Kelas 5A-1 gamat dengan suara bingit para pelajar. Mentang -mentanglah hari ini ramai cikgu tidak dapat menghadiri kelas kerana mesyuarat tahunan yang diadakan secara tiba-tiba, semua ambil peluang untuk berjimba.
Tambahan pula peperiksaan akhir tahun, tiga hari sudah berlalu. Apa lagi, sakanlah buat pesta bebas.
Tak sedar gamaknya, masih ada peperiksaan saringan untuk ke universiti yang perlu diduduki lagi dua minggu. Ish, ish..
Kipas yang ligat berpusing, aku renung tak berkedip. Haih, aku sebenarnya masih belum bersedia untuk meninggalkan zaman persekolahan.
Di universiti, pasti kos sara hidupnya lebih tinggi. Aku nak cekau mana duit nanti? Nak mengharapkan eomma appa pun, aku rasa gaji mereka hanya cukup untuk perbelanjaan harian kami sekeluarga. Kalau aku dapat biasiswa, lain lah cerita.
Telefon bimbit yang tiba-tiba bergetar, menyentak lamunan ku. Siapa pula wassap ni? Spoil betul lah. Poket blazer diseluk malas.
👑TBB💄(Team Bangkit Berjemaah)
Jiwon Buntat🌚
Weh, jom lpk rooftop.
Bosan hanad kelas.
Leh gak, aq un tgh bosn.
Eunwoo Terencat 😈
Korang ni memang tak pdn
dgn MPP an?Jiwon Buntat 🌚
Tau ah KP. Tak yah
ah kerek sangat.
Entahnye. Member dah maju,Won. Kite bile lagi?
Eunwoo Terencat😈
Ye lah ii, krang grk ah lu.
Aq ad hal nk settle jpMentang - mentanglah dia Ketua Pelajar, sempat ek ungkit pasal MPP? Eunwoo ni sejak dah jadi KP selalu saja sibuk. KP bertanggungjawab lah katakan.
Setelah beritahu Mark, tablemate aku--bahawa aku ada hal di luar sekejap, aku terus keluar dari kelas. Kantin menjadi tempat pertama aku tuju terlebih dahulu. Nak beli air. Baru syok lepak sambil minum.
" Samcheon, nak air laici sejuk tiga! Bungkus ye, "
Pak cik Jongdae terus mengangguk. Tangannya ligat membuka tin laici, sambil menggumam lagu terbaru Exo, 'Obsession'.
"Samcheon! Samcheon pun dah dengar lagu Obsession ke?"
Wahh, tak sangka pengaruh Exo ni sampai ke orang tua pun boleh tahu.
Pak cik Jongdae berpaling. "Iya, apa kamu ingat aku tua sangat ke? Baru 30 lah," dia mencuit sedikit hidungnya. Hebat!
"Samcheon, samcheon! Samcheon suka siapa dalam tu? "
"Aku suka Chen. Ramai orang kata muka kami ada iras, " tersengih bangga, pak cik Jongdae menjawab.
Aku perhati muka pak cik Jongdae dalam-dalam. Haah lah, memang ada iras. Asal aku tak pernah perasan selama ni?
Usai bercakap tentang kehenseman ahli-ahli kumpulan Exo tersebut, pak cik Jongdae kemudian menghulurkan tiga bungkus air kepadaku.
Aku menghulurkan beberapa keping duit, mengambil bakinya lalu terus melangkah menuju rooftop. Sempat ucapan terima kasih aku berikan kepada pak cik Jongdae. Dia hanya mengangguk sambil terus melayan lagu di
I-pod miliknya.Siulan kecil kedengaran dari bibirku. Nak menyanyi sebenarnya. Tapi masa ni jugaklah semua jenis lagu tak keluar dari otak aku. Jadi, aku pun reka sendiri rentak lagu melalui siulan.
"Tak elok bersiul. Anak dara apatah lagi, tak manis dipandang. "
Suara yang tiba-tiba menegur dari belakang mengejutkanku. Hampir sahaja plastik air di tangan terlepas.
"Kapchagiya! Yah kenapa ka--, ehem, awak ada kat sini pula? "
Rasanya tak elok lah pula bahasakan dia ni, 'kau'. Manatau kalau Jungkook ni lagi tua dari aku. Kang ditegurnya kata aku tak beradab pula.
"Aku nak pergi hantar air-air mineral ni ke bilik guru. "
Oh, aku ingatkan dia ikut aku tadi. Tak de ah, gurau je. Memang nampak dia tengah bawa kotak besar di tangan.
