Teaser 19

478 6 4
                                    


"SELAMAT tengah hari, cikgu! Dah-dah la tu terkejut. Macam nampak hantu je ni." Dhani menegur dengan sengihnya yang panjang.

Menyedari dia ditenung Dhani sedemikian rupa, Aisya memutuskan pandangan mata mereka berdua. Tertunduk sekilas gadis yang bergelar tunangan Dhani itu seketika menahan rona merah di pipinya.

"Ada apa abang?"

"Nah!" Jambangan bunga dihulur Dhani diiringi senyuman penuh cinta.

Tangan Aisya laju menerima pemberian Dhani seraya jambangan mawar merah itu dihidunya sekilas. Bau harum menusuk hidungnya. Matanya terpejam buat sesaat lalu membukanya kembali.

"Terima kasih, abang!"

"Sama-sama kasih!" Satu kenyitan mata Dhani beri, kali ini penuh pandangan romantis pula. Aisya di hadapan kelihatan salah tingkah dengan sikap Dhani yang semakin pelik itu.

"Ada apa abang datang ni? Tak pernah pun abang datang kat sini." Aisya aju soalan memutuskan pandangan romantis Dhani.

"Saja. Rindu!" Dhani tayang sengih.

"Abang... seriuslah!"

"Mana ada abang main-main. Serius la ni. Sya tak rindu abang ke?" Lelaki itu semakin berteka-teki pula.

Aisya mulai tidak keruan."Abang nak ajak Sya keluar makan ke? Hari ni abang tak kerja?"

"Kerja."

"Habis tu?"

"Saja datang nak jumpa buah hati abang ni."

"Hari ni kerja bawa kereta?" tanya Aisya lagi semakin penasaran. Kereta Alza milik Dhani dikerling.

"Ya. Sebab nak jumpa Sya."

"Ada apa, abang? Jangan main-main. Sya cubit nanti!" Geram Aisya.

Dhani gatal😂😂😂tapi romantis juga.

Dhani gatal😂😂😂tapi romantis juga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Blh juga hubungi di no whatsapp saya ya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Blh juga hubungi di no whatsapp saya ya. 017 5816031.


arenayidin

02 Disember 2019

Saat Harus Memilih [ SUDAH TERBIT ]Where stories live. Discover now