👻23👻

240 45 4
                                    

"Er, Hana. Boleh tak kau tolong aku?"

Ketiga tiga mereka memandang pemilik suara itu dengan mata yang terkebil kebil. Otak masih ligat memproses situasi yang dihadapi.

"Hana? Kau dengar tak ni?" Ujar suara itu lagi.

"Eo? Ah. Nae nae. Aku dengar. Kau nak aku tolong apa?" Tanya Hana. Walaupun dia masih blur namun otaknya sedikit sebanyak dapat menangkap beberapa perkara.

'Seo Ra, kawan sekelas aku yang selalu kenakan aku datang meminta bantuan aku? Heol.'

"Aku nak kau tolong ajarkan aku soalan matematik ni. Aku tak faham. Lagi pun kau kan pelajar pan-pandai. Mungkin kau tahu soalan ni." Jelas Seo Ra. Kepala ditundukkan menghadap lantai.

Malu ingin berhadapan dengan Hana, mangsa bulinya.

"Ouh. Boleh saja. Mana soalan tu?" Tenang sahaja Hana menyoal. Seokjin di sebelahnya hanya memerhati manakala Yora masih bingung.

"Ini soalannya."

"Ouh. Senang saja. Firstly kau kena pastikan pemboleh ubah apa yang menjadi rumus algebra. Caranya, kau tengok pada pemboleh ubah yang mempuyai satu huruf sahaja. Selepas kenal pasti rumusnya, kau kena-"

"Hana"

Belum sempat Hana menyambung ajarannya, namanya dipanggil sekali lagi. Dia mengangkat mukanya bagi melihat si pemanggil. Terus matanya membuntang luas.

"Korang buat apa kat sini?!" Tanya Hana kepada rakan rakan kelasnya yang sedang berdiri di hadapannya. Ketua kelas mereka, Minseok berada di hadapan sekali. Hana memandang rakan rakannya satu persatu.

"Aku as a ketua kelas, aku nak kata yang kami satu kelas malu atas perbuatan kami atas kau dulu. Kami selalu sakat kau, kacau kau, buli kau, simbahkan air pada kau. Kami minta maaf atas semua kesalahan kami. Kami salah and layak dihukum. Kami terima saja semua hukuman yang kau bagi. Dengan syarat kau maafkan kami semua. Kami menyesal sangat sangat." Ucap Minseok. Semua rakan kelasnya sudah menunduk. Malu.

"Hukum korang?" Soal Hana. Semua rakan kelasnya hanya mengangguk. Lantas dia memandang kedua dua chingunya, Seokjin dan Yora.

"Kau hukum je semua ni. Mereka layak terima hukuman yang keras. Padan muka!" Seokjin berbisik bak syaitan di telinga kanan Hana.

"Kau jangan. Kesian pada mereka. Mereka tak bersalah. Mereka just dihasuk oleh si dajjal Jieun tu. Forgive them okay?" Bisik Yora bak bidadari di telinga kiri Hana.

Hana masih buntu. Memang dia mahu menghukum rakan sekelasnya walhal sudah beribu ribu hukuman keras sudah bermain di mindanya. Tetapi, pada masa yang sama, dia kesian pada mereka. Argh. Cukup memeningkan.

"Baik. Kalau korang nak aku hukum korang, aku akan buat." Hana mengeluarkan kata putus. Seokjin sudah tersenyum puas. Yora mula sudah terlopong mendengarnya.

"Aku nak korang berhenti menunduk. Aku nak kita berkawan. Aku nak kelas kita ceria dengan perasaan positif and I will forgive you guys." Jelas Hana. Serentak semua pelajar di kelas itu memandangnya termasuk Seokjin dan Yora.

"Kau serius ke?" Soal Minseok hairan. Hana senyum dan mengangguk.

"Buat apa aku nak hukum korang and berdendam sedangkan kita semua boleh jadi kawan? Kelas kita merupakan kelas contoh bagi kelas lain. Jadi aura positif perlu ada di kelas kita. Okay?" Terang Hana. Kesemua pelajar di situ tersenyum gembira.

