Tiga Hari Lagi

388 5 0
                                    

DHANI- AISYA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


DHANI- AISYA

SAAT HARUS MEMILIH

"Jika begini lebih baik aku pergi."

Seperti biasa, ikuti langkah dibawah ya.

FOLLOW 👈
LIKE 👍
SHARE 💟
TAG 5 ORANG RAKAN ANDA

PENULIS :Arena Yidin
TAJUK:🌻SAAT HARUS MEMILIH🌻
"Jika begini lebih baik aku pergi."

🌻PART 18🌻

SEMINGGU sudah berlalu setelah kejadian ragut itu. Puan Kalsom juga sudah dibenarkan keluar dari wad dan kini sudah berada di rumah. Wanita itu resah menunggu figura yang belum tiba itu.

Sudah setengah jam Aisya pergi ke rumah Dhani, mengajak lelaki itu datang ke sini. Puan Kalsom tidak keruan di tempat duduknya. Mundar-mandir dia di muka pintu.

"Duduk la dulu, ibu. Ini kan hari minggu. Mungkin Dhani keluar jogging. Kata Sya, itu kebiasaan dia hari cuti. Tak lari ke mana si Dhani tu, ibu. Kejap lagi sampailah!" Aini menegur.

"Ayah pun rimas tengok ibu kamu ni, Aini. Tak bersabar nak jumpa bakal menantu agaknya, ya! Apa tidaknya, orang yang selama ni dilecehkan tu rupa-rupanya jadi hero. Ayah pun tak sangka si Dhani tu berani juga orangnya." Encik Yahya pula menambah berhasil membuat Puan Kalsom mengetap bibir.

"Iish abang ni. Asyik nak kenakan Som aje. Sukalah awak kan asyik sindir saya. Saya nak berbaik dengan keluarga Zah tu, salah ke? Awak ni kenapa? Saya masam muka salah. Ni saya nak berbaik awak sindir-sindir pula," omel Puan Kalsom seraya duduk di kerusi berhadapan dengan suaminya.

"Tak salah la yang oi... bagus la tu. Kot ya pun duduklah. Tak payah nak mundar-mandir kat muka pintu tu. Kejap lagi sampai la hero anak dara awak tu." Senyum meleret Encik Yahya mengusik.

"Malas la layan abang ni. Menyampah Som!"

Sepuluh minit kemudian, orang yang ditunggu sudah tiba. Dhani tunduk hormat menghulurkan tangan untuk menyalami Encik Yahya.

"Eh, berpeluh tangan kamu ni Dhani. Baru habis jogging ke, Dhani?" tegur Encik Yahya.

Dhani tersengih macam kerang busuk. Botol kecil di dalam kocek seluarnya disentuh. Aisya mengerling ke arah Dhani. Dia sudah faham dengan tingkah lelaki itu.

'Bila la nak berubah ni!' Aisya geleng kepala.

"Jemput la minum, Dhani. Mak cik panggil kamu ni sebab nak ucap terima kasih banyak-banyak pada kamu. Sekarang mak cik dah sihat!"

"Sama-sama mak cik."

"Susah-susah je kamu setiap hari melawat mak cik kat dalam wad tu. Segan mak cik."

"Tak apa, mak cik. Hal kecik je. Dhani ikhlas, mak cik..." balas Dhani, menahan rasa sedikit gugup.

"Dalam beg tangan mak cik tu ada dua ribu Dhani, duitnya. Mak cik baru keluarkan untuk beli barangan keperluan perkahwinan Aina. Kalau kamu tak ada hari tu, rugi mak cik. Terima kasih banyak-banyak ya, Dhani."

"Takpe mak cik. Lain kali hati-hati ya, mak cik. Pastikan mak cik berteman kalau keluar. Bahaya di luar sana. Dhani cuma buat apa yang patut je."

"Mak cik nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab selama ni mak cik selalu berprasangka buruk pada kamu. Mak cik hina kamu. Hina keluarga kamu. Mak cik buat mak kamu sedih. Mak cik menyesal, Dhani." Tertunduk Puan Kalsom saat mengakui kesilapannya.

"Dhani tak simpan apa-apa dendam pun, mak cik. Apa yang mak cik cakap tu betul. Dhani memang banyak kekurangan. Dhani sedar. Cuma... Dhani minta mak cik jangan marah Dhani kawan dengan Sya. Dhani ikhlas, mak cik. Dhani tak main-main."

Tertunduk wanita itu lagi kerana merasa bersalah. Apakah selama ini dia yang bersalah? Kesilapan Azhar dan Dahlia tidak ada kena mengena pun dengan Dhani dan Aisya. Tapi entah mengapa Dhani dan Aisya diseret sama dalam kekhilafan itu.

"Dhani akan berubah kalau mak cik izinkan Dhani dekat dengan Sya. Dhani akan beli kereta. Dhani akan kurangkan baran. Dhani akan cuba kurangkan kedekut. Dhani akan berusaha, mak cik. Tolong jangan pisahkan Dhani dengan Sya. Dhani sayang Sya!" Dhani berterus-terang, lahir dari hatinya yang paling dalam.

Terpegun Aisya dengan pengakuan Dhani. Betapa dia melihat ketulusan di mata lelaki itu. Sekilas wajah ibunya ditatap.

#supportpenulisbaru
#supportilhamsantai

Untuk tempahan hubungi
Ciciaida

Atau di no whatsapp saya 017 5816031.

arenayidin

09 Disember 2019

Saat Harus Memilih [ SUDAH TERBIT ]Where stories live. Discover now