9.

13 0 0
                                    

Sesi pembelejaran pada hari tersebut berjalan dengan lancar seperti biasa tanpa adanya sebarang gangguan- selain daripada bunyi gangguan dengkuran yang kuat dari arah belakang.

Hairi yang terganggu dengan pencemaran bunyi itu lantas membaling kertas yang sudah dikonyokkan ke arah rakan kelasnya itu. Macam mana nak fokus kalau dia bising? Nak tidur dalam bilik ar, tidur dalam kelas kenapa?! Detus hati kecilnya sebelum pandangannya beralih ke arah Qhal yang sedang asyik memerhatikan Aleesyia.

Hairi menggelengkan kepalanya, penat dengan sikap kawannya yang tidak ingin dengar nasihat dia. Kalau nanti dia kena belasah dengan Kevin, Hairi lari dulu.

Sesi pembelajaran mereka terganggu seketika apabila Encik Lee masuk ke dalam kelas, meminta izin guru bertugas untuk masuk. Dibelakangnya terdapat seorang murid lelaki.

"Perhatian, semua." Puan Ain menepuk-nepuk mejanya, cuba untuk menarik perhatian anak-anak muridnya di kelas itu. Hanya separuh daripada pelajar kelas itu sahaja yang benar-benar memberi perhatian terhadap Puan Ain.

"Di sini, kita ada kawan baru," Puan Ain memanggil pelajar baru itu untuk berdiri di tengah-tengah kelas bagi memperkenalkan dirinya.

"Hai." Pelajar itu memberikan rakan-rakan kelasnya sebuah sneyuman yang manis sebelum sambung berbicara. "Nama diberi Syam Ahmad. Tapi panggil aku Jiro je."

Dengar sahaja perkataan 'Jiro', mata Qhal terbeliak luas. Qhal yang tadinya tidak memberikan tumpuan terhadap orang baru yang hadir di dalam kelas itu lantas melontarkan pamdangannya ke hadapan. Mata mereka berdua bertembung, Jiro sedang memandang ke arahnya bersama senyuman yang sama seperti semalam.

"Cikgu," Jiro bersuara.

"Boleh saya duduk sebelah Qhal?" Soal Jiro terhadap guru kelasnya itu. Erina yang merupakan rakan yang duduk di sebelahnya tersentak mendengar soalan Jiro itu. Aku tak nak berjauhan dari Qhal...

Puan Ain hanya mengangguk tanda setuju, membuatkan Erina tiada pilihan tetapi pindah ke tempat kosong yang lain. Dia sempat menjeling tajam ke arah Jiro seraya mengatur langkah ke arah tempat duduk barunya itu. Jiro tersenyum kegembiraan, dia berjaya.

Qhal yang masih lagi terkejut dengan apa yang sedang berlaku hanya mampu memerhati sahaja. Jiro mengambil tempat duduk disebelahnya. Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya, dia menoleh ke arah Qhal bersema senyuman yang mempunyai seribu makna, "Jangan terkejut sangat. Kan dah pesan, nanti kita jumpa lagi."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Seperti DuluWhere stories live. Discover now