7.

17 2 0
                                    

Qhal memandang remaja lelaki itu lama. Jiro sedang duduk bergayut di tingkap biliknya. "Siapa kau? Macam mana kau masuk?"

"Uhm... macam mana nak cakap ni ye?" Jiro bermonolog sendirian. "Aku tak nyata... maksud aku.. Well aku nyata tapi orang tak tahu aku wujud?" Ujar Jiro. "Masuk akal tak?" Jiro menyengetkan kepalanya.

Langsung tak masuk akal. "Aku mesti dah gila." Qhal gelak sendiri. "Bila aku buka mata aku, kau akan hilang." Qhal memejamkan matanya. Satu.. dua.. tiga!

Dalam kiraan tiga, lantas dia membuka matanya dan masih dapati Jiro di tingkap; sedang melambai ke arahnya bersama senyuman dibibir. "Aku tahu susah kau nak faham dan hadam.." Jiro memandang persekitaran bilik tidur Qhal. "Maksud aku, hidup kau sekarang ni memang tak masuk akal, bukan? Tiba-tiba je kau kembali ke zaman silam kau."

Qhal merenung Jiro. "Jap- macam mana kau tahu? Macam mana ni semua terjadi?"

Jiro memikirkan sesuatu sebelum mula berucap semula. "Akulah sebabnya kau ada kat sini sekarang, well - in the past." Jiro tersenyum lagi. "Ah, lebih tepat lagi; orang atas sana yang buat kerja ni." Jiro menuding jari ke atas. "Aku di sini hanya untuk terangkan segala-segalanya kepada kau."

Bila Qhal bangun pagi tadi, dia tidak sedar yang ini semua gila sampailah Jiro muncul. Mungkin dia terlampau tertekan? Dan semua yang berlaku sekarang ini adalah imaginasi sahaja. "Aku tak gila, kan?" Semua yang berlaku harini rasa seperti nyata dan betul, tak mungkin semua ini imaginasi sahaja. Aleesyia ada dan dia bercakap dengan dia pulak tu.

Jiro menghulurkan tangannya ke hadapan. "Duduk dulu." Qhal duduk di atas katilnya.

"Aku taktahu kenapa dia buat ni tapi orang atas tu rasa kesian dekat kau.. Kau sedih, tertekan, muram, menyedihkan-"

"Okay, aku faham." Qhal mahu dia teruskan ke topik utama.

Jiro berdehem. "Jadi, dia pun hantarlah kau balik ke masa silam - macam yang kau inginkan." Jiro menerangkan kepadanya. "Kau mahukan peluang kedua dengan gadis pilihan kau; dan sekarang kau dah dapat peluang itu."

"So, kau memang ada dekat sini dan aku pun ada dekat sini..?"

"Kau waras lagi, ini betul-betul terjadi."

"Anyways! Semoga berjaya. Aku kena pergi sekarang." Jiro bangun daripada tingkap itu lalu merenggangkan badannya.

"Kau nak pergi mana?"

"Jangan risau, nanti kita jumpa lagi." Jiro melambaikan tangannya ke arah Qhal. Sejenak kemudian, kelibat Jiro lesap begitu sahaja. Qhal merenung ke arah tempat yang sudah kosong itu. Ini semua gila.

Qhal baring di atas katil empuknya. Dia harus gunakan masanya dengan baik. Tapi dengan adanya Kevin, apa yang boleh dia lakukan? Lelaki itu melekat dengan Aleesyia macam gam.

Ia sangat membuatkan Qhal tertekan. Kevin langsung tak layak untuk Aleesyia.

Seperti DuluTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang