👻19👻

251 47 0
                                    


"Hana! Seokjin datang!" Jeritan Nek Kim bergema di dalam rumah yang sunyi itu.

"Awal gila dia datang. Bukan pukul 5 ke nak jumpa. Baru nak tidur." Gumam Hana seorang diri di dalam bilik.

"Nenek! Suruh hantu tu masuk!"

"Dah masuk pun."

Hana tersentak lalu secara spontan memalingkan mukanya. Seokjin berdiri di birai katil sambil senyum menayangkan gigi.

"Yah! Asal kau masuk bilik aku?! " Marah Hana. Dia bingkas bangun dari pembaringan.

"Kau suruh aku masuk, aku masuklah. Lagi pun noona Kim benarkan aku masuk bilik kau." Balas Seokjin. Selamba dia menaiki katil dan melabuhkan punggung di sebelah Hana.

"Kau buat apa?" Soal Seokjin. Cuba mencari topik untuk dibualkan.

"Aku cuba praktiskan diri untuk jadi mayat."

"Jinjja?!"

Pukk...

"Aku nak tidur lah syaitan. Kau tak nampak ke?" Dengan serta merta bantal Hana mendarat di kepala Seokjin. Seokjin menggosok gosok kepalanya.

"Kiranya aku kacau kau tidur la ni?" Soal Seokjin semula. Kedua dua belah kening dia jongketkan beberapa kali. Hana hanya menggulingkan matanya. Menyampah pula melayan karenah Seokjin yang tidak matang itu.

"Hana!"

Hana yang hampir baring itu mengangkat badannya semula. Dadanya dia urut perlahan. Terkejut.

"Kau nak apa setan?! Aku baru nak baring." Hana merengus kasar. Muka Seokjin dia pandang dengan perasaan geram.

"Apa yang aku suruh cari dapat tak?" Soal Seokjin.

"Dapat. Petang ni kita pergi rumah dia. Mengikut kepakaran aku dalam bidang teknologi, aku dapat tau dia tinggal di mana." Riak bangga dia tonjolkan. Kening dia jongketkan berulang kali. Seokjin mencebik melihat riak muka Hana.

"Eh dahlah. Aku nak rehat. Sekarang baru pukul 3. Shuh shuh." Hana menghalau Seokjin keluar.

"Aku nak duduk sini."

"Pergi borak dengan nenek aku a.k.a noona kesayangan kau tu. Kalau kau ada kat sini, memang istilah rehat tak ada dalam senarai." Hana membaringkan diri. Mata dia tutup. Seokjin mengeluh lembut. Dia mendekatkan diri dengan Hana dan

CHUPP...

Dahi Hana dia cium sekilas sebelum dia menghilangkan diri dari bilik itu. Terus mata Hana terbuka luas. Dia bangkit dari berbaring dan mencari kelibat Seokjin di dalam bilik itu.

Tiada.

Dia memegang dahinya yang menjadi mangsa kucupan Seokjin. Dengan pantas tangannya bertindak menggosok dahinya.

"Yah! Sesuka hati dia je kiss dahi aku. Miang betul!"

---------------------------------------------------

"Kau serius ke ni rumah dia?" Seokjin memandang Hana yang berada di sebelahnya dengan muka meminta jawapan.

"Kau ni kan! Depan rumah Saem Mylia pun kau tanya soalan sama. Kau memang ada masalah ke dengan rumah yang tak seberapa elok?" Hana memandangnya tajam. Geram dengan perangai Seokjin. Tak habis habis nak complain tentang rumah orang. Kalau kena penampar ni, bisu selamanya.

"Ish~ Janganlah marah."

"Kau buat tak larangan penampak diri?" Soal Hana lembut.

"Haa~ Macam ni kan bagus. Dah. So dia takkan nampak aku. Don't worry." Balas Seokjin seraya menunjukkan thumbs up.

Tok tok tok...

"Cepatlah buka pintu!"

"Kau sabar boleh tak?!"

