6.

14 2 0
                                    

"Sya!" Qhal tak boleh biarkan keadaan berterusan begini. "Kenapa awak tukar tempat?"

Kali ini, Qhal langsung tidak dapat senyuman ataupun perhatian daripada Aleesyia seperti awal pertemuan mereka. "Bukan Erina dah bagitahu awak yang saya tak nampak papan putih?"

"Sya, you don't have to lie to me." Pada masa hadapan pun, ia amat menyakitkan bagi Qhal apabila Aleesyia menipu dia; katanya menipu untuk kebaikan. Aleesyia hanya menumpukan perhatiannya terhadap lokernya, menyibukkan dirinya. "Saya ada buat salah ke?" Qhal mahukan jawapan, supaya dia boleh perbetulkan salah dan silapnya.

"Tak, Qhal.." Aleesyia memandang Qhal dan memberikan dia sebuah senyuman kecil. "Please, Qhal. You should go." Aleesyia menolak jejaka itu jauh daripada hidupnya hanya kerana tidak mahu dia dan Kevin berterusan bergaduh. Ini untuk kebaikan Qhal sendiri tapi dengan Qhal berperangai begini, macam mana dia nak berjaya?

"Apa yang perlu aku buat dekat kau supaya kau tak kacau girlfriend aku lagi?" Suara yang amat Aleesyia kenali menggetar gegendang telinga mereka berdua. Qhal menoleh kebelakang, berhadapan dengan Kevin.

"Nak ucap terima kasih kepada dia sebab ajarkan aku Matematik tadi, that's all." Qhal menoleh pula ke arah Aleesyia, mata mereka bertembung. "Terima kasih sebab tolong selesaikan masalah itu tadi, Sya!" Qhal memberikannya sebuah senyuman sebelum dia melangkah pergi meninggalkan mereka sendirian.

Dengan hati yang duka, dia mengatur langkah ke pagar sekolah, tempat di mana dia pasti Hairi sedang menunggu kehadirannya. "Syukur, muka kau masih elok. Ingat dah kena tumbuk ke apa." Wajah ceria Hairi yang sentiasa dihiasi dengan senyuman mengisi ruang matanya.

"Jangan risau, itu tak mungkin akan terjadi."

Hairi ketawa besar. "Aku risau sebab aku tahu ia akan terjadi tak lama lagi." Hairi dan Qhal tinggal di kawasan perumahan yang sama dan mereka berjalan beriringan menuju ke rumah masing-masing. "Apa yang bagus sangat dengan perempuan tu?" Aleesyia memang cantik tapi Qhal; yang telah dicop tak akan pernah jatuh hati dengan mana-mana gadis tiba-tiba sahaja tergila-gilakan Aleesyia. "Tolong jangan kata, ini jatuh cinta pandang pertama."

"Hairi-" Qhal tak mahu dengarnya lagi. Dia jadi malu.

"Aku tahu kau takkan mengaku." Qhal memang begitu. Hairi sudah tahu yang Qhal dah jatuh hati terhadap Aleesyia tapi Hairi juga tahu yang Qhal tidak akan semudah itu mengaku yang dia telah jatuh hati kepadanya.

Tidak lama kemudian, mereka berdua berpisah kerana lorong rumah mereka berlainan. Qhal meneruskan perjalanannya ke rumah bersendirian, membawa hatinya yang rapuh. Qhal melangkah masuk ke dalam rumahnya, tegur ibunya dan lantas masuk ke dalam bilik tidurnya.

Qhal menutup pintu bilik dengan rapat dan menapak masuk lebih jauh ke dalam biliknya. Tiba-tiba sahaja dia terlompat akibat terkejut sangat; "apakah ini?!"

"Maaf sebab aku terkejutkan kau- nama aku Jiro!"

Seperti DuluTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang