Last day preorder

316 6 0
                                    

LAST DAY PRE-ORDER!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


LAST DAY PRE-ORDER!

Pm saya di no whatsapp 017 5816031 untuk tempahan.

FOLLOW 👈
LIKE 👍
SHARE 💟

PENULIS :Arena Yidin
TAJUK: 🌻SAAT HARUS MEMILIH🌻
"Jika begini lebih baik aku pergi."

🌻PART 6🌻

"Awak... terima kasih ya dah tolong saya! Terima kasih sangat-sangat. Sebenarnya, saya dah lama tak bawa basikal. Tak pasal-pasal jatuh. Mesti kakak saya mengamuk tu tengok basikal dia dah rosak."

"Err... boleh saya tanya? Awak bukan orang sini ke? Saya tak pernah nampak awak sebelum ni." Dhani penasaran. Jawapan gadis itu ditunggu penuh debaran.

"Mak ayah saya memang asal sini, awak! Tapi saya tak tinggal sini. Saya tinggal kat Melaka, rumah abang saya. Baru tiga hari saya balik. Pindah tinggal sini semula..." cerita gadis itu.

"Oh! Boleh saya tahu kenapa pindah sini semula? Err... kalau awak tak kisah dan rasa soalan saya tak keterlaluan." Dhani diburu rasa segan dengan pertanyaannya. Nampak seperti busybody agaknya.
Gadis itu mengulum senyum. Aduh! Senyumnya manis. Dhani jadi tidak keruan.

"Abang ditukarkan tempat kerja. Kena pindah jauh di luar tanah air. Jadi, saya tak mahu ikut. Saya buat keputusan balik ke sini tinggal dengan ibu." Gadis itu menyambung.

"Oh macam tu. Kat Melaka, awak kerja?" Dhani aju soalan lagi. Macam interview pulak banyak pertanyaannya.

"Saya guru tadika!"

"Oh! Patutlah!" Dhani mengangguk.

"Apa yang patut?" Gadis itu mengerutkan keningnya, tidak mengerti dengan ucapan Dhani.

"Cikgu rupanya! Patutlah lembut orangnya. Mesti penyayang pada kanak-kanak, kan?" Dhani cuba meneka.
Gadis itu tersipu malu. Kakinya yang sudah berbalut kerana terseliuh itu seperti hilang rasa sakitnya. Teruja dia bersembang dengan pemuda yang menolongnya ini. Pelik tetapi baik hati!

"Takdelah! Biasa-biasa je!"

"Amboi-amboi... korang berdua ni dapat menyembang, lupa abang kat sini, ya? Macam tak wujud pula abang ni rasanya." Perbualan mereka berhenti dengan teguran Abang Lan.

"Eh, maaf abang ya! Terima kasih juga pada abang sebab dah tolong hantar saya ke klinik. Ni tolong hantar balik pulak..." Gadis itu tersipu malu.

"Hmmm... takde hal la dik. Eh, lupa pulak nak tanya nama kamu siapa, ya?" Abang Lan bertanya berhasil membuat senyum Dhani meleret.

"Aisya, abang. Aisya Marissa nama saya. Panggil Aisya je," balas gadis itu seraya menguntum senyum.
Abang Lan mengangguk sementara Dhani tersenyum sambil memejam mata seketika.

Aisya Marissa!

'Dahlah manis orangnya. Namanya pulak buat hati ini sejuk!'

"Abang! Abang!"

"Ya, Aisya?"

"Hah? Aisya? Ni adik la, abang! Dhira! Aisya mana pulak ni?" Lamunan Dhani pecah tiba-tiba.

😛😛Tengah angau rupanya...

#supportpenulisbaru
#supportilhamsantai

arenayidin

12/12/2019

Saat Harus Memilih [ SUDAH TERBIT ]Where stories live. Discover now