Qhal tersenyum seperti kambing. Rancangannya tidak sia-sia. Qhal menoleh ke arah Hairi dan dapati yang Hairi sedang memerhatikannya dengan wajah yang menjengkelkan. Qhal tahu dia harus terangkan satu persatu kepada Hairi nanti. Masalah itu dia ketepikan dan sekarang dia perlu fikir cara untuk memperkenalkan dirinya.
"Hai. Nama saya Aleesyia." Aleesyia memperkenalkan dirinya terlebih dahulu. Dia juga agak terkejut apabila dia dapati bahawa Qhal yang akan duduk di sebelahnya. Tiba-tiba sahaja dia teringat Kevin yang memberi amaran supaya tidak bergaul dengan Qhal.
Qhal mengukirkan sebuah senyuman kepadanya. "Selamat berkenalan lagi sekali, nama saya Zedd Qhalish." Qhal dapat melihat sebuah senyuman dibibir Aleesyia; hingga dia tersedar yang sebenarnya dia rindukan senyuman itu. Sepanjang tahun mereka berkahwin, Qhal dapat perasan bagaimana senyumn dan tawanya semakin kurang didengari seperti dahulu kala.
Kedua-duanya berpaling dan menghadap guru dihadapan apabila kelas bermula tetapi tanpa pengetahuan Aleesyia, Qhal bukannya melihat guru dan sebaliknya dia merenung gadis di sebelahnya, Aleesyia.
Sudah berapa lama sejak Qhal memandang Aleesyia dengan betul? Pada masa hadapan, kedua-dua mereka terlalu sibuk dan sering kali terabaikan satu sama lain. Qhal akan bertolak ke tempat kerja lebih awal daripada Aleesyia pada waktu pagi dan apabila tiba waktu malam pula, Aleesyia selalu telah masuk tidur pada masa Qhal baru tiba di rumah. Tetapi sekarang, terima kasih kepada peluang gila ini, Qhal dapat melihat perkara-perkara yang dia terlepas. Seperti bagaimana kening Aleesyia akan berkerut apabila dia tidak dapat memahami apa yang guru terangkan di depan atau bagaimana mukanya berseri apabila dia dapat jawab dengan betul. Semua itu, sebab-sebab mengapa dia jatuh cinta dengan Lyaa Aleesyia pada mulanya, dia mampu untuk perlahan-lahan mengingati mereka sedikit demi sedikit.
"Do you mind helping me with this problem?" Qhal terpaksa mencari banyak sebab untuk ambil kesempatan bercakap dengan Aleesyia.
"Sure, what's the problem?"
"Yang ini." Qhal menuding jarinya di mana-mana soalan yang dia mahu. Aleesyia gigih mencuba untuk menyelesaikan masalah itu manakala Qhal pula; heh, aku cuma nak pandang dia lama-lama.
Aleesyia menerangkan kepada Qhal satu-persatu bagaimana hendak menyelesaikan soalan Matematik itu tetapi fokus Qhal terganggu dengan suara lembut Aleesyia. "Faham tak?"
"Huh?"
Aleesyia ketawa kecil. "Awak langsung tak dengar apa yang saya cakap tadi, betul tak?" Patutlah dia tak faham, dia selalu sahaja mengelamun; fikir Aleesyia.
Qhal tersenyum apabila dia mendengar suara Aleesyia ketawa. "Sorry, saya mamai lagi ni."
"Boleh awak tolong saya lagi sekali? Kalini saya janji akan fokus!" Tetapi, loceng berbunyi menandakan waktu makan tengah hari.
Aleesyia menoleh ke luar kelas dan dapati semua pelajar sudah pun berpusu-pusu keluar untuk berehat dan dikalangan orang ramai itu, dia dapat melihat Kevin sedang menantikannya di muka pintu kelas. "Apa kata saya tolong awak lepas rehat?" Soalnya. Qhal tersenyum kecil dan mengangguk tanda setuju. "Okay, jumpa nanti."
Qhal memerhatikan Aleesyia seraya dia bangun dari tempat duduknya lalu berjalan ke pintu. Mood gembiranya tiba-tiba terjejas apabila melihat Kevin berdiri di ambang pintu. Aleesyia sepatutnya tersenyum kepada aku dan ketawa dengan aku, tetapi kenapa Kevin pula yang menerima semua itu?
Yang menyedihkannya ialah - Kevin langsung tak layak menerima itu semua.
Bunyi derapan tapak kaki Hairi membawa Qhal ke realiti.
"Yo, macam mana kau tahu kertas tu akan bawa tuah?" Macam mana mamat ni boleh tahu yang kertas aku tu sama dengan Aleesyia?
"Aku cuma dapat rasakan. Ini jodoh, kau tahu?" Jawab Qhal.
![](https://img.wattpad.com/cover/206216832-288-k307297.jpg)
YOU ARE READING
Seperti Dulu
Romance"Betul. Awak dah dapat apa yang awak nak." "Apa maksud awak?" "Awak nak cerai, dan awak dah dapat." "Awak silap, Qhal." Dia inginkan peluang kedua. Takdir memutuskan untuk memberikan dia peluang kedua itu. Apa yang dia perlu buat sekarang hanyalah u...