"Susah gile weh, paper hari ni!"
Jiwon menyerabaikan rambutnya bersama satu keluhan berat. Rambut separas bahunya yang tadi dijaling, kini tak ubah kelihatan macam sarang tebuan. Aku hanya memandangnya sayu. Yakin ikatan rambut tersebut sudah tentu memakan masa yang lama untuk didandan. Sia-sia je.
"Tu ah pasal! Aku pun rasa macam nak pecah kepala masa tekan kalkulator tadi!" bersungguh Eunwoo menyokong hujah yang diutarakan Jiwon.
Suasana di susur galur itu kian gamat dengan keluhan para pelajar setingkatan aku. Semuanya mengeluh, memikirkan keputusan yang bakal diperolehi bagi paper matematik tambahan kelak. Ada juga kedengaran suara-suara riak yang yakin keputusan subjek killer itu akan diperolehi dengan cemerlang. Biasanya golongan ini golongan kaya. Mesti ada soalan addmath hari ini yang telah dijawab oleh mereka sebelum-sebelum ni. Tuisyen lah katakan.
Aku diam. Malas mahu fikir lebih-lebih. Kang stres pula. Esok ada lagi dua paper. Baik aku rehatkan dulu otak yang tak berhenti bekerja semenjak dua menjak ini.
Semuanya gara gara peperiksaan akhir tahun yang terpaksa dianjakkan menjadi lebih awal. Dua minggu selepas ini, peperiksaan untuk saringan ke universiti pula akan diadakan. Jadi, peperiksaan akhir tahun ni ibarat penilaian awal. Melihat sama ada kami semua sudah bersedia atau belum bagi mengahadapi peperiksaan besar tersebut kemudian.
"Dah kau, Shinhye? Kau tak rasa susah ke soalan tadi? "berkerut kerut dahi Jiwon memandangku.
Rambut serabainya dibetulkan kembali. Eunwoo juga memandangku dengan reaksi yang sama.Aku tergelak kecil lalu mengangguk, "memang susah pun. Tapi aku malaslah nak fikir. Kita ada dua lagi paper. Baik rehatkan otak dulu. "
Jiwon dan Eunwoo mengangguk hampir serentak. Bagiku, buat apa fikir kemungkinan result yang akan keluar? Memeningkan kepala je. Kita dah berusaha untuk jawab sebaik mungkin. Selebihnya kita serahkan saja kepada Tuhan.
Kami berjalan bersama menuju ke dewan makan hostel. Masuk masuk sahaja, sudah kedengaran desas desus para pelajar. Semua pelajar tersengih sengih sebelum terkekeh kekeh ketawa miang. Pelik bin ajaib aku dibuatnya. Jarang dewan makan bising.
Aku, Jiwon dan Eunwoo beratur. Menunggu giliran untuk memgambil hidangan masing-masing.
Jiwon bertanya kepada seorang junior di hadapannya,"kenapa bising lain macam je budak Heureux Highschool hari ni? Ada artis kpop ke datang? "
Junior tersebut mengangguk sakan. Macam nak terputus urat tengkuk je aku tengok. "Bukan artis kpop kak. Tapi, bidadara Korea!"
Eunwoo mencebik dengan reaksi bersungguh junior tersebut. Aku hanya tersengih, sebelum menyiku Eunwoo. Jeles ah tu, ada orang lagi hensem dari dia.
"Bidadara Korea? Datang buat apa? Sejak bila sekolah ni jadi syurga, cam neraka ada ah.. " Han Jiwon ni lah kan. Banyak soal betul.
Mata junior tersebut terkebil-kebil buat beberapa saat sebelum menjawab, "Tak ah, kak. Bidadara Korea tu senanya kerja kat sini! "
"Kerja kat sini? Kerja apa je? " tanya Eunwoo pula.
Terbayang dalam otakku, yang 'Bidadara Korea' tersebut mungkin sehandsome Lee Jong Suk, takpun Seung-gi. Uish, membayangkan saja pun dah meleleh rasanya. Ahahaha, boleh lah cuci masa selalu nampaknya. Sambil makan, sambil menikmati pandangan gitu. Mesti korang jeles an? Hakhak..
"Jadi abang dewan makan, bang! Bolehlah hari hari itew usyar abang abang hensem,auw!" junior lelaki tersebut menjerit sakan. Tangannya melibas libas tangan Eunwoo, gaya mak nyah giteww.
Aku memandang budak lelaki tersebut pelik. Uish, gay ke ape? Aku melihat sekilas nametag budak lelaki itu. 'Boo Seungkwan' uish, nama macam retis Sebongs bak hang.
Tapi, jap! Tadi budak ni kata 'abang-abang' kan? Jadi bukan seorang lah kan? Berapa ekor 'bidadara' yang datang menyerbu tiba-tiba dewan makan sekolah aku ni,dowhh?!
"Abang-abang? Berapa orang yang kerja ni weh? "tanya Eunwoo lagi. Tangannya laju menepis tangan Seungkwan yang menampar lengan mulus miliknya macam sotong. Heh, gedik betul!
Kawan si mak nyah pula tiba-tiba menyampuk, " Lima orang bang!"
"Hah, lima orang?!! "serentak aku, Jiwon dan Eunwoo bersuara. Wow, ni memang bakal menjadi berita tergempak sekolah ni nampaknya.
******************************
Support lah ye wahai readers sekalian, story yang tak berapa nak maju ni. Saiya masih lembap dalam dunia penulisan. Ehek*wink* uhuk, uhuk..
TBC
YOU ARE READING
You're My Orion | JJK✨
Fanfiction"Awak ni misteri lah, " - Yoon Shinhye "Mysterious is a charm. The less you reveal, the more people will wonder, my dear.. " - anak Jeon biskut hangus. Apa yang disembunyikan oleh Jeon Jungkook sebenarnya? 'Cinta itu iabarat kentut, sukar dilepas...