pintu tidak menjadi penghalang untuk mengganggu ritual berdoa birawati tersebut.

Kim Hana menapak masuk ke gereja. Dia mendekati birawati tersebut.

"Sarah unnie." Panggil Hana tetapi panggilannya diabaikan oleh birawati itu. Dia tidak mengalah malah mencuba memanggilnya lagi.

"Sarah unnie."

"Sarah unnie."

"Sarah unnie."

"Song Seomin."

Terus saja birawati itu mendongak memandang Hana disebelah. Mukanya kelihatan terkejut sedikit namun dia tetap mengekalkan riak tenang.

"Saya bukan Song Seomin. Saya-

" Baby Shin?" Kata kata Seomin dipotong cepat oleh Hana. Kini riaknya benar benar terkejut.

Bagaimana Hana mengetahui identiti sebenarnya?

"Nampaknya identiti saya telah terdedah. Tiba masa untuk saya pergi dari sekolah ini. Selamat tinggal." Baru sahaja Seomin berura ura ingin meninggalkan tempat penyembahan itu, tangannya diraih oleh Hana.

"Saya Iendera. Pelindung saya Garnian. Jangan risau. Saya takkan apa apakan awak." Kata Nara lembut. Dia tidak mahu menakutkan Song Seomin.

"Apa yang kamu nak?"

"Cerita tentang kematian Song Hyo Bin."

Seomin terdiam mendengar permintaan Hana. Tidak pula dia sangka yang Hana akan memintanya benda seperti itu.

"Bagaimana Song Hyo Bin mati? Adakah dia dikerat atau ada punca yang lain?" Soal Hana sakarstik.

"Marilah kita duduk dahulu Hana. Saya akan cerita segalanya."

--------------------------------------------------

"Memang benar saya bukan anak dari hubungan yang sah tapi itu semua tidak bukan sebab Encik Song benci kepada saya. Dia hanya tidak mahu mempunyai anak dengan omma saya. Walaupun agak perit tetapi saya gagahkan diri untuk menerima hakikat yang dia takkan pernah menaggap saya sebagai anak dari darah dagingnya.

Pada malam kematiannya, saya tidur di bilik. Pada mulanya saya mendengar bunyi gelakan tapi saya hanya biarkan. Kemudian saya mendengar bunyi tangisan. Memang saya ingin abaikan tetapi apabila saya mengecam bunyi itu sama seperti omma saya, saya bangun dari tidur dan mencari bunyi tersebut.

Merata rumah saya cari dan saya terhenti di bilik Encik Song. Saya nampak yang omma saya sedang menangis disebelah Encik Song yang terbaring di atas katil. Saya terus pergi memeluknya. Dia berkata bahawa Encik Song telah mati namun disebabkan pemikiran kanak kanak saya masih tak dapat mentafsir maklumat seperti itu, jadi saya abaikan.

Seketika berada di situ, seorang lelaki yang agak tua bagi saya datang membawa sebilah kapak bersamanya. Dia tersenyum lalu mengusap lembut bahu omma saya. Ubun ubun rambut saya juga dia usap. Kemuadian, omma saya membawa saya keluar dari bilik itu. Dia pesan agar sembunyikan perkara yang saya nampak dari pengetahuan orang lain sebelum dia meninggalkan saya di sebuah rumah anak yatim."

Terangguk angguk Hana mendengar cerita dari Seomin. Nampaknya, Shin Mizu merupakan suspek utama dalam kes ini. Kemungkinan besar juga lelaki yang membawa kapak itulah yang mengerat badan Song Hyo Bin.

"Adakah awak tahu siapa yang bunuh Encik Song?"

Seomin menggeleng tanda tidak tahu tentang pembunuhan itu.

Hana hanya mengangguk lemah dengan respond Seomin. Kini kes pembunuhan ini sudah hampir kehujungnya. Cuma dia perlu mencari siapa pembunuh Song Hyo Bin. Selepas kes itu selesai, penyiasatannya akan disambung dengan kes kematian Seokjin.

Bercakap tentang Seokjin, dimana lah keberadaan hantu itu sekarang? Selepas dia menghilangkan diri dari perpustakaan sekolah, Hana tidak lagi mengesan keberadaan atau aura dia.

Buk

Lamunan Hana terhenti apabila mendengar sesuatu terjatuh. Terus dia melihat kearah lantai tempat bunyi itu bergema. Membuntang matanya melihat tubuh Seomin terbaring di bawah.

"Sabar, aku hanya suntikkan ubat tidur sahaja. Dia belum mati lagi." Hana menoleh ke belakang melihat pemilik suara itu. Sekali lagi matanya membutang melihat Shin Mizu di belakang kerusi.

"Shin Mizu?"

"Kenapa? Kau terkejut tengok aku?" Soal Mizu bersama senyuman sinisnya.

'Aku? Kau?'

"Macam mana cikgu boleh ada di sini?" Soal Hana. Kakinya mula menapak beberapa langkah ke belakang. Melihat Mizu yang memegang jarum suntikan membuatkan ketakutannya bergetar. Sungguh menakutkan sisi lain Shin Mizu kali ini.

"Orang macam kau perlu aku awasi. Dengan kepandaian dan ketangkasan otak kau, bila bila masa saja, pembunuh sebenar Song Hyo Bin dapat didedahkan." Kata Mizu seiring dengan tawa kecilnya.

"Maksud cikgu?"

"Akulah pembunuh sebenar Song Hyo Bin!"

Melopong Hana mendengar pengakuan Mizu. Otaknya sedaya upaya mentafsir kata katanya.

Hana mengundur ke belakang apabila Mizu mula berjalan memdekatinya.

"Ya, aku yang bunuh dia. Aku yang suntik dadah dalam badan dia." Mizu ketawa besar.

"Aku marah dengan sikapnya yang hanya mementingkan kuasa dan nafsu. Tapi perasaan aku? Dia abaikan macam sampah! Dia curang belakang aku! Dia abaikan Seomin! Aku benci dia!" Mizu menjerit kuat sehingga bergema gereja itu.

"Tapi pada masa yang sama, aku sayangkan dia." Sambungnya lagi. Hana memandangnya pelik.

Dia benci tapi pada masa yang sama dia sayang

Kau dapat rasa apa?

Darah dan perasaan yang ditenggelami dengan sifat sedih.

Kata kata Hana kepada Seokjin sewaktu awal penyiasatan mereka terngiang ngiang di minda. Nampaknya aura itu milik pembunuhan Song Hyo Bin.

"Tapi aku ni boleh dikategorikan pembunuh yang bijak bukan?"

Berkerut dahi Hana dibuatnya.

Bijak? Ada ke pembunuh yang bijak?

"Apa yang cikgu cuba sampaikan?"

"Aku yang minta Encik Im keratkan badan Song Hyo Bin. Jadi kesalahan aku ditutup. Lagi pun Encik Im setuju untuk lakukan. Iyalah, isteri dia curang dengan dia disebabkan Song Hyo Bin."

To be continue...

[C] MYSTERY | KIM SEOKJINWhere stories live. Discover now