"Qhal."
"Aleesyia."
"Puan-"
"Cik." Aleesyia cepat-cepat memperbetulkan peguam itu. "Proses penceraian kami hamper siap." Kata-kata yang keluar daripada mulut Aleesyia tidak keluar dengan penuh keyakinan sepertimana nada suaranya selalu berbunyi tetapi ayat-ayat itu agak susah untuk keluar daripada mulutnya dengan mudah.
"Oh, ya. Maaf," Peguam itu menunduk hormat tanda maaf. Qhal begitu benci apabila Aleesyia berkata begitu. Walaupun ianya benar, ia membuatkan Qhal rasa sakit hati tanpa ada penghujungnya. Iainya seakan-akan perkahwinan mereka selama tiga tahun itu tidak member makna kepadanya.
"Sila masuk ke dalam pejabat saya." Qhal mengekori peguam tersebut dan sebaik sahaja sampai dalam pejabatnya, dia melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi bersebelahan dengan Aleesyia. Dia tidak bias menahan pandangannya, Aleesyia masih cantik dan menawan di mata Qhal hingga hari ini.
"Encik Qhal,"
Qhal membuang pandangannya kea rah peguam tersebut. "Ye, saya?"
Peguam itu dengan perlahan-lahan sekali menghulurkan dokumen. "Cik Aleesyia sudah menyatakan melalui telefon kepada saya bahawa dia tidak mahu apa-apa daripada penceraian ini."
Qhal merampas dokumen itu – tidak percaya mendengar kata-kata peguam itu tadi. Dia rasa semakin buntu. "Apa ini semua?" Walau banyak kali dia membaca dokumen itu, ayat-ayat itu langsung tidak masuk akal padanya.
Tiada apa Aleesyia tidak mahu mengambil apa-apa daripada Qhal. Selalunya, orang akan lebih suka dan gembira sekiranya pasangan tidak mahukan apa-apa kerana dapat simpan semua harta mereka selepas bercerai. Tetapi ianya bertentangan bagi Qhal.
"Encik Qhal, awak boleh simpan rumah, kereta, dan kesemua wang encik." Jawab peguam tersebut. "Cik Aleesyia sudah tandatangani dokumen ini sebagai perjanjian beliau. Segalanya akan selesai sebaik sahaja encik tandatangani dokumen ini." Dia menghulurkan sebatang pen kepada Qhal.
Qhal menoleh ke arah Aleesyia yang telah mengambil segala perhatian dia selama ini. Aleesyia tidak mahu berlama-lamaan di situ bersama Qhal. "Kalau dah tak ada apa-apa, saya minta diri dulu." Si peguam hanya mengangguk kepalanya; membenarkan Aleesyia untuk berlalu pergi. Melihat respon peguam, Aleesyia mencapai beg tangannya. "Terima kasih." Dia menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan peguam tersebut lalu meninggalkan pejabat itu manakala Qhal masih lagi terpaku – terkejut dengan semua ini.
"Encik Qhal,"
Melihat bagaimana Qhal tidak boleh membiarkan hubungan mereka berakhir seperti ini, Qhal bangkit daripada tempat duduknya dan bergegas keluar daripada pejabat itu. Pandangannya jatuh kepada bahagian belakang badan Aleesyia yang sedang berpusu-pusu meninggalkan tempat ini. Tanpa ragu-ragu, Qhal berlari ke arahnya.
"Aleesyia!" Qhal memegang lengannya, menahannya untuk terus berjalan lalu menariknya kebelakang untuk bersemuka dengannya. Wajah Aleesyia yang tidak menunjukkan sebarang reaksi dan emosi membuatkan dia terganggu. "Apa makna semua ni, Sya?"
"Dah jelas, bukan? Saya tak mahu apa-apa daripada awak." Jawabnya dengan tenang. Apa Qhal ni? Kenapa terlalu rapat dengannya? Aleesyia masih tidak bersedia untuk berhadapan dengannya seperti ini. Ia membawa kembali perasaan yag tidak diingini; kini baru Aleesyia sedar betapa banyak dia merindui Qhal. Salah satu sebab kenapa dia kena tinggalkan Qhal secepat yang mungkin.
"Saya tak faham. Kita dah setuju untuk bahagi harta, bukan?" Qhal mecnari sinar mata Aleesyia, mencuba untuk fahami apa yang gadis ini fikirkan. Iainya tidak berapa sukar untuk memahaminya pada suatu kala dahulu. Dulu, dia tahu segalanya tentang Aleesyia tetapi sekarang.. aksinya hanya membuatkan Qhal lebih keliru.
YOU ARE READING
Seperti Dulu
Romance"Betul. Awak dah dapat apa yang awak nak." "Apa maksud awak?" "Awak nak cerai, dan awak dah dapat." "Awak silap, Qhal." Dia inginkan peluang kedua. Takdir memutuskan untuk memberikan dia peluang kedua itu. Apa yang dia perlu buat sekarang hanyalah u...