Bab 7

5 1 0
                                    

RESTRICTED AREA

Itu yang terpampang. Warna merah siap. Cukup untuk memberi amaran. Yang membaca pun rasa gerun. Apatah lagi setelah membaca denda yang akan dikenakan kepada mereka yang berani menceroboh kawasan ini.

"Eh, awak! Nak pergi mana tu? "

Jungkook yang masih selamba berjalan memasuki kawasan taman tersebut, aku pandang tak berkedip. Tak pandai membaca ke apa orang tua ni? Sah-sah dah tertulis ni kawasan larangan. Berani lagi dia masuk.

Jungkook berpaling. Muka beku ditayang. Tanpa langsung mempedulikanku, dia kemudian meneruskan kembali langkahnya yang tergendala sebentar tadi.

Sambil berjalan, Jungkook juga kelihatan seperti sedang membebel akan sesuatu. Tapi, sepatah haram yang dibebelnya pun aku tak dengar dek tubuhnya yang kian menjauh.

Kepala aku toleh laju. Toleh kiri, toleh kanan. Toleh kiri, toleh kanan. Sampai hampir terteleng kepala rasanya.

"Kalau tertangkap ni naya.. " monologku sendirian.

Bukan apa, aku cuma nak pastikan line clear terlebih dahulu. Kot lah ada orang nampak aku menceroboh kawasan larangan sekolah. Kalau tertangkap, mau masuk berita sekolah lah jawabnya.

Bila dah pasti tiada siapa yang melihat, aku cepat-cepat mengikut jejak langkah si Jungkook. Dia kelihatan sudah elok bersila di atas sebuah wakaf yang terletak di tengah-tengah taman.

Sesekali terlihat juga rambutnya yang lembut beralun ditiup angin petang. Sekilas tengok, dah macam iklan syampu gayanya.

Pandanganku dililaukan pula meneliti kawasan sekitar. Ada sebuah kolam ikan yang terletak betul-betul dihadapan wakaf tadi.

Di sekeliling kolam itu pula, tertanam bermacam jenis pokok bunga. Warna bunganya yang pelbagai serta ceria, menambah seri taman ini. Cukup untuk buat seketul Shinhye terpesona.

"Tak payah lah sampai ternganga-nganga mulut tu.. "

Jungkook tiba-tiba datang mendekat lalu menutup mulutku dengan tangannya. Sejak bila dia datang? Bukan tadi dia tengah buat 'iklan syampu' ke?

Kepala yang tidak gatal, digaru lembut. Malu pula bila si Jungkook ni tegur. Nampak sangat yang aku jakun. Buat malu kaum je. Dah lah tengah elok duk terpacak di tengah-tengah alam.

"Ehehehe.." aku sengih kambing lalu cepat-cepat pergi ke arah wakaf.

Jungkook tersenyum kecil. Sekejap je lah. Tak sampai sesaat datang balik muka beku dia.

Aku duduk di wakaf sambil menghirup udara segar. Jungkook sudah elok bersandar di sisiku.

"Err, sejak bila kawasan ini ada?" Aku bertanya. Memecah kesunyian.

Dah lima tahun aku duduk sekolah ni, tak pernah sedar pun yang belakang dewan makan asrama ni rupanya ada taman bunga. Cantik pula tu.

"Dah lama juga rasanya. Mak cik Jisoo kata dah dekat tiga tahun.."

Jungkook mengambil beberapa saat sebelum membalas. Tenang.

Aku pula yang terkejut, mendengarkan bahawa taman ini sudah dibina lama. Sejak aku menengah rendah lagi rupanya. Kenapa tak ada pelajar yang heboh pasal tempat ni pun?

"Aku baru seminggu kerja sini. Jadi tak tahu sangat. Kau yang patut lebih tahu."

"Tapi saya tak pernah tahu pun belakang dewan makan ni ada taman bunga.. Pelajar lain pun tak pernah rasanya lepak sini kan? "

Melihatkan taman ini yang elok dijaga pun dah tau. Kalau bagi kat budak ni mahu hancur lah pokok-pokok bunga kat sini. Paling tidak pun jadi port lepak.

Jungkook mengangguk, "Iya, sebab taman bunga ni pelajar sebenarnya tak dibenarkan masuk. Kakitangan sekolah je boleh lepak sini."

Aku mengerutkan dahi. "Dah yang awak bawa saya sini kenapa?" pelik-pelik je anak Jeon ni. Nak suruh aku kena denda ke apa, menceroboh 'syurga mini' sekolah?

"Sebab kau special case. "

-------------------------------------------------

TBC

You're My Orion | JJK✨Where stories live. Discover now