"Noonaaaaa!! Bangun!"
Selimut Doraemon milikku ditarik kuat. Aduuhh, Kacau tidur aku betul lah."Apa kau nak huh budak? " terpisat pisat aku bangun juga. Nak tidur.. aku belum puas melepaskan rindu terhadap katil. Sebulan kot duduk asrama, rindu katil tak usah cakap lah.
"Noona, eomma suruh beli barang dapur lah! Pukul 9 nanti kita keluar!!" Yoon Sanha, adik lelaki aku menjerit kuat di tepi telinga. Yah, budak ni memang nak suruh aku pekak kan?
Mukanya aku tolak guna tapak tangan. Awal lagi kot! Aku rasa baru beberapa jam aku tidur. Erk, betul ke?
"Awal lagi lah.. "
"Awal apa nya?! Dah pukul 8:15 lah weyh! " bantal bercorak kartun Nobita, Sanha ambil buat pukul kepala ku.
"Ish, ko ni! Awal lah tu. Aku bersiap setengah jam je lah," aku membalas malas. Badan direbahkan kembali ke atas katil sambil menguap kecil. Sedapnya tidur!!
Sanha meraup rambutnya kasar. Frust lah ada kakak serupa badak dia punya malas!
"Dah ah ko! Baik aku turun masak breakfast. Nak harapkan ko sampai besok ler aku kebulur," pintu bilikku ditutup kuat. Ha, maghog maghoh. Nanti cepat tua baru tau.
Aku ingin menyambung tidur kembali. Seminit, dua minit berlalu. Mata dah tak boleh sambung tidur lah pula.
Semua salah Sanha. Dia tak tahu ke penat duduk asrama tiga minggu ni. Semalam baru aku balik. Eomma suruh aku tolong angkat pasu bunga pula. Rajin pula eomma tiba-tiba berkebun hari tu. Memang kelmarin hari aku angkat barang eh?
Katil bercadarkan kartun biru Jepun itu aku kemaskan kembali. Tak kemas, nanti ada dengar Puan Yoon membebel. Dah biasa pun aku dengan peraturan yang satu ini. Kemudian, aku terus bersiap.
----------------------------------
Lepas makan sarapan bersama, aku dan Sanha terus bergerak ke pasar raya berdekatan. Beli barang dapur. Eomma katanya tak berapa larat nak ke kedai. Appa yang tak bekerja hari ni, pula katanya mahu teman eomma. Nak bermesraan berdua lah tu, macam aku tak tahu.
Kereta appa aku parkir penuh berhati-hati. Sanha keluar dari kereta sambil sibuk menaip di telefonnya. Apa yang sibuk sangat pun aku tak tahu.
Kami berjalan beriringan. Aku tengok Sanha dari tepi. Dah tinggi Sanha ni. Dulu paras bahu aku aje. Cepat nya masa berlalu. Dulu selalu sangat aku usik dia, kata dia pendek. Sekarang aku cuma paras bahunya pula. Hanat betul adik aku ni, membesar dengan hensem pula tu. Aku je potato lagi.
Sanha mengambil sebuah troli. Kami berjalan ke bahagian barangan basah. Sambil berborak kosong, aku sempat mencapai nuget kegemaran.
"Weh, noona. Aku nak pergi ambil air Solivite jap,"kata Sanha. Ibu jarinya diarahkan ke arah peti sejuk. Dah besar pun minum air macam tu lagi. Ok, baru aku rasa adik aku tu sebenarnya masih kecil.
"Pergi ah ko. Aku nak pilih ayam dulu. Nanti dah siap ko tunggu aku kat tempat buah-buahan tu. Ambil kan juga sekilo bawang," sempat aku berpesan kepada Sanha. Dia mengangguk lalu terus melangkah pergi.
Aku membelek-belek ayam di sini. Takde ayam segar sikit ke? Nampak macam dah membiru je semua.
Sedang aku membelek, ada seekor ayam di bahagian tepi sekali seakan melambai ke arah aku. Haaa, yang tu nampak masih segar.
Baru tanganku mahu meraih ayam di situ, ada pula tangan orang lain yang dah capai.
Woi, tak nampak ke aku tengah struggle nak ambik ayam tu! Salah satu masalah orang pendek, selalu saja kena buli.
Aku memandang tuan punya badan yang berani merampas ayam segar itu dari aku.
"Nak yang ni bang! " ewah sedap ek dia ambik ayam tu. Dah ah langsung tak pandang aku.
"Encik Jungkook. Awak tak nampak ke saya dulu yang ambik ayam tu? " tanya aku dengan muka tak puas hati.
Jungkook memandang aku atas bawah. Apa? Tak pernah nampak orang pakai baju t-shirt dengan seluar track ke pasar raya ke? Dia lalu tergelak kecil. Sinis!
