₃₃

261 10 0
                                    

Pakcik tony mengetuai arah kayuhan basikal mereka. Sesekali mulutnya bercerita tentang kampung srivilla. Adam, dylan, nik dan con rajin melayan kerenah pakcik tony yang ramah itu.

"untuk pengetahuan anak-anak, kampung srivilla tidak terlalu besar dan mempunyai jumlah penduduk yang sederhana. Seperti yang dapat dilihat, kawasan rumah penduduk berjauhan kecuali pekan kecil" kata pakcik tony mengayuh menuju ke pekan.

"jauh ke pekan tu pakcik" tanya con.

"tidak, hanya beberapa meter dari balai raya"

"kampung ni selalu ke pengunjung datang?" soal dylan pula. Manelah tahu kan.

"jarang sebab kampung ni tiada tarikan yang menarik" terangnya. Mereka hanya mengangguk mengiakan.

"dan kampung ini mempunyai dua jalan keluar masuk, dan salah sebuah jalan itu ialah sungai yang anak-anak lalu hari tu.." kata pakcik tony menyambung menceritakan tentang kampung itu.

"dan satu lagi?" tanya adam ingin tahu.

"terdapat sebuah pantai berdekatan tetapi tidak digunakan kerana hanya digunakan untuk nelayan turun ke laut menangkap ikan"

"oooo tak sangka ada pantai" kata nik. Mereka telah pun sampai di sebuah pekan kecil. Tidak ramai orang yang datang. Hanya basikal dan motosikal yang kelihatan. Beberapa penduduk kampung menuju ke kedai untuk membeli barang.

"dah sampai pun, jom kita jalan-jalan dekat pekan dulu" ajak pakcik tony. Mereka meletakkan basikal di tepi sebelum melangkah menuju ke kedai berdekatan.

"kalau anak-anak nak beli barang, beli lah" kata pakcik tony. Mereka berjalan menyusuri kedai-kedai. Rata-rata menjual keperluan rumah.

"jom beli aiskrim" ajak dylan. Mereka berhenti di salah sebuah kedai kecil yang menjual aiskrim. Peniaganya seorang perempuan muda berbaju kurung.

"abang nak beli apa?" tanya peniaga itu.

"cik adik ni umur berapa?" tanya nik. Rupa macam masih sekolah jer.

"15 tahun"

"ooo sama dengan diorang" sahut adam memaksudkan Jas, diana, aeya dan anna.

"adik ni nama apa?" soal dylan pula. Adam, nik dan con memandang dylan.

"Murni, saya masih bersekolah" jawabnya.

Selepas selesai membeli aiskrim, mereka ingin beredar menuju ke basikal.

"terima kasih abang-abang, lain kali boleh datang lagi" kata murni tersenyum manis.

"sama-sama murni" jawab con. Nanti tak jawab nampak jahat pulak kan. Mereka melangkah keluar.

Tiba-tiba, seseorang melanggar tubuh adam. Seorang lelaki berjaket dan bertopi.

"woi buta ke? jalan tengok depan" jerkah lelaki itu. Dia memandang tajam ke arah adam, dylan, nik dan con. Kemudian, dia melangkah dengan tergesa-gesa.

"aku ingatkan dekat bandar jer orang macam ni, rupanya dekat kampung pun ada" kata nik sedikit geram. Dahla sukahati langgar orang, tak minta maaf pula tu.

"maybe dia ada urusan kecemasan kot" kata adam bersangka baik. Dylan dan con hanya mendiamkan diri.

***

Suatu petang, jas, diana, aeya dan anna duduk berehat mengambil angin di bawah pondok kayu buatan pakcik tony. Itupun atas permintaan mereka, pakcik tony membina pondok ini dengan pertolongan adam, dylan, nik dan con. Heheh bukan selalu kan.

"jasmine!" panggil sir troye dari dalan rumah. Dia berdiri di atas tangga pintu rumah. Jas berjalan menghampiri sir troye.

"kenapa sir?"

a new life,live,love! [Completed]Where stories live. Discover now