👻9👻

278 47 4
                                    


"Rindu Hana sangat. Betul ke Hana bagi nenek tidur dengan Hana? Tak sangka cucu nenek ni baik orangnya."

Aku mula mengerutkan dahi. Aku baru teringat, kalau nenek aku tidur dengan aku, mesti dia main terjah tidur saja. Dia takkan minta izin aku. And one more thing, nenek aku perempuan tapi kenapa aku dengar suara garau?

Ah sudah. Siapa pula ni?

Aku mengumpul segala keberanian yang masih tersisa dalam diri aku. Perlahan lahan aku menoleh ke belangkang. Dalam hati ni tak usah dikatakan. Berdebar kencang!

"Ya Tuhan! Kau buat apa kat sini?" Kataku lantang. Terkejut melihat susuk tubuh yang amat dikenaliku sedang duduk menghadapku. Aku yang sedap baring terus menukar posisi duduk.

"Senyaplah gila! pekak telinga aku."

"Pekak ke tercabut ke kau dah kenapa datang bilik aku malam malam?! Kau tahu tak namja macam kau ni bahaya masuk bilik aku malam malam?" Satu pandangan tajam aku hadiahkan kepada penyangak tersebut atau lebih dikenali sebagai Kim Seokjin.

"Aku datang nak jumpa kau." Kata Seokjin sambil tersenyum.

Ingat elok ke syaitan buat macam tu?!

"Esok kita start penyiasatan kita."

"Aku kata aku tak nak terlibat dengan semua benda alah ni okay?" Aku memandang dia dengan renunan paling sharp. Badan aku sandarkan di kepala katil. Terus Seokjin mengubah posisi duduknya menghadap aku.

"Aku tak kira. Esok kita start!" Dengan bongkaknya dia bersuara. Aku dah mula baran.

"AKU KATA TAK NAK, TAK NAK LAH. KAU NAK AKU BAGI PENAMPAR KAT MUKA TEPUNG KAU KE HA?!" Aku menjerit dalam nada kemarahan. Puas.

"Hana kenapa kamu terje—

Nenek Kim yang menerjah masuk ke bilik aku terus membulatkan mata. Terkejut? Mestilah. Aku dan Seokjin berdua duaan dalam bilik kot. Mestilah nenek aku terkejut. Aku pun terkejut.

"Nenek jangan salah faham! Ini semua bukan apa yang nenek nampak." Aku bersuara bagi membela diri aku yang dah kecut perut ni. Aku tengok Seokjin.

Si hantu ni boleh lagi senyum senget siap menjongketkan sebelah keningnya plus dia menyilangkan tangannya di dada di saat genting ni?! Daebak!

"Apa yang tak nampaknya? Kamu gila ke Hana?"

" Tak!"

Ha sudah. Nenek aku ingat aku gila pulak. Ya aku tau memang gila sebab ada namja dalam bilik tapi dia ni bukannya dijemput. Entah dari mana timbul. Haishh.

"Tak kamu kata. Habis cakap dengan bantal tak gila lah?"

"Bantal?"

Oh! Betul la depan aku bantal tapi nenek aku tak nampak ka Seokjin depan aku ni? So means that nenek aku ingat aku cakap dengan bantal dan bukan dengan Seokjin? Pelik tapi membantu.

"Hana just bosan ja dalam bilik ni so Hana membawang la dengan bantal. " Jawabku sambil tersengih.

"Macam macam la kamu ni Hana. Dah lah nenek nak tidur dulu. Goodnight."

***Author***

Pintu bilik Hana ditutup. Seokjin yang berada di hadapan Hana hanya tersenyum melihat gelagat Hana yang sedang melurut dadanya. Terkejut agaknya.

"Nenek aku tak nampak kau ke?" Soal Hana

"Nae"

"Wae?"

"Sebab aku tak izinkan nenek kau nampak aku. Kalau roh tidak mengizinkan seseorang manusia untuk tidak melihatnya maka manusia itu tak dapat melihat roh tersebut. Aku izinkan budak kelas kita tengok aku sebab senang aku nak jumpa kau. Kalau aku jumpa kau dalam keadaan tidak mengizinkan, budak kelas kata kau gila pula cakap sorang sorang. Lagipun aku tahu kalau nenek kau nampak mesti nenek kau serkap jarang yang kau buat maksiat dengan aku dalam bilik ni. Tak pasal pasal kau kena cop perempuan murah. Dah lah dalam kelas kau kena tuduh pembunuh." Panjang lebar Seokjin menerang.

"Tau pun." Hana menjeling Seokjin.

"So aku balik dulu lah. Dah pukul 12:20 dah. Nak bagi kau rest. Esok kau nak start kerja as penyiasat tak berbayar aku." Kata Seokjin lalu melemparkan senyuman air gula pada Hana.

"Untuk kali ke seribu aku ulang aku tak nak terlibat dengan semua ni. Faham?!" Tegas Hana bersuara. Kali ini dia mahu mempertahankan keinginannya untuk tidak terlibat dengan kerja gila ini.

"Kau tak nak terlibat yer?" Suara Seokjin berubah menjadi lembut. Senyuman manis bertukar kepada sinis. Perlahan lahan dia merangkak mendekati Hana yang berada di hadapannya.

"A-apa kau b-buat ni? Jauh la si-sikit." Hana mengesot ke belakang tatkala menyedari Seokjin menghampirinya.

Pukk...

Badannya terlanggar kepala katil. Time ni jugak lah kepala katil ni nak muncul. Menyusahkan!

Hana terasa dirinya dipaku. Jantungnya berdegup kencang. Kini jarak hidungnya dengan Seokjin hanya 2 cm saja. Terasa nafas dingin Seokjin menerpa kulit mukanya.

Seokjin memandang segenap sudut wajah Hana. Comel. Cantik. Secara tiba tiba Seokjin mengelus lembut pipi mulus milik Hana.

Hana pula? Hana bagaikan patung di muzium. Tidak bergerak. Ralit memandang wajah pucat namja di hadapanya.

Seokjin mendekatkan lagi wajahnya dengan Hana. Hana memejam mata. Seram dengan perbuatan Seokjin.

"Kalau kau tak nak terlibat, kau sendiri tahu apa aku akan buat. Akibatnya akan teruk." Hana membuka mata. Anak mata Seokjin jatuh melihat bibir merah Hana. Dia mengigit bawah bibirnya lembut. Renungan menggoda dilemparkan kepada Hana.

"Aku pergi dulu. Goodninght my lady." Satu ciuman lembut hinggap di pipi Hana sebelum Seokjin menghilangkan diri. Hana mengurut dadanya perlahan. Jantungnya berdegup kencang.

"Kenapa jantung aku berdegup selaju ni?"

TBC

Hai reader💕💞yah...author akan update setiap episode mengikut kelapangan author. Sorry cita ni merapu and terlalu keling. Please vote and comment cita ni. Dont be silent readers😎

[C] MYSTERY | KIM SEOKJINWhere stories live. Discover now