Bab 14

22 2 0
                                    

"Awak ni kenapa ha !!"

"Tak reti bawak motor tu elok elok ke ?!"kataku bengang mana taknya si cekodok ni selamba badak dia je nak bawak motor ni macam nak pegi race kat litar lumba motorGP pastu boleh pulak dia nak break mengejut nasib baik aku tak melambung ke depan.Ceh over je kau Dian sampai nak melambung.Ehh tapi betul ape aku cakap herhh.

"Awak tu yang kenapa senyum sorang sorang macam orang tak betul ?"ujar Afif sinis

"Sukahati saya lah nak tersenyum ke ape ke yang awak sibuk kenapa bawak jela motor tu tengok depan tu ha..yang sibuk tengok saya dekat belakang ni dah kenapa!"ujarku semakin bengang.Ewah ewah nak cari salah kita pulak dia yang bawak motor macam beruk minum todi.Ehh ape aku melalut sampai ke todi ni!

Afif yang melihat mulut kecil Dian yang tidak habis habis membebel itu lantas tersenyum."Haish comel je Mrs Zafran ni biler membebel,hahaha"monolognya

"Awak kenapa senyum senyum ha!Kalau muka awak ni hensem macam Lee Min Ho takpe jugak ni macam kerbau dekat sawah tu adelah"ujarku sambil menunjukkan sekumpulan kerbau yang sedang berkubang di dalam lumpur euuw.

"Err,senyum pun tak boleh ke ?"ujarnya berlagak biasa sahaja sambil memandang Dian yang berada dibelakangnya lantas dia terus menukar posisi duduknya di atas motor itu.

Kini Afif berada betul betul dihadapan Dian."Err,awak ni kenapa pusing belakang ni ?"ujarku tidak selesa,sebenarnya lebih kepada segan.Cekodok ni pun macam dah nak mula je perangai miang dia balik hurhurhur.

"Err...awak?"ujarku perlahan

"Shhhh"ujarnya sambil meletakkan jarinya pada bibirku.Dia memandang mataku lama gulpp! Hushh seramm woiii janganla dia cuba buat bende bukan bukan kat sini nanti tak pasal pasal jadi buah mulut orang kampung ni huwaaa!!

"Dah habis membebel ke?"ujarnya sambil mengusap pipi Dian."You know what? Awak ni comel tau biler membebel.Lagi lagi biler tengok bibir awak ni"ujarnya lantas mengusap bibir Dian pula."Comel je sama macamm.."

"Macam ape ?"tanyaku perlahan tanpa disedari mataku hanya memandang jarinya.

"Macam..."

"Macam tu"ujarnya lalu menuding jari ke arah sesuatu yang ada berdekatan sawah padi.

Aku menoleh ke arah 'sesuatu' yang dimaksudkannya.

"Whattt!! Awak samakan bibir saya dengan mulut bangauuu tu keee!!"ujarku sakit hati.Cekodok ni memang saje je cari pasal dengan aku!

"Saya tak cakap saya just tunjuk jee..awak yang anggap macam tu hahaha!"ujarnya sambil tergelak terbahak bahak diatas motor kapcai arwah atok."Mungkin betul lah ape yang awak cakap tu hahaha mulut awak kalau membebel tercebik cebik je,tengok dah sama panjang dengan bangau tu"tambahnya lagi sambil memegang perutnya mungkin senak sebab banyak ketawa.

Dian yang bengang mendengar perlian Afif itu lantas terus memukul dada lelaki itu bertubi tubi."Nah,rasakan kau cekodok..seronok kau kan bantai gelakkan aku tak gune betul"ujarku dalam hati.

"Auchh, stop it!" Ujar Afif dia terus menangkap tangan Dian yang tidak berhenti memukulnya.Ni tangan ke batu cehh tak padan dengan kecik.Dian hanya mencebik dan terus menarik tangannya dari pegangan Afif."Herh,tak gunanya cekodok ade je bende dia nak sakitkan hati aku".

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

"Ok,jom turun"ujarku memberhentikan motor di kawasan sawah padi.Ramai juga budak budak kecil sedang menangkap ikan di sawah habis comot muka mereka.

"Ha kenapa kita turun dekat sini?"ujar Dian masih bengang dengan Afif.Dahla samakan aku dengan bangauu!

"Jomla kita tengok sawah padi,saya nak tau jugak macam mana orang tanam padi.Selama ni saya hanya tengok dekat tv je"ujarku selepas turun daripada motor kapcai arwah atok Dian."Lagipun,saya tak pernah tengok orang tanam padi kesian saya tengok kena terbongkok bongkok,ni lah salah satu masalah muda muda dah jadi bongkok macam atok nenek"tambahku lagi.

"Terbongkok bongkok otak awak la,awak ni taktau ke sekarang semua dah maju.Dah kurang dah orang tanam padi cara manual ni,negara kita ade kemudahan guna mesin tanam padi.Herh tak guna jadi orang bandar takkan kemajuan pun tak tau"ujar Dian kembali sebenarnya lebih kepada memerli.Yelah cekodok ni buat aku panas tadi,tak gune betul!