Tidak sangka selama ini mereka membuli Hana yang mempunyai hati yang murni.

"Gomowa Kim Hana!"

---------------------------------------------------

"Kau dah kenapa dari tadi senyum macam kerang busuk? Crush ajak couple ke?"

"Lebih dari itu wahai Lee Jikhun!"

"Dah tu?" Soal Jikhun polos.

"Aku dan budak kelas aku dah berbaik. Mereka dah minta maaf. So now kami semua berdamai. No bully!" Terang Hana. Senyumannya yang menampakkan barisan gigi masih terukir.

"Myo?! Jinjja?!" Soal Jikhun. Matanya membuntang luas. Terus terhenti langkahnya. Hana yang menyedari itu turut berhenti juga.

"Kalau mereka minta maaf, means that they know the truth story?" Soal Jikhun lagi meminta kepastian. Senyuman Hana serta merta mengendur. Tidak pernah terlintas dek akal akan perkara tersebut.

"Kalau betul mereka tahu, siapa yang ceritakan?" Soal Hana pula.

"Kau rasa?"

"Aku tak tahu. Takkanlah dia-OH MAK KAU HIJAU!" Hana terlatah apabila terasa bahunya dicuit. Terus dia mengalihkan pandangannya bagi melihat gerangan durjana itu.

"YAH! KIM SEOKJIN! KAU NAK AKU TANAM KAU BUAT KALI KE-AAFWMAJAVSKAK" Serta merta Seokjin menekup mulut Hana dari melepaskan kata kata yang mampu membuatkan dia berada dalam masalah.

Sudahlah Jikhun pun ada bersama. Tak boleh simpan rahsia betul lah Hana ni!

"Kau gila ke?! Kalau kantoi macam mana?!" Kata Seokjin perlahan namun cukup kuat untuk Hana mendengarnya.

"Mianhae Seokjin" Ucap Hana sambil tersengih serta sign peace darinya. Seokjin menggulingkan anak matanya.

"Kau dari mana Seokjin? Tiba tiba muncul macam hantu?" Soal Jikhun apabila perasan bawa dirinya diabaikan.

Riak wajah Seokjin terus berubah. Terasa peluh merinik di pelipisnya. Hana hanya memandangnya menunggu jawapan.

"Er-aku-aku."

"Dia mestilah dari sekolah. Jalan rumah dia pula sehala dengan kita. Maybe dia terserempak kita and terus tegur. Betul kan?" Hana menyingung lengan Seokjin. Menandakan untuk dia bersetuju dengan kenyataannya. Seokjin yang faham maksud Hana itu terus mengangguk laju.

"Betul tu betul." Tambah Seokjin.

"Oh. Kalau macam tu kau nak join sekali kami pulang?" Pelawa Jikhun.

"Nak. Thanks!"

Terus Jikhun mengorak langkah untuk pulang ke rumah meninggalkan Hana dan Seokjin.

Hana yang berniat ingin menyertai Jikhun terus terhenti tatkala tangannya diraih oleh Seokjin yang membuatkan dia terlanggar sedikit tubuh Seokjin. Anak mata Seokjin menikam anak matanya menjadikan dirinya bisu tanpa kata kata bantahan. Seokjin menghapuskan jarak wajah mereka.

"Thanks for helping me escape from that question dear." Bisik Seokjin lalu melepaskan tangan Hana. Dia mula berjalan meninggalkan Hana.

Hana berdiri kaku di situ bagai terkena sumpahan. Tangannya menyentuh permukaan dada. Terasa jangtungnya mengepam darah sangat laju. Perasaan yang aneh mula menyerebu dirinya. Dialihkan tangannya dari dada menyentuh pula kedua dua belah pipinya. Terasa panas.

"Takkanlah aku..."

TBC

Hai readers!😍 setelah sekian lama author menghilang akhirnya author kembali dengan chap yang hambar. Sumpah idea sudah kering. Thanks for read guys...don't forget to votement!😘

[C] MYSTERY | KIM SEOKJINWhere stories live. Discover now