Sesat

348 24 5
                                    

Mereka pun teruskan perjalanan mereka untuk ke Kingdom Voltra. Semasa dalam perjalanan, tiba tiba Thorn terjumpa sesuatu. Bunga Orkid. Kecantikan bunga itu menarik perhatian Thorn.

Thorn : 'Cantiknya.....'

Thorn mendekati bunga itu.

Thorn : 'Apa kata aku petik bunga ni dan tanam dekat rumah bila dah habis lawan raja jahat tu. '

Thorn pun memetik bunga orkid bersama dengan akarnya dan masukkan bunga itu ke dalam sebuah botol dan masukkannya ke dalam begnya.

Solar : Thorn! Cepatlah!
Thorn : Kejap!

Thorn pun berlari ke arah yang lain.

Roy : Tuanku buat apa tadi?
Thorn : Tak ada apa apa.

Roy berasa curiga dengan Thorn. Tapi dia tidak mengendahnya.

Roy : 'Mungkin perasan aku sahaja.......'

Mereka meneruskan perjalanan mereka ke Kingdom Voltra. Mereka tiba di sebatang pokok mati.

Solar : *cek peta* Kita di jalan yang betul. Kita kena ikut kiri.

Mereka menyambung perjalanan mereka. Tapi....... ada satu perkara pelik terjadi.......

Solar : Eh?

Mereka kembali semula ke pokok mati itu.

Taufan : Apasal kita kembali ke sini pulak ni?
Gempa : Aku rasa kita dah berpusing ni.
Solar : Tapi inilah jalan yang peta ni tunjuk.
Gempa : Tak apa. Kita cuba lagi.

Mereka pun lalu di jalan sama yang mereka lalu tadi. Tapi, hasilnya masih sama. Mereka kembali ke tempat yang sama.

Solar : Apa dah jadi ni? Kita dah ikut jalan yang ada di peta ni. Macam mana boleh salah?

Solar mulai tertekan. Dan pada masa yang sama, matahari sudah bertukar menjadi bulan.

Gempa : Tak apa. Kita bermalam je dulu di sini malam ni. Esok kita teruskan perjalanan kita.
All-Gempa : B-baik.....

Mereka pun membentang beg tidur di atas tanah dan membuat unggun api. Bintang bintang berkelipan di atas langit.

All : Wah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

All : Wah.......

Mereka semua kagum dengan kecantikan alam ciptaan Allah itu.

Roy : Korang nak dengar cerita hantu tak?
All-Roy : TAK NAK!!!!
Roy : *tutup telinga* Sorry lah. Tak yah lah jerit. Sakit telinga orang.
Thorn : Hehehe.... Sorry.....
Solar : Jom kita nyanyi nak?

Solar mengeluarkan gitar dari dalam begnya.

Taufan : Woah! Kau boleh main gitar?!
Solar : Ya. Cuma tak boleh nyanyi je. Hehehe..... 😅

Solar mula memainkan gitar itu. Melodi yang tenang merdu memenuhi suasana malam itu.

Roy : .......

Roy : You...... And I......

Roy mula menyanyi lagu mengikut melody itu. Taufan dan Blaze menyambung lagu itu.

Taufan : Were like firework.
Blaze : And symphonies exploding in the sky.

Mereka semua nyanyi serentak.

(untuk lirik lain tu Author malas nak taip. Korang dengar je lah lagu tu)

Mereka semua berhenti nyanyi.

Gempa : Lebih baik kita tidur. Esok nak bangun awal.
All-Gempa : Baik.

Mereka semua pun masuk tidur.





Keesokkan harinya, mereka teruskan perjalanan mereka.

Taufan : Kita nak ikut jalan mana?
Solar : Hanya jalan yang kita ikut semalam sahaja jalan untuk kita ke Kingdom Voltra.
Thorn : Tapi kita dah lalu jalan tu dah dua kali semalam tapi kita asyik kembali ke tempat yang sama sahaja.
Gempa : Tak apa. Kita cuba lagi sekali.

Mereka pun melalui jalan itu. Tapi hasilnya masih sama. Mereka kembali ke tempat sama.

Solar : Ish! Apa dah jadi ni?! *geram+tertekan* Kita dah lalu jalan yang betul kot!

Roy nampak sedang berfikir.

Roy : Hm......... Patik rasa patik tahu apa yang tengah berlaku sekarang ni.

Semua orang memandang Roy.

All-Roy : Apa dia?
Roy : Korang ada ambil apa apa tak semalam yang berasal dari hutan ni?

Semua orang menggeleng kecuali Thorn.

Thorn : Aku ada ambil bunga orkid ni semalam.

Thorn mengeluarkan pokok orkid yang dia petik semalam.

Roy : Aku dah agak dah. Ni lah penyebab kita tak boleh keluar dari hutan ni. *geleng kepala*
Thorn : Macam mana pulak ni penyebabnya?
Roy : Tuanku, kita tak tinggal bersendirian di dunia ni. Ada mahluk lain yang hidup berdampingan dengan kita. Mahluk yang kita semua panggil "jin" atau "hantu". Tuanku dah ambil benda milik mahluk itu. Mahluk itu marah dan buatkan kita terperangkap di dalam hutan ini.

Penerangan Roy membuatkan semua orang terkejut dan merinding.

Thorn : A-aku tak tahu! Maafkan aku! Macam mana aku nak pulih kan keadaan ni?
Roy : Tuanku kena pulangkan semula bunga itu di tempat asalnya.

Tanpa tunggu lama, Thorn berlari ke arah dia petik bunga itu. Semua orang mengikuti Thorn dari belakang. Setelah tiba di tempat itu, Thorn mengeluarkan pokok orkid itu dari botol dan menanam bunga itu semula.

Thorn : Dah siap.
Roy : Sekarang kita berdoa sahaja kepada Allah untuk memudahkan perjalanan kita keluar dari hutan ini.

Mereka semua pun membaca doa.

All : Amin....
Roy : Baiklah. Jom kita keluar dari sini.
All-Roy : Baik!

Mereka pun melalui jalan yang mereka lalu tadi. Yang ajaibnya, mereka berjaya keluar dari hutan itu.

Awang : Akhirnya!
Taufan : Keluar jugak dari hutan tu!
Roy : *angguk* Putera Thorn, janji dengan petik, jangan lakukan benda macam tu lagi. Tuanku telah mengakibatkan kita terperangkap di dalam hutan itu selama sehari. Boleh tuanku janji dengan patik?
Thorn : Beta janji. Terima kasih juga dah sedarkan beta.
Roy : Sama sama. Jom kita teruskan perjalanan kita.
All-Roy : Baik!





793 perkataan

Hai semua! Terima kasih dah baca cerita Author ini. Maafkan lah kalau jalan ceritanya makin merepek.

??? : A-Author.....

Author : Ya, Dark?

Dark : Tolong nyanyikan lagu untuk Dark..... Dark tak boleh tidur.....

Author : Baik lah. Kejap ya. Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out! Mari sini Dark.















Kristal Kuasa (COMPLETE) Where stories live. Discover now