₃₇

255 8 0
                                    

Dua orang lelaki masuk ke dalam bilik stor setelah mendengar jeritan suara. Pintu dibuka, mereka melangkah masuk memandang jas dan diana.

"korang nak apalagi terjerit-jerit?" soal lelaki yang bermisai tebal memandang tajam jas dan diana.

"tolong i, kawan i sakit nak pengsan ni. Tolonglah!" jas merayu sambil duduk memangku diana yang sudah tidak sedarkan diri itu.

"macam mana boleh pengsan pulak ni?" tanya lelaki yang mempunyai parut di dahi itu.

"dia gastrik then dia pengsan" terang jas. Air mata nya sudah mengalir.

"banyak bunyik lah korang ni, dah man tolong panggilkan bos...." ujar lelaki bermisai tebal.

"NOW!" jerit diana membuka mata.

Belum sempat dua orang lelaki itu bergerak keluar, adam dan dylan menyerang dari belakang. Kedua-dua lelaki itu yang menyedari akan diserang segera mengeluarkan pistol yang disisip di pinggang. Namun adam dan dylan sudah memukul belakang mereka. Mereka terbaring tidak sedarkan diri.

"good job boys!" ujar diana. Ya ini memang sebahagian daripada rancangan mereka. Dia dan jas bangun berdiri.

"pandai both of you berlakon tadi" puji dylan. Sempat jas dan diana memflip rambutnya. Eleh.

"okay now, kita kena keluar dari stor ni. Protect yourself" ujar adam. Dia mengambil pistol kepunyaan dua lelaki tadi. Satu untuknya dan satu untuk dylan.

Jas merapati adam lalu berbisik.

"adam, i takut la. I dont think i can through all this"

"jas, trust me we can do this. Ingat kawan-kawan kita and sir troye. Do it for them!" adam memberi kata-kata semangat. Ceh gitew.

"what if we failed?" sampuk diana. Gerun jugak dia nak menghadapi apa yang akan berlaku sebaik keluar dari stor ini.

"we failed together" kata dylan kepada diana. Eleh sempat nak sweet.

"okay dah jom" Mereka melangkah keluar. Kelihatan semua manusia di situ sibuk melakukan tugas masing-masing sampai tidak menoleh. Jalan keluar ialah harus menyeberangi kawasan itu kerana di sekeliling hanya dipenuhi hutan.

"kita jalan macam biasa jer, jangan jauh dari i" pesan dylan kepada diana yang dibelakangnya. Begitu juga adam berbisik kepada jas.

Mereka berjalan seperti biasa. Destinasi mereka ialah menuju menyorok di hujung pulau menunggu bantuan tiba.

Sempat jas dan diana memandang sekeliling. Rasa mahu gugur jantung mereka apabila mengetahui mereka di culik oleh penyebar dadah dan barangan haram seperti senjata berbahaya.

"chill jas, i ada jangan takut" pujuk adam apabila jas mencengkam lengannya erat. Lagi sedikit mereka dapat keluar dari kawasan itu.

Tiba-tiba, kedengaran kecoh berdekatan dengan stor tadi. Kelihatan seorang lelaki menarik badan seorang perempuan dengar kasar.

"WOI MANE MURNI? AKU JUMPA SORANG BUDAK NI DEKAT AREA KITA. MACAM MANA ADA ORANG TAHU TEMPAT KITA NI?!" soal lelaki itu dengan suara yang tinggi. Tangannya masih mencengkam lengan perempuan itu dengan kuat sampai meronta-ronta dibuatnya.

"lepaskan lah!" jerit perempuan itu. Pekerja-pekerja menoleh ke arah mereka ingin mengetahui apa yang berlaku.

"kau masuk sini!" lelaki itu menolak perempuan itu masuk ke dalam bilik pertama lalu pintu ditutup.

"aku syak mesti orang luar dah masuk tempat kita ni!" kata lelaki itu lagi. Tanpa disangka, dia menoleh ke arah adam, jas, diana dan dylan berada.

"Woi jangan lari!" semua memandang mereka.

a new life,live,love! [Completed]Where stories live. Discover now