Prolog

19 6 2
                                    

Pandangan ku diarahkan ke dewan makan asrama. Keluhan berat terlepas jua. Mata yang berkaca, menunggu masa sahaja cecair hangat untuk mengalir aku sapu kasar. 'Ah pedajalkan semua perasaan ini, Hye!'

Han Jiwon yang sedang berjalan bersama Cha Eunwoo memandangku penuh simpati. Ah please, jangan tengok aku macam tu! Aku benci pandangan yang menyedihkan tu.

"Shinhye, jom kita lepak!" Eunwoo cuba menggembirakan susana kekok yang tiba tiba mendominasi keadaan. Aku memandang dewan makan yang menyimpan banyak kenangan aku di sana buat kali terakhir. Kembali memandang Jiwon serta Eunwoo, seraya mengangguk.

"Dah, takmo lah tengok kawan shumill aku ni nangis-nangis. Kan dah tak comel, " Jiwon mengelap air mata yang jatuh di pipiku bersama senyuman nipis.

Aku menangis ke tadi? Tak sedar pun. Rasanya tadi aku dah lap. Herm, mata ni memang tak nak dengar kata hati aku kan?

Jemari Eunwoo tiba tiba sahaja menarik pipiku. Kuat. Ish, tak tau er sakit. Kang ada aku gigit pipi flawless dia tu!

"Kyah! "aku meringis sambil menggosok pipiku kuat.

"Senyum ah sikit. Kita baru dapat result hari ni kot! " Eunwoo bersuara sambil tersengih sumbing. Macam kambing je. Tangannya yang diangkat gaya peace aku pandang menyampah. Pikir cute ke heh?

Ok... Cute gak ah.(jangan beritau Eunwoo aku puji dia kiut. Takut carik pulak boxer monocar poli dia nanti)

Jiwon tersengih melihat gelagat aku dan Eunwoo. Tangan kami kemudiannya lekas-lekas ditarik ke arah kereta miliknya.

Aku pada mulanya cuba meleraikan pegangan tangan Jiwon dari Eunwoo. Biar aku je lah manja-manja ngan Jiwon. Dia tu lelaki, ngade je.

"Ish, pehal ko ni? "
"Biar aku je lah Jiwon pimpin! Yang kau ngade ngade nak gak, asal? "
"Eh eh dia ni! Biar lah aku, bukannya Jiwon pimpin aku guna peluh ko pun! "
"Ah takde tak----"

"Dahhhh!!! Benda kecik pun nak gaduh er? Jalan sendiri ah senang. Tak yah naik kereta aku. " Jiwon melepaskan tangan aku dan Eunwoo kasar. Mesti dia dah menyumpah seranah aku dan Eunwoo dalam hati. Tengok mulut dia yang duk terkumat-kamit macam tengah berzikir tu pun tau dah.

Jiwon lekas masuk ke dalam keretanya. Enjin dihidupkan. Eh, biar betik dia ni nak tinggal aku ngan mamat sewel sebelah ni gitu je?

Aku dan Eunwoo saling berpandangan. Pandangan tu, hanya kami berdua faham.

Sesaat...

Dua saat....

"Alahhhh.... Jiwon..sowwyyy!!"

"Haaahhh.. Bagilah kitorang tumpang kereta kau...kami tak mampu nak ada kereteee! "

Aku mengetuk tingkap kereta Jiwon. Tak lupa juga, mata segera dibulatkan. Biar macam Puss in Boot . Walau aku tahu, mungkin rupanya tak secomel itu. Malah mungkin semakin hodoh. Tapi, ada aku kisah? Konfiden yitu penting ye wahai kawan-kawan.

Eunwoo pula mencebik-cebikkan bibirnya. Pipi sengaja dikembungkan bersama mata yang menyedihkan. Haduh, kalau si Jiwon ni still tak cair aku tak tahu nak cakap apa.

'Vroommm!! ' terkejut beruk aku dan Eunwoo bila tiba-tiba Jiwon menguatkan enjin kereta barunya. Hishh, tahu ah ada kereta baru.

Jiwon mengundurkan keretanya perlahan . Aku dan Eunwoo dah cemas sakan.  Janganlah si Jiwon ni tiba-tiba jadi Hitler, tinggal kitorang betul-betul kat sekolah ni. Dah lah kebanyakan orang dah pun balik. Kalau betul kena tinggal, nak tumpang siapa?

Eunwoo menggoncang-goncangkan badanku sambil tak berhenti membebel. Aduh bingit ah dia ni!

Kereta Jiwon sudahpun berada betul betul di pintu pagar sekolah. Aku dan Eunwoo hanya mampu memandang sayu keretanya yang semakin menjauh.

"Tak nak naik ke woi!" tiba-tiba Jiwon menurunkan tingkap keretanya, lalu menjerit. Kemudian, terdengar pula gelak ketawanya yang mengalahkan mak lampir. Aku dan Eunwoo masing masing membuat muka tak puas hati. Pai hati Jiwon kenakan kitorang!

Kami cepat-cepat pergi ke arah kereta Jiwon. Eunwoo membuka pintu kereta di hadapan, tapi aku cepat -cepat menyelit. Ehek, duduk belakang je lah budak tu.

Eunwoo membuat reaksi jungshook. "Woi, sesedap atok nenek kau je an?!" aku tergelak kuat. Padan muka. Siapa suruh lambat sangat. Macam siput sedut. Nak masuk kereta je pun, macam tengah nak masuk red carpet.

"Kau yang lambat sangat! Mengalahkan line internet aku yang lambat macam siput babi. "

Bulat mata Eunwoo memandang aku, "Apa kau kata? Lambat macam siput bab--"

"Gaduh lagi! Aku tinggal kat sini karang!" Jiwon menempelak.

Aku dan Eunwoo terkulat-kulat. Takut kena jerkah lagi dek singa betina sebelah ni.

Aku kemudian keluar kembali, "Duduk ah. Biar aku duduk belakang," belum sempat aku tarik pintu belakang terdengar lagi suara Eunwoo.

"Biar aku je lah duduk belakang. Kau pompuan duduk ah depan.. "

"Tak pe.."
"Tak, tak kau je duduk depan."

Dan sesi 'tak pe ii' tu pun berlarutan.

"Hish, korang ni! Cepat ah, aku lapar!"dek terkejut dengan jerkahan si Jiwon ni, maka aku dan Eunwoo pun cepat-cepat duduk di seat belakang. Asal selamat dari singa betina yang macam nak terberanak dia punya garang tu.

"Dah ni? Pintu depan yang korang bukak ni siapa nak tutup? " Eunwoo lekas lekas keluar kembali, lalu menutup pintu.

Sebaik Eunwoo duduk sahaja, kereta Jiwon laju membelah jalan. Menuju ke restoran feveret kami, Restoran Kepala Bapak Hengko.

Dan..tanpa aku sedar. Ada juga sepasang lagi mata yang memandangku dari jauh.

*********************

Cerita ni, memang diperah asli dari otak saiya tanpa menciplak mana-mana story orang lain ya. Original gitewww.

Mana mana kisah dalam cerita ni memang takde kaitan langsung dengan yang hidup atau yang dah meninggal dunia. Diharapkan sebarang pengajaran diambil dengan baik. Manakala kalau ada perkara yang tak patut dicontohi, marilah kita bersama sama menjauhinya. Ahhaha

  Karya ori dari @taeletupiq✨


Supportlah member yang baru nak berjinak jinak dengan dunia penulisan ini gais. Pomot ii skett, ahaha.

You're My Orion | JJK✨Where stories live. Discover now