************************
"Huh, beratnya lah kotak pun! Ada botol mineral ke batu dalam ni, " aku mengeluh. Haish, berpeluh dibuatnya. Aku jarang nak berpeluh sangat kat sekolah.
Jungkook mengerling ke arahku. Menyampah lah tu tengok aku mengeluh.
Kotak sederhana besar, tapi beratnya buat aku macam nak tercirit Jungkook letak tepi dinding luar bilik mesyuarat.
Dia kemudiannya terus pergi. Tak ucap terima kasih pun ke? Aku dah tolong dengan segala kudrat termampu aku kot untuk tolong dia angkut kotak berat ni.
Lagi pula, dia yang paksa aku suruh angkut kotak ni sekali. Siap nak baca hadis lagi, menolong orang tu amalan mulia. Sebab malas dengar dia membebel, aku terus setuju untuk tolong.
Tapi, ni dia dah pergi macam tu aje. Hek elleh, baik aku tak yah tolong tadi. Nasihat orang bukan main, dia sendiri tak nak buat.
Aku merengus. Air laici yang sudah sedikit cair, aku ambil dari atas kotak tadi.
"Gomawo, " uish, lemah jantung mak! Sekali lagi aku terperanjat. Mana tak nya, elok je aku berpaling Jungkook ada di belakang aku.
Sebungkus plastik dia hulurkan kepada ku. Selepas memaksa aku untuk mengambilnya, dia terus berlalu pergi. Sekali lagi. Macam ada kuasa teleport. Tak sempat aku nak ucap apa-apa.
Plastik dibuka. Tiga biji epal. Aku tersengih. Macam tau tau saja aku memang nak pergi lepak bertiga.
Aku kemudian berlari naik ke rooftop. Kelihatan Eunwoo dan Jiwon sedang ralit berbincang. Macam serius saja.
"Yah, bincang pasal apa? Macam serius je aku tengok! " aku menepuk kedua dua mereka lalu terus duduk di sisi Jiwon.
Eunwoo hanya beriak biasa. Jiwon pula kelihatan agak menggelabah. Aik, asal Ji win🌚 gelabah pelik ni?
"Tak de pape ah. Aku ngan Jiwon sibuk bincang pasal hal kewangan MPP je. Kau tahu kan, Tuan Choi memang suruh kita handle sendiri jamuan akhir tahun MPP nanti. Jadi aku nak pastikan kewangan kita mencukupi, "
Setelah suasana diam buat seketika, Eunwoo baru lah jawab soalan aku. Lagak soalan cepumas aje. Padahal soalan biasa je pun.
"Oh ye eh? Asal bincang dengan Jiwon aje? " pelik pula aku. Biasanya kalau perbincangan sebegini, pasti Eunwoo buat mesyuarat MPP.
"Ah,-ah..kau lupa ke? Aku kan bendahari majlis. Mestilah aku yang handle duit apa semua ni. "
Iye tak ye juga. Aku lupa si Jiwon ni bendahari MPP.
"Hah, kau asal lambat? Lama kitorang tunggu kau. Nama je ketua exco disiplin," Eunwoo mencebik. Jam tangan dibelek.
"Halah, aku tolong orang ah tadi."
"Uwau, sejak bila kawan aku ni baik hati tolong orang? " Jiwon menepuk bahu aku kuat. Woi, sakit hanatttt.
"Ish, ko ni. Aku tolong orang pun kau nak perli ke? "
Jiwon hanya tergelak kecil. Dia kemudian memandang plastik -plastik di tangan aku.
"Plastik apa kau bawa ni?"
"Entahnya. Banyak pula aku tengok, "Eunwoo merampas plastik -plastik dari tangan aku.
"Aku ada beli air untuk kau orang. Dun weri, hari ni aku belanja." kembang kempis hidung aku menjawab. Entah hantu apa sampuk aku hari ni, baik hati pula nak belanja orang. Biasanya aku kedekut gila.
"Dah ni siap ada epal lagi. Kau rembat mana? "
Eunwoo menggigit epal tersebut. Basuh pun tak budak ni.
"Ada orang bagi.. "
---------------------------------------
TBC
YOU ARE READING
You're My Orion | JJK✨
Fanfiction"Awak ni misteri lah, " - Yoon Shinhye "Mysterious is a charm. The less you reveal, the more people will wonder, my dear.. " - anak Jeon biskut hangus. Apa yang disembunyikan oleh Jeon Jungkook sebenarnya? 'Cinta itu iabarat kentut, sukar dilepas...