"Tak." Hana mengerling tajam ke arah Seokjin. Hantu ni faham tak erti sabar tu apa?

Krekk....

Hana memandang ke hadapan semula. Terlihat susuk tubuh wanita yang tua sedang menjengukkan kepalanya sahaja. Badannya disembunyikan dibelakang pintu.

"Puan Im?" Soal Hana. Puan Im hanya mengangguk.

"Saya nak tanya tentang kematian Tuan Song." Kata Hana. Seokjin hanya mengangguk walaupun dia tidak dinampak oleh Puan Im.

"Budak kecil macam kamu tidak layak tahu!"

Bumm!

Terhinjut bahu Hana dek hempasan pintu oleh Puan Im.

"Dah kenapa orang tua tu? Meroyan? Tahulah laki mati pun. Tak payah lah mental teruk sangat. Dia pun curang dulu." Luah Seokjin

"Puan Im. Bukalah!"

"Saya nak tanya sikit jer!"

"Puan Im!"

"Kasihanilah tetamu ini!"

"Sudah lah tu. Orang tua macam tu tak layak dirayu." Kata Seokjin menghentikan perbuatan gila Hana. Hampir semua orang yang berada di situ memandang ke arahnya. Sudahlah Hana ber'seorang'an. Takut dianggap Hana ni pesakit mental pula.

Hana mencebik memandang Seokjin yang mengelengkan kepala berulang kali. Tiba tiba, muncul satu idea di akal fikirannya.

"Saya dah jumpa Shin Mizu. Dia dah ceritakan segalanya kepada saya. Tiada sebab untuk Puan berdalih." Ugut Hana bersertakan senyuman sinis.

"Mesti orang tua tu keluar punya." Bisik Hana.

"Apa?! Sundal tu hidup lagi?!"

"Kan aku cakap."

"Hebat kau punya ugutan." Seokjin tepuk tangan kepada Hana.

"Apa yang betina tu cakap kat kau?!" Soal Puan Im. Nampak sangat benci pada Shin Mylia.

"Takkan saya nak cerita kat depan rumah Puan?" Soalan Puan Im dibalas soalan Hana.

"Masuklah!"

Hana dan Seokjin menapak masuk kedalam rumah usang dua tingkat itu. Berselerak. Kotor. Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan rumah itu sekarang. Botol arak yang memenuhi ruang meja. Surat khabar bersepah di lantai. Keadaan barang rumah yang berhabuk. Amat huru hara!

"Ni rumah ke sarang tikus?" Soalan Seokjin dibalas dengan jengketan bahu Hana.

"Kau berbual dulu dengan Im. Aku cari bukti kat tingkat atas." Arah Seokjin. Hana mengangguk berulang kali sebelum melangkah mendekati Puan Im.

"Sekarang. Kau beritahu aku. Apa yang sundal tu reka cerita tentang aku? "

Seokjin's Situation

Seokjin menaiki tangga yang berada di sebalik dinding dapur. Entah mengapa hatinya tertarik untuk menaiki tangga itu. Sesudah sampai di atas, dia terlihat ruang yang menyimpan pelbagai kertas dan dokumen.

"Maybe I can find evidence here." Seokjin menapak ke ruang itu. Almari dibuka. Dokumen diselak. Namun tiada satu bukti yang dia jumpa.

Sedang dia menyelak helaian kertas kertas itu, sebuah buku jatuh dari fail yang dia pegang. Diambil buku itu.

My Diary
Shin Mizu

"Ni diari Mizu ke?"

"Herghhh!!" Terbatal perilaku Seokjin yang ingin melihat isi kandungan buku itu apabila dia mendengar suara rengusan seseorang dari belakangnya. Dia menoleh ke belakangnya.

"Kau?!"

TBC

Hai readers💞Mian author lewat update. Sibuk sikit. Btw, thanks kepada readers yang sudi vote and baca cerita merepek and bosan author tu. Terharu sis. Please votemment for me. Annyeong😍

[C] MYSTERY | KIM SEOKJINWhere stories live. Discover now