"Qhal! Bang-" Ibu Qhal menerjah masuk ke dalam bilik tidurnya untuk mengejut anak terunanya yang seorang itu untuk bangun tidur tetapi dia dapat Qhal sudah pun terjaga, siap berpakaian uniform sekolah lagi. "Kamu dah bangun?" Ibunya seakan-akan tidak percaya tapi dia tak mengeluh. Baguslah kalau macam ini setiap hari.
Qhal sedang membetulkan tali lehernya sewaktu ibunya masuk. "Qhal kena datang tepat pada masanya." Dia tak boleh lewat ke sekolah. Ia seperti membazirkan masa dia untuk bersama dengan Aleesyia.
"Jangan tipu." Ibunya memandangnya dengan penuh curiga. "Cepatlah, bagitahu apa sebabnya?" Qhal tidak salahkan ibunya kerana meragui dirinya. Qhal bukanlah seorang anak yang rajin bangun awal dan pergii sekolah tepat pada masanya pada suatu masa dahulu.
"Betullah." Jawab Qhal.
Ibunya hanya mengeluh. "Yelah, kita tengok jelah sampai bila kamu akan terus jadi rajin begini." Dia pusing ke belakang dan melangkah pergi. "Sarapan dah siap."
Qhal ketawa kecil. Dia rindukan ibunya. Dia mahu layan ibunya dengan baik dan melawat ibunya selalu pada masa hadapan. Dan dia akan pastikan yang Aleesyia akan ada disisinya.
Qhal menapak keluar daripada rumah lalu bertembung dengan Hairi selepas 5 minit berjalan kaki menjauhi rumahnya. "Jadi, kau dah fikir pasal apa yang aku katakan semalam?" Hairi betul-betul ingin Qhal untuk fikirkan ini semua lagi sekali.
"Kau tengah cakap pasal Aleesyia ke?"
"Yelah."
"Dah, dan aku tak akan tarik diri." Jawabnya.
"Bro, kau memang ada niat nak kena belasah dengan Kevin? Ada banyak perempuan lagi lah!"
"Pandai-pandailah aku nanti." Qhal memandang wajah Hairi yang kerisauan itu dan tersenyum sendiri. Sayang rupanya kau dekat aku.
Sesampai sahaja di sekolah, sudah semestinya pandangan Qhal hanya tertumpu pada satu tempat. Tidak lain dan tidak bukan; loker Aleesyia. Apabila para pelajar perlahan-lahan melangkah pergi daripada koridor sekolah, Qhal berjaya menangkap susuk tubuh yang dia amat kenali walaupun dari belakang.
Aleesyia sentiasa berambut panjang. Sampai mereka sudah meningkat usia dewasa pun, Aleesyia tetap simpan rambut panjangnya. Sebab itulah apa yang Qhal katakan padanya.
Qhal bermain-main dengan rambut Aleesyia. "Syaaa, jangan potong rambut tau."
Aleesyia sedang baring di atas katil bersama dengan Qhal,"awak tahu dah hampir seribu kali awak cakap benda yang sama je."
Qhal tersenyum kecil, "yeke?"
"Yes. Dan saya juga dah simpan rambut saya yang panjang ni dah hampir 2 tahun."
Qhal tahu yang dia buat itu semua adalah sebab dia sukakannya. Aleesyia melarikan jari-jemarinya ke arah rambut Qhal pula. "Seronok ke?" Soalnya bersama dengan sebuah senyuman dibibir. Bila-bila mereka baring bersebelahan, Aleesyia selalu perasan yang Qhal selalu sahaja mengusik rambutnya. Ia seperti satu tabiat.
Qhal hanya tersenyum.
"Woi Qhal, loceng dah bunyi." Qhal memandang Hairi kemudian kembali kepada Aleesyia sebelum melangkah pergi dari kawasan itu; menuju ke kelas.
"Selamat pagi, Qhal."
Qhal menoleh ke kiri dan memberikannya sebuah senyuman. Dia sudah tak ingat apa nama budak ini.
"Ah, hai.. em.."
Gadis itu tersenyum kelat, "Erina.. nama saya."
"Ah, ya! Mestilah saya masih ingat awak.. Hai, Erina. Selamat pagi!" Qhal ketawa perlahan atas kesalahannya itu.
"Hmm.. baguslah kalau awak ingat. Jangan pula awak tak ingat saya."
YOU ARE READING
Seperti Dulu
Romance"Betul. Awak dah dapat apa yang awak nak." "Apa maksud awak?" "Awak nak cerai, dan awak dah dapat." "Awak silap, Qhal." Dia inginkan peluang kedua. Takdir memutuskan untuk memberikan dia peluang kedua itu. Apa yang dia perlu buat sekarang hanyalah u...