Bab 6

6 1 0
                                    

Kertas result bagi peperiksaan akhir tahun di tangan aku pandang tak bermaya. Nombor 10 daripada 150 orang pelajar? Langsung tak memberangsangkan.

Balik sahaja ke sekolah terus dapat result. Baru beberapa minit yang lepas Elicia, penolong kelas aku menyampaikan kertas ini kepadaku bersama ucapan tahniah. Sebagi membalas, hanya senyuman aku ukir buat ucapannya itu.

Pointer markah pula dipandang. Dah mencukupi syarat untuk melayakkan aku ke universiti, tapi masih kurang untuk aku dapatkan biasiswa. Tak boleh jadi ni!

Aku kena tingkatkan pointer markah dalam peperiksaan saringan nanti. Kalau boleh, jadi top student sekali. Baru senang nak rembat biasiswa, masuk U.

"Kau dapat nombor berapa, Shinhye? "

Eunwoo yang juga sedang memegang kertas keputusan, aku pandang kosong.

Mesti si Eunwoo dan Jiwon dapat top three lagi. Aku nak dapat lima teratas pun susah. Kadang-kadang ada juga nasib menyebelahi aku, dapatlah merasa nombor tiga. Tapi, bukan selalu.

"Nombor sepuluh je. Korang dapat nombor berapa? "

Jiwon dan Eunwoo saling berpandangan. Jelas riak bersalah di wajah mereka.

"Aku nombor dua.. "

"Aku nombor tiga.. " Jiwon membalas sambil tersenyum lemah.

Kan dah kata? Kawan-kawan aku ni memang bijak!

Senyuman manis aku lakar. Bangga aku ada kawan macam diorang. Dah lah berdedikasi, bijak pula tu. Walau hati tengah merasa agak terkilan dengan result sendiri, tapi melihatkan sahabat-sahabat aku dapat result cun pun dah buat aku gembira.

"Tahniah! Tak payah buat muka bersalah sangat lah. Aku tak kisah pun. Bangga ada lah sebab dapat kawan macam korang." Aku berkata bersama sengihan nakal. Sekaligus cuba membuang suasana kekok.

"Thank you, Hye.." Eunwoo berkata perlahan. Laju tangannya mengusutkan rambut hitam paras bahuku. Walau tak tengok cermin dapat aku rasakan dah macam sarang tebuan rambutku sekarang ni. Hasil tangan makhluk tak guna tersebut.

Aku memandang Eunwoo tajam. Muka tak puas hati ditayang. Haih, nasib badan. Ada kawan yang suka sangat sakitkan hati aku.

Renungan maut dituju khas buat Eunwoo. Muka innesen jelas terpamer. Sengaja buat-buat tak faham pula, budak ni.

Aku merengus perlahan. Jiwon dah sumbat bertih jagung ke dalam mulut, sedia nak tengok drama. Mana entah rembat pop corn tu, aku pun musykil.

"Nak sikit pop corn," tangan Eunwoo lantas mengambil makanan di tangan Jiwon. Aku menolak dalaman pipiku dengan lidah. Geram!

"Yaish, Cha Eunwoo!! " memang tunggu masa je ni nak meletus.

"Apa? " masih lagi buat muka tak bersalah. Aku tunjuk rambut yang dah tak serupa rambut ni dengan mata.

"Haih, ye la.. " mengalah pun budak ni. Tangannya ditepuk-tepuk terlebih dahulu, buang sisa habuk pop corn yang terlekat.

Aku tersenyum kemenangan. Baru nak mengalah dia ni. Tunggu darah aku naik dulu agaknya.

Eunwoo kemudian menghampiriku bersama senyuman manis. "Mujur sayang, baby saya ni, " rambutku disisir kembali dengan jemarinya. Lembut.

Terus kejung aku dibuatnya apabila mendengarkan kata-kata Eunwoo tadi. Walau perlahan, aku masih boleh mendengarnya jelas ditelinga comel aku ni.

Kekok tiba-tiba. Padahal ini bukan kali pertama dia berkata begitu kepadaku. Dah banyak kali kami bergurau sebegini. Tapi, entah kenapa aku merasakan ia seolah-olah lain pula kali ini.

"Ah ha ha..kalau tak sayang, tak ada pula kita jadi bestfriend macam ni kan, bi ? "aku cuba menjawab selawak mungkin. Aku tak tahu bi yang aku maksudkan itu mungkin sama ada bermaksud baby atau babi 🌚.

Jiwon di sebelah yang sudah meroyan sakan, kami abaikan. 'Sweet nya' ,'auuww', dan macam - macam lagi aku dengar dari mulut mak cik ni buat aku rasa segan. Tak pernah kekok dowhhh ngan dua orang kawan baik aku ni, tiber je rasa pelik pula hari ni.

Jemari yang lembut menyisir rambut dirasakan tiba-tiba mengeras. Suasana kami diam sebentar. Hanya kedengaran mulut becok Jiwon yang duk habis-habis berfangirling. Ingat kitorang tengah shoot drama ke?

Beberapa minit berlalu. Aku dan Eunwoo langsung masih tidak membuka mulut.

Aku kemudian menolak perlahan tubuh Eunwoo menjauh. Segan wehhhh..... Asal tiber ni ahsnjxjzks??!!

Jiwon yang mengerti susana tegang ini, mendiamkan diri. Baru nak senyap mak cik ni.

Eunwoo berdehem. Aura tegang dapat dirasakan jelas di atmosfera sekitar. Ni suasana aku paling benci. Apabila tiba-tiba, tak ada angin tak ada ribut.. aku dan dua ekor ni jadi awkward.

"Woi, si ayam! "

Suara seseorang yang memanggil ke arah kami, menghancurkan suasan tegang tadi. Fuh, nasib baik ada orang datang!

Aku, Jiwon dan Eunwoo serantak berpaling ke arah sumber jeritan sumbang tersebut.

Seketul arna--maksud aku, seketul anak Jeon sedang berjalan mendekati kami.

Jungkook? Sejak bila dia ada kat sini?

------------------------------------------

TBC






You're My Orion | JJK✨Where stories live. Discover now