"Serius lah noona. Siapa lelaki tadi? Cam rapat aje.. " bersama sengihan mengejek Sanha bertanya.
Aku memandang adik bertuah aku di sebelah dengan muka unbeliveable. Pandangan kembali difokuskan kepada pemanduan. Kang terbabas naya.
"Mana ada rapat lah. Aku pun tak kenal dia mana.. " dalihku.
"Tak kenal tapi bukan main eh, bersweet-sweet bagai. Berbulu mata aku tahu? Report eomma appa kang! "
Tanganku laju mencubit tangan terdedah Sanha. Main ugut-ugut pula budak ni.
"Dia kerja kat sekolah aku lah. Abang dewan makan.. " lambat-lambat aku bersuara juga.
"Biar betik ko? Abang dewan makan? Muka hensem macam tu layak jadi model ko tau? " Sanha meringis sakit terlebih dahulu sebelum menyambung.
Eh, eh tak percaya pulak budak ni. Aku sepak karang!
"Ikut kau lah..."
******************************
👑TTB ✨
Jiwon Buntat 🌚
Korang tgh buat ape tu?Eunwoo Hanat 😈
Tak pernah ii nak tanye
tgh buat apa sblm niAsal tiber??
Ntahnya Jiwin ni. Kne smpuk agknye??😃
Jiwon Buntat 🌚
Aku rindu korang
lah..Dan boleh x ko sebut
nama aq lek lok, Shinhye
tak guna?Win win, ko ingt
nama aq jenama cekedis
ke sia?Auch,so sweet of u
Biar lah aq pnggl ko win.
Doa biar ko cpt tinggi, win giteww
Eunwoo Hanat 😈
Papejelah korang ni
Jom lepak Starbucks nak?
Jiwin belanja,huehue
Jiwon Buntat 🌚
Aik asal aq lak kene
belanja?Eunwoo Hanat 😈
Ko kan kaya?Ntahnye. Skli skla blnja lah kitorang, Jiwon.
Jiwon Buntat 🌚
Ha ye lah ii.
Pkl 4 roger tau.Suh aq blnja baru nak
sebut btul ii nme aq🐶Eunwoo Hanat 😈
Okehh ii.
Tq, lep u 💕Tq Jiwin
Hakhak tak kish🐭
Aku dan Sanha mengangkat barangan dapur yang telah dibeli, masuk ke dapur. Telefon pintar dimasukkan kembali ke dalam poket seluar. Mengada si buntat Jiwon tu, nak rindu-rindu bagai. Padahal esok dah nak masuk balik asrama.
Aku menyimpan barangan basah ke dalam peti sejuk. Eomma lantas berjalan menghampiri, "lamanya kamu pergi beli barang dapur. Pergi melencong mana-mana dulu ke? "
"Ada orang jumpa buah hati kat pasaraya tadi, eomma. Sempat juga lah tengok drama sebabak tak berbayar. Sebab tu lambat.. " Baru aku nak jawab, si Sanha ni dah menyampuk dulu.
Aku menjegilkan mata ke arah Sanha sambil membuat aksi ingin mencekiknya. Hanat betul saeng aku sorang ni!
"Lah dah pandai ye noona kamu ni! Dulu bukan main anti dengan lelaki. Ngan Eunwoo tu aje lah dia duk berkepit hari-hari," eomma mencebik. Mata dikenyitkan nakal kepada Sanha. Adik lelaki aku tu, apa lagi! Semakin naik bulu lah melayan.
"Haah, eomma. Hensem juga skandal noona tu. Ayam yang noona tengah pegang tu pun dia yang belanja."
Aku memandang ke arah tangan ku lalu mengerutkan muka. Lamek, kenapa aku pegang lagi ayam ni? Bukan aku dah masukkan dalam peti ke tadi?
Eomma tergelak sakan melihat muka cemberutku, "nak tunjuk ayam tu bakal menantu eomma lah yang belanja.. " Aduh sekarang baru aku tahu dari mana sikap suka kenakan orang ni datang!
Cepat-cepat ayam mentah itu dimasukkan ke dalam peti sejuk. Singki dituju lalu paip air dipulas. Basuh tangan. Lagi cepat aku lari dari sini lagi bagus.
"Malu lah tu~" K, kali ini aku rasa aku betul nak tampar si Sanha ni laju-laju. Melalak aje dari tadi.
"Bawa lah jumpa eomma nanti, Hye. Nak jumpa juga bakal menantu eomma tu," eomma sempat ketawa kecil lalu menepuk bahuku perlahan.
"Mana ada lah eomma. Si Sanha tu je over. Orang dengan lelaki tu cuma.. " lama aku berjeda.
"Cuma apa? "eomma bertanya bersama kerutan di dahi.
Entah lah. Aku pun sebenarnya tak tahu apa hubungan aku dengan si Jungkook halimunan tu. Abang dewan makan dengan seorang pelajar, atau hanya stranger yang bersosial seperti kebanyakan manusia lain?
"Dia kerja kat dewan makan sekolah orang je lah. Tu kenal. Tapi, kalau eomma nak bela dia buat anak ikan pun boleh aje~"
Eomma menjegilkan mata. Tangannya aku lihat sudah siap sedia nak mendarat di tangan gebu aku yang ditutupi lengan baju.
Tengok sahaja 'tangan ketam' tu, sekali menggigit mahu berbekas biru lengan aku. Aku menggigit bibir. Langkah seribu pantas dibuka. Lari!
"Yah, Yoon Shinhye! Eomma belum selesai lagi dengan kamu."
Aku memandang ke arah belakang. Melihatkan eomma yang pantas menyusun langkah besar mengejar, apa lagi. Bertambah lah kelajuan larian aku.
"Ampun eomma! Sanha tolong lah akuuu!! "
Sanha mengangkat bahu, langsung tiada tanda-tanda mahu membantu. Earphone di sumbat ke dalam telinga. Baik dengar lagu 'Snapshoot' abe sebenteen.
Bertuah punya adik!!
--------------------------------------------------
TBC
YOU ARE READING
You're My Orion | JJK✨
Fanfiction"Awak ni misteri lah, " - Yoon Shinhye "Mysterious is a charm. The less you reveal, the more people will wonder, my dear.. " - anak Jeon biskut hangus. Apa yang disembunyikan oleh Jeon Jungkook sebenarnya? 'Cinta itu iabarat kentut, sukar dilepas...