Teaser 9

543 18 0
                                    


"KALAU tak nakkan si Ayie tu, Aisya nak harapkan siapa? Jangan cakap kamu tunggu si Dhani tu! Ingat, dia tu banyak buat masalah. Cerewet dan kedekutnya minta ampun. Kalau kamu kahwin dengan dia, makan pasir la kamu tu jawabnya." Aisya terkedu. Itulah bebelan Puan Kalsom sebelum meninggalkannya tadi.

Sampai hati ibu cakap Abang Dhani macam tu. Hina sangat ke kalau Abang Dhani tu cerewet? Buruk sangat ke kalau Abang Dhani tu kedekut? Semua orang boleh berubah. Kenapa Abang Dhani tidak? Jadi, apa yang salahnya?

Aisya peluk bantal erat di dadanya. Sakit hatinya. Sesak nafasnya saat itu.

Kenapa pula ini dijadikan isu? Kenapa pula sengaja membutakan mata hendak menafikan hak Abang Dhani yang dia juga boleh berusaha untuk berubah?

Mungkin Abang Dhani hina di mata ibu kerana dia tidak bekerja jadi pegawai besar macam Abang Ayie. Mungkin itu yang cuba diperkatakan oleh ibu. Kasihan Abang Dhani!

Kalau dia tahu hinaan ibu, tentu dia berkecil hati. Betapa mudahnya seseorang itu menilai sesuatu pada zahirnya dan Abang Dhani yang menjadi mangsa itu.

Kalau begini sikap ibu kepada Abang Dhani, kenapa ibu menyuruh aku menghantar kuih ke rumah pemuda itu hampir setiap petang? Apakah maksud dan muslihat ibu yang sebenarnya?

😲😲😲

Yg belum order,  masih sempat lagi ya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yg belum order,  masih sempat lagi ya... 🤗

arenayidin

24 November 2019

Saat Harus Memilih [ SUDAH TERBIT ]Where stories live. Discover now