"Aku tak nampak ada tangan pun masa aku nak ambil ayam tadi. "
Aku tergelak kuat mendengar jawapan ringkasnya. Laju kaki ingin melangkah pergi ke arahnya yang sedang berdiri elok di hadapan kaunter tempat timbang ayam.
"Awak ni memang tak---akhh! "
Kaki aku yang hanya bersarung selipar jepun tiba-tiba tergelincir. Tak guna punye pak cik bangla. Asal lah kat sini dan masa ni juga dia nak mop lantai?!!
Bersedia lah wahai kepala untuk mendarat atas lantai keras ni. Hamba redooo..
Dunia terasa gelap. Sia-sia buat freeshow lawak kat sini.
Lama aku tunggu. Bila kepala aku nak berlaga dengan lantai ni? Tak rasa sakit pun. Dah mati ke aku? Kenapa hidung aku bau something wangi sangat ni? Ke dah sampai syurga?
"Dah. Takyah tutup mata sangat," aku cepat-cepat buka mata. Yak, dada Jungkook betul-betul depan muka aku. Terus menderau darah ke muka. Aku menolak dadanya kuat.
'Bukk! ' Auch, belakang aku! Ada juga patah tulang belakang aku ni.
"Yahhh! " sebal aku dibuatnya. Bertambah merah muka aku. Bukan sebab malu aje, dah bercampur geram dibuatnya. Boleh pula dia lepas aku macam tu aje. Dah ah tak bagi warning dulu!
Jungkook tersenyum. Dia memalingkan muka ke belakang. Kelihatan bahunya terhinjut-hinjut. Ketawakan aku lah tu. Dasar anak Jeon tak guna.
Aku cepat-cepat bangun. Mujur tak ramai yang tengok. Ada beberapa mak cik sahaja yang sedang sibuk memilih ikan. Mereka mengeleng kepala, lalu memandang aku dan Jungkook bersama sengihan. Membawang ler tu!
"Shinhye! Asal kau duduk atas lantai tadi?" Sanha yang penuh tangannya dengan barangan dapur tiba-tiba menegur. Dia kemudian menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Aku berkelah kat sini! Asal? Nak join ke? " jawab ku sinis. Boleh lagi tanya soalan bangang macam tu.
"Ahahahahahaha! " terbahak - bahak Jungkook ketawa. Tak tahan lah tu. Lawak sangat ke duh aku jatuh.
Erm...ke muka aku tadi macam beruk nak terberanak? Ah kesah apa, siapa je boleh buat muka cantik bile hampir jatuh an?
Bertambah lah kerutan di dahi Sanha. Aku menarik tangannya, ingin berlalu. Dah ah, baik beli ayam kat pasar esok je.
Tak sampai dua langkah, tangan aku ditarik lembut dari belakang.
"Sorry. Nah ambil lah ayam ni," Jungkook berdiri di hadapanku sambil menghulur ayam tadi yang sudah dibayar kepada aku.
Aku ingin berpaling, malas mahu berlama menghadap muka kacak Jungkook. Erk, sempat lagi puji eh?
Lepas dah gelakklan aku bagi ayam pula. Ingat aku terpujuk?
"Tak nak takpe! Ayam ni besar, aku dah bayar pula tu~"
Aku lantas berlari kembali ke arah lelaki itu. Dia tertawa sambil menghulurkan ayam tadi kepadaku.
"Gomabseumnida, " ayam dirampas kasar. Aku terus berlalu.
"Ahahahhaaha, " dengar lagi ketawa Jungkook. Memang dia mudah terhibur ek? Haritu kat dewan makan bukan main garang.
Muka terasa kebas. Sekali-sekala buat muka tembok tak pe lah.
Aku pergi ke arah Sanha yang sedang sibuk meletak barang ke atas kaunter pembayaran.
"Siapa tu noona? " sempat Sanha bertanya.
"Oh orang gila.. " Sanha membuat muka tertanya tanya mendengarkan jawapanku.
Aku mengabaikan mukanya itu. Sempat kepala dipalingkan ke arah Jungkook berdiri tadi. Dia masih di situ, memandang aku sambil tersenyum. Terpana aku dibuatnya apabila melihatkan senyuman manisnya itu.
Aku cepat-cepat berpaling kembali. Tanpa aku sedar, terukir sebuah senyuman dibibir.
TBC
YOU ARE READING
You're My Orion | JJK✨
Fanfiction"Awak ni misteri lah, " - Yoon Shinhye "Mysterious is a charm. The less you reveal, the more people will wonder, my dear.. " - anak Jeon biskut hangus. Apa yang disembunyikan oleh Jeon Jungkook sebenarnya? 'Cinta itu iabarat kentut, sukar dilepas...