Teaser 14

475 11 0
                                    


TIGA figura di hujung jalan itu sedang berjalan menuju masuk ke dalam butik pengantin. Mata Dhani jelas menangkap butiran yang tertulis di situ.

Butik Pengantin Sri Ayu.

Entah apa yang dia rasa kini. Sayu, geram, marah, luluh. Semuanya bergumpal menjadi satu. Dhani tidak tahan lagi. Terasa benar-benar dikhianati.

Tanpa berfikir panjang, Dhani meninggalkan motosikalnya. Kaki diatur melintasi jalan raya untuk ke seberang sana. Dia harus membuat kepastian!

Dua minit berjalan kaki, Dhani menghampiri Butik Pengantin Sri Ayu.

Apakah semudah ini? Secepat ini?

Dhani menolak daun pintu kaca perlahan. Secara diam-diam dia menyusup masuk tanpa disedari tiga figura yang dilihatnya tadi. Barisan baju-baju yang tergantung cantik di situ dibelek satu persatu. Cuma sebagai persediaan jika dia dilihat tiga figura itu.

"Majlisnya sebulan lagi. Tak salahkan kita mulakan dari sekarang. Ibu nak yang terbaik untuk kamu, Amri. Anak ibu mesti cantik atas pelamin nanti."

Dhani yang memasang telinga terkejut bukan kepalang.

Amri? Nama lelaki tu Amri?

Dhani tidak mengenalinya. Tapi dari percakapan Puan Kalsom, dia benar-benar yakin itu bakal menantunya. Dhani menjenguk kepalanya lagi memandang Aisya yang hanya diam mematung di situ.

"Ibu yakin anak ibu setuju ni? Amri tak mahu paksa. Kita boleh je tunda dulu ibu, sampai dia betul-betul bersedia." Amri pandang Aisya seraya menguntum senyum namun gadis itu hanya memandang tanpa apa-apa reaksi.

"Ibu dah dapat persetujuan, Amri. Tak ada paksaan pun. Kamu jangan risau. Tak apa. Teruskan je. Pergi pilih baju mana yang kamu berkenan. Ibu okey je asalkan kamu berdua pun suka." Senyum Puan Kalsom meleret.

"Alhamdulillah ibu kalau macam tu. Sya dah ready ni?"

Aisya angkat muka. Perlahan kepalanya diangguk. Dhani di balik sana mengepal tangan penuh amarah.

🤕🤕🤕

Siapa nak order jgn lupa ya wasap saya 017 5816031

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Siapa nak order jgn lupa ya wasap saya 017 5816031.


arenayidin

26 November 2019

Saat Harus Memilih [ SUDAH TERBIT ]Where stories live. Discover now