👻13👻

278 50 11
                                    

"Perasaan yang ditenggelami dengan rasa amarah tetapi darah yang mengalir berbaur dengan dendam yang membara."

"Aku ramal aura yang kau akan rasa adalah aura kesedihan and yes memang kau rasakan aura tu tapi macam mana boleh muncul aura keganasan?" Riak muka Seokjin mula berubah. Dia cuba memahami situasi yang terjadi di dalam perpustakaan itu.

"Aku setuju. Mengikut pengakuan pihak polis ketika mejumpai mayat Tuan Song, mata dia nampak bengkak dan sembam. Muka dia pucat. Bermakna dia menangis sebelum dia menjumpai ajal dia. Memang aura kesedihan akan muncul. Tapi kenapa boleh ada aura kebencian dan kemarahan?" Aku pula mengikuti jejak langkah Seokjin iaitu cuba memahami keadaan.

"So means that—

"Ada dua pembunuhan dalam satu tempat." Secara spontan mulut aku bersuara. Sejak bila anggota badan aku berani mengambil tindakan sendiri?

"Impossible. Two murder? How? And one more thing. Who was killed in the second murder? Tell me." Seokjin membalas kenyataan aku.

Bukan main bijak lagi speaking English dengan aku. Taehyung BTS pun pakai Namjoon Translate kalau nak cakap. Daebak laa!

"Kau ingat aku Google ke tahu semua benda? Nanti nantilah aku cari kat laptop aku."

"Goo-google? Laptop? Apa benda tu?" Tanya Seokjin yang sedang terpinga pinga di sebelah aku. Aku hanya menggulingkan biji mataku.

Baru je cakap dia pandai speaking dah lembab balik. Ni mesti sedara Jeon Jungkook. Mula mula speaking terbaik, akhir akhir speaking terbalik. Haih -_- ||

--------------------------------------------------

Lila High School

-------------------------

Aku melabuhkan punggung di tempat dudukku. Hoodie yang basah aku letakkan di kepala kerusi. Aku menongkat daguku dan memandang ke luar tingkat.

"Semalam kau tidur pukul berapa?" Aku terus memandang pemilik suara itu. Aku mencebik. Hantu ni memang tak reti nak muncul sebelum aku datang sekolah ka?

"Hampir pukul 4 PAGI." Saja aku tekankan perkataan 'pagi' tu. Biar dia tahu aku tidur lewat sebab idea gila dia.

"Aigo!Jinjja?! Wae?" Soalan bodoh dilontarkan kepada aku. Nak bagi jawapan cerdik ke jawapan bodoh juga?

"Semalam aku kena stay up sebab nak kena tolong MANUSIA yang amnesia sebab dia tak tau sebab dia boleh jadi MANUSIA. Lepastu dia ajak aku melawat satu tempat ni. Tempat ni orang kunjung waktu matahari masih ada di langit tapi kami berdua kunjung time bulan di langit. Tapi nak tahu tak apa yang paling menarik dekat manusia tu?"

"Apa apa?"

"Di langsung tak bersalah buat senua tu kat kawan dia. Paling terbaik sekali, perkataan MAAF tak keluar pun dari mulut dia. Maybe dia tak tahu betapa letih and mengantuknya kawan dia sekarang. Nak buat macam mana kan. Kawan dia tu terpaksa kawan dengan MANUSIA yang tiada perasaan." Siap aku perli dia. Rasa puas sangat. Rasakan wahai Kim Seokjin.

Riak wajah Seokjin mula berubah. Dia mula menundukkan wajahnya ke bawah. Tangannya pula bermain dengan pehanya. Dah kenapa dia ni?

"Seokjin, gwechana?" Tanya aku yang cuba menjadi seorang kawan yang prihatin. Dia mula mengangkatkan kepalanya semula dan memandang aku dengan senyuman yang sayu. Tangan aku dia genggam erat.

"Mianhae susahkan kau semalam. Aku tahu aku pentingkan diri sendiri. Lepas ni aku tak kacau kau lagi. Kita batalkan pasal siasatan tu. Tto mianhae." Kata Seokjin. Entah kenapa diri aku dilanda perasaan bersalah.

"Aku bergurau saja tadi. Tak perlu lah nak emotional sangat. Lagi pun semalam aku dapat tahu benda baru. Selama ni aku ingatkan library aku tenang saja. Rupanya, sangkaan aku salah 100%. Aku kan dah janji nak tolong kau. Jadi aku akan tolong kau. Dasi us eojuseyo." Balas aku. Seokjin mula tersenyum ceria mendengar kata kata aku. Nasib dia tak sedih dah.

"So lepasni apa tindakan kita?" Soalku semula.

"Molla." Seokjin menjawab dengan mulut yang dikembungkan.

Comelnya.

Eh kejap. Comel? Sejak bila aku puji dia?

"Aku ada idea." Aku menepuk lengan Seokjin yang membuatkan dia tersentak. Terus dia menjongketkan kening dia beberapa kali.

"Kita pergi jumpa cikgu panitia Sains kita merangkap cikgu sains kita dan juga suspek yang terlibat. Kita soal siasat dia." Aku menerangkan idea aku.

"Okay! Tapi, aku ada benda nak tanya." Seokjin menuturkan bait bait kata itu dengan penuh santun. Lelaki korea terakhir. Aku pun meniru gayanya iaitu menjongketkan kening.

"Macam mana kau tahu cikgu Sains kita tu Shin Mizu sedang di nametag nama Shin Mylia?" Dia mengemukakan soalannya.

"Sebelum kau wujud dalam life aku, dia pernah bagi tahu nama sebenar dia Shin Mizu sebelum dia tukar nama kepada Shin Mylia. Dia tahu budak budak kelas aku tak berminat nak tahu tentang sejarah sesuatu benda so tanpa rasa takut dia bagi tahu saja. Tak sangka pengakuan dia dulu membantu keadaan kita sekarang yang tengah darurat ni." Penat aku terang dan hantu ni just buat poker face dia. Mencabar kesabaran aku la dia ni.

"Darurat la sangat." Seokjin mencebik.

"Hujung minggu ni kita pergi rumah dia. Aku tak mau kacau dia kat sekolah. Nak soal siasat orang ni kena tempat yang selesa. Barulah segala perancangan berjalan dengan lancar. Kau sibuk tak hujung minggu ni?" Soal aku kepada Seokjin. Entah kenapa aku rasa soalan aku macam bodoh.

"Soalan bodoh apa kau tanya aku ni? Of course la aku free. 24 hours free. Kau ingat aku manusia ke ha?" Seokjin menggulingkan anak mata dan mengalihkan pandangan ke hadapan.

Kan aku cakap soalan aku bodoh.

TBC

Hai readers💞sorry lambat update and sorry for boring chapter. Btw lagu kat atas tu salah satu lagu feveret author. Saja share😇😅 thank you kepada sapa sapa yg support author. So appreciated. Votement guys 🙏💕

[C] MYSTERY | KIM SEOKJINWhere stories live. Discover now