"Hoi, kau dengar ke tidak?" Qhal yang dari tadinya asyik melayan perasaannya kembali ke alam nyata sebaik sahaja sahabatnya, Hairi, menarik lengannya untuk mendapatkan perhatian dia. Qhal menoleh kepalanya ke arah Hairi; Hairi yang berusia 22 tahun dengan Hairi yang berusia 17 tahun langsung tiada perbezaan. Sama kacak, sama pendek. Tiada yang berubah - hanya Qhal yang berubah pada masa hadapan.
"Haa.. Ulang balik apa kau cakap tadi?"
"Tahun ni kau nak masuk kelab apa?"
Baru Qhal teringat tentang kelab. Aleesyia kelab apa ya dulu? Bagaikan jodoh, seaik sahaja Qhal teringat akan Aleesyia, Aleesyia jalan melintasinya dengan berpakaian seragam sekolah yang kemas dan rambut tersikat rapi. Jantung Qhal berdegup kencang - beginilah bagaimana Qhal terjatuh cinta pandang pertama kepada gadis manis, Lyaa Aleesyia.
"Eh, Ri. Aku gerak dulu!" Tanpa meninggalkan sebarang alasan,Qhal berlari meninggalkan Hairi yang kebingungan seorang diri di lokernya. Qhal bersungguh-sungguh mengejar Aleesyia yang laju berjalan. Dia memotong Aleesyia dan berselindung disebalik dinding. Dada bidangnya disentuh, berdetak laju.
Apabila dia rasa Aleesyia semakin menghampirinya, dia menapak keluar daripada tempat persembunyiannya itu namun bertembung dengan Aleesyia tanpa dirancang.
Alamak- Lantas Qhal menghulurkan tangannya kepada Aleesyia; yang mana Aleesyia sambut dengan mesra sekali dan Qhal menariknya untuk bangun.
"Saya minta maaf," ujar Qhal seraya menggaru bahagian belakang kepalanya yang tidak gatal itu.
"Eh, tak apa." Senyuman diukirkan daripada Aleesyia kepada Qhal.
"Ah, nama saya Qhal. Zedd Qhalish!" Tangan dihulurkan buat kesekian kalinya.
"Sya, Lyaa Aleesyia." Tangan Qhal disambut bersama senyuman yang tidak lekang dibibir gadis itu. Senyuman itulah yang telah membuatkan Qhal jatuh hati, senyuman itu jugalah yang sentiasa berjaya memeriahkan hari-harinya yang mendap dan tandus.
"Ehem-" Kedengaran suara garau berdehem jelas di telinga mereka berdua. Mendengar suara itu, cepat-cepat Aleesyia menarik semula tangannya yang tadinya digenggam rapi oleh Qhal. Rasa kecewa mulai menyelubungi Qhal.
Mata Qhal berlabur kepada tingkah Aleesyia yang memeluk lengan jejaka itu. Macam mana Qhal boleh terlupa? Macam mana Qhal boleh lupa akan musuh ketatnya, Kevin, meurpakan kekasih hati milik Aleesyia di bangku sekolah? Qhal menggepal penumbuk. Mahu sahaja dia tarik Aleesyia jauh daripadanya, tetapi dia tak mampu. Bukan sekarang masanya. Dia tahu, Aleesyia bukan milik dia. Tapi di masa hadapan, dia isteri aku.
"Kau apahal berborak dengan Sya?"
"Kevin- tadi kami bertembung. Lepastu saya jatuh, dia yang tolong saya bangun.."
"Kau jatuh? Kenapa tak panggil aku? Kan aku kata.. sebelum kau nak jatuh, jerit nama aku. Aku lebih layak untuk angkat kau bangun daripada Qhal ni."
Qhal menarik nafasnya dalam-dalam. Kau lagi tak layak.
"Dah jatuh dah pun.. nak buat macam mana?"
"Tak payah terhutang budi sangat dengan dia ni. Tak boleh pakai pun." Kevin menjeling tajam ke arah Qhal.
Kau tunggu jelah bila rahsia kau terbongkar nanti. Siapa yang tak boleh pakai sebenarnya.
"Eh Kevin, janganlah cakap macamtu." Aleesyia memandang Qhal seraya menggoncang lengan Kevin, berharap agar dia berhenti mengeluarkan kata-kata yang kasar.
"Dah, jom masuk kelas." Kevin menarik Aleesyia jauh daripada Qhal sebelum menoleh kebelakang, masih menjeling Qhal. "Kau jangan berani-berani nak berkenalan dengan Sya."
Tahniah, Zedd Qhalish. Kevin seperti biasa; sentiasa berjaya merampas kebahagiaannya.
"Kau minat perempuan tu ke?" Hairi tiba-tiba menyoal. Entah dari mana datangnya mamat ni? Qhal memandang Hairi dengan pandangan yang tak dapat Hairi tafsirkan. Bila masa kau sampai sini?
"Siapa? Aleesyia? Eh, tolonglah." Namun hakikatnya, Qhal sebenarnya malu untuk mengaku yang dia memang minat Si Aleesyia tu. "Dahlah, jom masuk kelas." Qhal mengatur langkahnya ke kelas. Dia mengambil mana-mana tempat kosong yang ada di dalam kelas itu bersama Hairi bersebelahan dengannya.
Qhal dari tadi menanti kelibat Aleesyia yang tidak kunjung tiba. Pada tahun ini, Qhal masih ingat lagi yang Aleesyia dan dia belajar dalam satu kelas yang sama. Qhal juga teringat yang dulu Hairi yang dapat duduk bersebelahan dengan Aleesyia sepanjang tahun itu kerana mereka ditetapkan untuk duduk bersama-sama ikut undian tikam. Siapa yang dapat kertas yang isinya sama dengan seorang lagi, itulah pasangan tempat duduk mereka.
Lantas Qhal menarik Hairi, "sekejap lagi kita akan main tikam kertas. Kita WAJIB swap kertas, okay? Aku nak kertas kau. Kau kena bagi kertas yang kau pegang tu dekat aku."
"...main tikam mende?" Hairi yang bingung dengan kelakuan Qhal hanya mampu akur sahaja.
"Alright, class!" Guru kelas yang dinanti-nantikan oleh Qhal akhirnya tiba. Tanpa berlengah, dia meletakkan sebuah kotak kecil yang penuh dengan kertas kecil yang dilipat-lipat atas meja.
"Semua ambil satu kertas!" Ucapnya kepada kelas sejurus sahaja dia masuk kelas tersebut. Hairi memandang Qhal dengan pandangan hairan, 'budak ni boleh tengok masa depan ke apa?'
YOU ARE READING
Seperti Dulu
Romance"Betul. Awak dah dapat apa yang awak nak." "Apa maksud awak?" "Awak nak cerai, dan awak dah dapat." "Awak silap, Qhal." Dia inginkan peluang kedua. Takdir memutuskan untuk memberikan dia peluang kedua itu. Apa yang dia perlu buat sekarang hanyalah u...