"Tak kesah la,saya nak tengok sawah padi jugak.Jom!"ujarku lalu memegang tangan Dian dan menariknya pergi ke arah sawah padi.

"Hish,ape tarik tarik tangan ni..lepaslah!"ujar Dian apabila si cekodok ni selamba badak dia je pegang tangan aku pastu boleh pulak dia tarik aku pikir aku ni ape! Patung bergerak?

"Aduhh"

"Awak ni kenapa stop tiba tiba!"ujar Dian bengang dahla dia suka hati je tarik tangan aku lepastu stop tiba tiba hishh gerammnyaa!Dia ni memang ade masalah suka stop tiba tiba ke ape.Dekat atas motor tadi pun sama! Tau tak sakit badan aku ni terlanggar badan dia tu dahla besar macam mak gajah eh BAPAK gajah !Herh.

"Wahh lawanya pemandangan dekat sini"ujarku lalu mendepakan tangan sambil menghirup udara segar di pagi hari.Dian yang melihatnya dengan pandangan membunuh hanya diendahkan saja.Aku mengeluarkan phone ip7 dan terus mengambil gambar pemandangan disekitar.

Dian hanya memandang Afif disebelah yang sibuk mengambil gambar sawah padi dari tadi.Dia pun ralit memandang kawasan sekitarnya dan tiba tiba dia terpandang seorang pemuda yang sedang berehat di pondok.Mungkin baru sahaja lepas bekerja di bendang tadi.

"Awak.."

Klikk

"Ape awak buat ni!" Ujar Dian semakin bengang.Mana taknya cekodok ni selamba dia je ambil gambar.Sah muka aku buruk ni!

Afif hanya tersenyum dan meneliti semula gambar yang diambil tadi.Semasa Dian ralit memandang pemandangan dia mendapat satu akal.Dia pergi mendekati Dian dan membuka kamera.Apabila Dian memandangnya ketika dia memanggil terus sahaja dia menekan butang kamera.Hahaha kelakar betul muka Dian nih muka blur hahahah!

Dian yang melihat Afif seperti menggelakkannya itu membuatkannya semakin panas hati panas jiwa panas mata dan segala macam panas lah! Sakitnya hati akuu hurhurhur sakitnya tuh di sini di dalam hatiku..

"Awakkk nii kann!Saya tak suka awakk benci benci bencii!!"jeritnya lalu meninggalkan Afif yang masih menggelakkannya itu.Lama lama duduk situ makin panas hati aku herh.

Dian terus pergi melihat sekumpulan kanak kanak yang sedang bermain layang layang berhampiran pondok yang berada di sawah padi.Asyik sungguh budak budak tu bermain layang layang.Dia hanya memerhati sahaja daripada tepi.

"Ehh Dian ka nih?"

Dian yang mendengar sapaan itu lantas menoleh ke arah suara yang memanggilnya.Tapi malangnya dia tiba tiba tidak dapat menyeimbangkan diri kerana dia berada betul betul ditepi bendang.

Dian merasakan ade tangan yang memeluknya dan menahan badannya dari sempat terjatuh ke dalam bendang yang berlumpur itu.Euww!Tak boleh dia bayangkan muka dia nanti bersalut dengan lumpur hurhurhur mesti cekodok tu lagi sakan menggelakkannya!Ceh.

"Awak okay?"ujar orang menyelamatkannya itu.

"Err,saya okay terima kasih yer"ujar Dian kembali tanpa memandang orang yang menyelamatkannya itu."Eh dia ni tak nak lepaskan aku ke?Sampai biler dia nak peluk aku nih"monologku.

"Err,boleh lepaskan saya tak?"ujarku

"Eh,maaf ya..terlupa pulak"ujar orang itu segan.

Dian terus membetulkan bajunya selepas orang itu melepaskan pelukannya.Herh dia pikir aku ni teddy bear ke nak peluk kuat kuat.Ceh Dian kau kena bersyukur ade orang selamatkan kau dari selut berlumpur tu herh!

Dian memandang orang yang telah menjadi heronya daripada selut berlumpur lagi busuk tu ecehh,hahaha!

"Ehh,Syuk!"jerit Dian riang

"Hai,Dian bila balik nihh pasai pa tak habaq kat aku"ujar Syuk sambil melemparkan senyuman manis.

"Baru je balik nih saja nak jenguk maktok dah lama tak jumpa rindu haih"ujar Dian bersahaja.

"Sorang ja ka ?"tanya Syuk

"Err..ha..."Dian baru sahaja ingin membuka mulut terus sahaja kata katanya dipintas oleh seseorang.

"Dia datang dengan aku"



Hey hey hey gaisss!Ok firstly nak mintak maaf sangat sangat sebab lambat update..sorryy yer hurhurhur.Teruskan membaca yaa!

Keepvote🌹
Keepvote🌹
Keepvote🌹

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 25, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dian AmelinWhere stories live. Discover now