3.

19 2 0
                                    

"Qhal!! Bangun sekarang!"

Suara yang tinggi dan lunak memanggil Qhal, mengejutkan dirinya daripada tidurnya yang lena itu. Qhal terjaga daripada tidurnya dan dia memusingkan badannya. Tetapi malang tidak berbau- tidak terjatuh daripada katil yang empuk itu ke lantai yang keras. Aduh, sakit!!

"Qhal. Berapa kali kena panggil ni?"

"Sejak bila pula suara kau bertukar jadi macam perempuan ni, Hairi?" Qhal menggosok belakang badannya yang bertembung dengan lantai tadi. Paling aneh sekali - macam mana suara Hairi ni sama macam suara mak aku?

"Hairi? Hairi mungkin dah sampai sekolah dah. Tak macam kamu. Jadi, cepat bangun dan bersiap. Nanti kamu lambat."

Qhal mengelipkan matanya - terkejut. Sekolah? Dia terduduk dan kejadian yang tidak dijangka yang terbentang luas di hadapan matanya membuatkan dia berdiri. "Mak??" Qhal menoleh ke arah wajah wanita tua yang sedang berdiri di pintu biliknya.

"Siapa lagi yang kamu sangka akan datang kejut kamu bangun? Hai lah anak teruna seorang ni," Soal ibunya dengan penat.

Hairi; fikir Qhal. Qhal sangka Hairi yang akan kejut dia bangun.

Apa benda ni?

Apa yang sedang dia lakukan di dalam bilik tidur lama dia? Dia memandang ke arah katil berkembarnya yang telah dia gunakan dengan baik selama dia membesar. Menoleh kebelakang, Qhal ternampak bayangannya di dalam cermin. Apa yang sedang dia saksikan seolah-olah tidak dapat dia percayai.

Tidak percaya dengan matanya sendiri, Qhal menyentuh seluruh permukaan wajahnya. "Ini.. bukan nyata.." Qhal nampak muda. Sewaktu dia masih di usia remaja!

Ini tak mungkin berlaku, kan?

"Kamu tu yang tak nyata. Berapa dah umur kamu sampai mak masih kena kejut pergi sekolah? Dah tua bangka pun tak reti-reti lagi?"

"Ini cuma mimpi.." Qhal berbisik kepada dirinya sendiri. Ibunya tidak mengambil peduli terhadap kelakuan aneh dan gila anak lelakinya itu. "Cepat siap pergi sekolah!"

Ini tak mungkin berlaku. Baru sahaja semalam dia bercerai dengan Aleesyia berlaku, lalu dia minum alkohol dia bar bersama Hairi. Dan.. sebelum dia tidur dia ada minta permintaan supaya dia dapat kembali ke masa lalu........

Mana mungkin..?

"Mak!!!"

Jeritannya yang keluar secara tiba-tiba membuatkan ibunya terkejut. Qhal tidak boleh menyimpas rasa gembira di dalam dirinya kemudiannya tertawa kepada diri sendiri seraya menepuk-nepuk dada bidangnya - memastikan ini bukanlah mimpi. Ini gila - dia telah kembali; sepertimana yang dipinta.

"..ok.. Mak akan tinggalkan kamu seorang diri.." Ibunya mula berasa aneh terhadap anaknya itu mengambil keputusan untuk keluar daripada biliknya.

"Jap. Hari ini hari apa, mak?"

"Qhal. Tahun ni kamu dah 17 tahun tau. Cepat, jangan buang masa. Pergi siap ke sekolah."

Biar betul? Qhal seakan-akan tidak percaya apa yang sedang berlaku dengan kehidupannya. Dia masih waras dan sedar bahawa dia merupakan seorang usahawan yang berusia 22 tahun yang berjaya. Tapi hari ini.. dia bukan seorang usahawan. Dia seorang pelajar.

Dan hari ini juga merupakan hari pertama dia bertemu dengan Aleesyia.

Seperti DuluWhere stories live. Discover now