₃₀

294 9 0
                                    

Mereka pun tiba di perigi lalu menyiram badan. Masing-masing berebut mengambil air di dalam perigi. Selepas mandi, mereka berempat naik ke atas rumah lalu bersiap.

Pakcik tony sudah tiba sebelum maghrib. Adam,dylan,nik,con,jas,diana,aeya dan anna serta sir troye berkumpul di ruang tamu rumah kayu itu. Suasana senja membuatkan rumah tersebut gelap.

"eee takde lampu ke rumah ni? takutla" bebel anna. Senja pun dah gelap macam ni belum malam lagi hm.

"ey tadi pakcik tony dah cakap takde elektrik untuk beberapa hari lah" jawab con.

"eh dah dah tak payah bergaduh. Adam,con,jas dan anna yang bukan muslim ni sir hantar ke balai raya dulu manakala dylan,nik,diana dan aeya ikut pakcik tony pergi surau lepastu baru sir menyusul faham?" tanya sir troye. Dia memandang diana dan aeya yang memegang telekung dengan muka tak tau.

"kami gerak dulu la troye" kata tony yang berkopiah. Pergh nama omputeh tapi penampilan mengalahkan pak aji. Langkah nya diikuti dylan dan nik yang berkain pelikat, diana dan aeya berkain telekung.

Mereka berada di halaman rumah menyarung selipar.

"eheh korang ni nak ke surau berheels bagai ke?" tanya nik hairan.

"lepastu nak pakai apela?" tanya aeya kembali. Dah ni je kasut yang di bawa diana.

"kita kan nak beribadah gunala selipar jepun" kata dylan.

"hah apa class? kiteorang ikut ni pun patut bersyukur tau" jawab diana.

"lebih baik anak anak guna selipar nanti guna kasut tinggi takut terseliuh semasa berjalan kaki" tegur pakcik tony.

"OKAY FINE!"

***

"sir jauh lagi ke kebas dah kaki ni" adu jas. Dahla susah nak bergerak dengan kain batik ntah apa-apa ni.

"ala tak jauh sikit je" kata sir troye.

Adam dan con berjalan di tepi memandang jas dan anna.

"APE TENGOK TENGOK?" tanya jas dan anna serentak. Mereka berdua menggunakan kain batik dan tshirt putih serta bersanggul rambut. Tak ubah seperti perempuan melayu terakhir.

"macam perempuan sopan korang ye" sindir adam sengaja.

"haah sebelum ni macam tergedik gedik" sampuk con pula.

"EH DIAMLAH!" jerit jas dan anna. Mereka pun tiba di balai raya kampung itu. Balai raya itu digunakan untuk penduduk kampung apabila menyambut sesuatu majlis. Saiz nya tidak terlalu besar. Mempunyai kelengkapan seperti elektrik dan air untuk penduduk kampung semasa kecemasan. Terdapat beberapa orang penduduk tersenyum ke arah mereka.

"hah kamu semua jangan ke mana-mana duduk je sampai lepas isyak! adam dan con jaga diorang yang nakal ni" pesan sir troye lalu beredar. Dia segera berjalan ke arah surau dalam beberapa meter.

"dekat balai raya pun takde aircond ke ish!" bebel anna. Tangannya mengipas muka. Kaki disilang ke depan. Mukanya masam mencuka seperti jas.

"aku ingat kat rumah je teruk rupanya balai raya sama je, aku nak balik hmph!" kata jas.

"korang sepatutnya bersyukur tau atleast ada lampu kat sini" bilang Adam geram.

"haah memang patut pun korang join program ni" sambung Con pula. Jas dan Anna hanya mendiamkan diri.

Diana,aeya,dylan dan nik tiba seusai menunaikan solat. Setelah mereka selesai makan malam yang dianjurkan oleh pakcik Tony, mereka bergerak pulang berjalan kaki. Masing-masing sudah penat. Mereka segera masuk ke dalam bilik untuk merehatkan diri.

***

Seperti semalam, sir troye mengetuk pintu bilik pelajar perempuan untuk menunaikan solat subuh. Kalau tidak diketuk mahunya esok baru bangun.

"bangun! bangun semua!" sir troye mengetuk lebih kuat kali ini. Terjengul muka Aeya membuka pintu bersama masker pada mukanya.

"whats wrong sir?" tanya aeya menahan kantuk.

"dah pagi ni pergi kejutkan yang lain mandi lepastu berkumpul dekat depan dan jangan lupa solat" pesan sir troye.

"mmmmm yelah" jawab aeya yang baru perasan sir troye mengenakan kain pelikat pagi itu.

Dia menutup pintu lalu membaringkan diri semula di atas toto. Lupa seketika arahan sir troye. Aeya menyertai kawan-kawannya yang masih hanyut dalam lena itu.

***

Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Adam,dylan,nik dan con masih duduk di ruang tamu menunggu pelajar perempuan keluar dari bilik. Sir troye membebel tidak berhenti.

"budak-budak ni kan buat perangai, ikutkan hati sir, lama dah sir simbah air time diorang tidur tu" kata sir troye meluahkan rasa geram.

"takpe sir, nak kiteorang bangunkan diorang tak?" tanya Con sambil tersengih. Adam,dylan dan nik turut tersenyum penuh makna.

"buatlah korang. Asalkan diorang bangun"

"okay ditanggung beres" jawab Adam.

Nik dan Con menuju ke luar rumah manakala Adam dan Dylan membawa baldi berdiri di hadapan bilik pelajar perempuan. Sir troye bersedia dengan kamera di tangannya untuk merakam aksi yang akan berlaku.

"keluar! keluar! api!" jerit nik dan con dari luar rumah tidak berhenti. Mereka menjerit dengan nyaring.

Jas,diana,aeya dan anna yang mendengar jeritan itu, terus bangun menuju keluar dari bilik. Masa yang dinantikan oleh pelajar lelaki.

"3, 2, 1!"

BUSH!

Adam dan dylan menyimbah air ke arah mereka. Terhenti jas,diana,aeya dan anna di pintu bilik. Sir troye yang melihat situasi itu ketawa terbahak-bahak. Nik dan Con yang ditugaskan menjerit tadi turut ketawa.

"what the fuck is this?" jerit Jas,diana,aeya dan anna serentak. Habis basah satu badan. Merah muka mereka menahan marah. Mati-mati ingat kebakaran berlaku.

"hah sir dah bangunkan pagi-pagi taknak bangun. kan dah kena, dah pegi mandi cepat  bersiap sekarang sebelum sir suruh diorang buat benda lain pulak" ugut Sir troye. Adam,dylan,nik dan con tersenyum menyengih. Jas,diana,aeya dan anna menghentak kaki sebelum turun menuju ke perigi.

a new life,live,love! [Completed]Where stories live. Discover now