2.

23 2 0
                                    

Berapa banyak botol dah dia minum? Penting ke? Luka ini masih setia terkunci dihatinya dan dia akan berhenti minum apabila perasaan itu telah pergi.

"Aku rasa kau patut berhenti minum.." Hairi merampas cawan daripada genggaman Qhal. Dia tahu yang Qhal boleh jadi seorang yang menyakitkan hati tetapi rasa cinta yang dia ada terhadap Aleesyia adalah benar dan ikhlas; walaupun dia tidak Berjaya menunjuk rasa itu dengan sempurna. "Kau minum macam esok dah nak kiamat, kau tahu?" Hairi menepuk-nepuk bahu rakannya itu.

"Diam, Ri." Qhal cuba untuk mencapai cawannya kembali tetapi gagal. Terima kasih kepada alcohol itu, Hairi tidak perlu bersusah payah untuk menghalang Qhal untuk mendapatkan cawan itu.

"Kau masih sayang dia?" Hairi menyoal sambil minum.

"Benda tak masuk akal apa lagi yang kau cuba nak Tanya ni?" Qhal berpaling daripada Hairi.

"Jawab jelah."

Hati Qhal secara senyap-senyap berbisik. Jawapannya adalah mudah tetapi ia adalah sukar bagi Qhal untuk menyuarakan perasaannya. Dia teringat bagaimana Aleesyia akan marah dan kecewa apabila dia disoal dengan soalan begitu dan dijawab dengan sebuah anggukkan sahaja. " Mestilah." Utarnya.

"Kau dengan Aleesyia mungkin bukan suami dan isteri lagi tapi itu tidak membuatkan kau dan dia berhenti berkomunikasi dengan satu sama lain."

Qhal memandang Hairi. Apa benda mamat ni karutkan?

"Dapatkan dia balik."

Qhal tertawa kecil. Siapa yang mabuk sekarang ni? Aku ke kau? "Kalau dia nak aku, dia tak mungkin minta cerai."

"Wow, walaupun selepas dua tahun bercinta dan tambahan tiga tahu kau orang berkahwin, which makes it a total of five years, aku ingat kau faham isteri kau." Hairi menggelengkan kepalanya – tidak percaya.

"Bertahun aku kenal Aleesyia, dia bukan jenis yang akan tiba-tiba berhenti cintakan kau, Qhal."

"Macam mana kau yakin?"

"Sejak semua proses perceraian ini mula, dan walaupun selepas kau setuju nak cerai dengan dia – aku tak dengar lagi sebab apa dia nak cerai dengan kau."

"Dia yang nak-"

"Ya, tapi apa sebabnya? Ada satu benda yang aku tengah tungguh untuk dengar; keluar daripada mulut dia."

"Apa benda?"

"Aku nak dengar dia sebab dia nak cerai dengan kau adalah kerana dia tak cintakan kau lagi dah." Hairi menoleh ke arah Qhal. "Tapi sampai sekarang, dia tak pernah ucap lagi ayat-ayat itu. Kan?"

Qhal terdiam. Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Hairi itu. Qhal tak mahu mengaku; tetapi kalau dia dia ada peluang untuk membuat satu permintaan yang boleh jadi kenyataan – dia mahu putarkan masa kembali.

Daripada awal, sejak daripada awal dia kenal Aleesyia dan terserempak dengan masing-masing. Daripada tak kenal, sampailah dah kenal.

Dia nak kembali semula ke masa silam dan ubah segalanya; yang paling penting dia ingin buat Aleesyia gembira. Dan untuk padam segala luka dan gantikan dengan kebahagiaan.

Dia nak jadi seorang lelaki yang Aleesyia cintakan seperti dulu.

Kalaulah boleh.....

Qhal memejamkan matanya; selamat malam dunia kejam.

Seperti DuluTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang